Yang Maha Pencipta Pertama.

Al-Badi’ memiliki akar kata dari kata Bahasa Bani Isra’il Ibrani. Akar katanya sama dengan akar kata dari Al-Mubdi.

Kedua-duanya bererti Maha Pencipta.

Manusia memiliki tabiat pintar dan berakal licik. Dia boleh menggunakan apa sahaja untuk melakukan kepintaran dan kelicikannya. Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tidak banyak menceritakan cara-cara manusia melakukan kepintaran dan kelicikannya. Namun dua kali Nabi Daud di dalam Kitab Zabur 35 (ayat 4 dan 26) memohon kepada Allah untuk menghancurkan kepintaran dan akal licik orang-orang yang mau merusak dan mempermalukan Nabi Daud.

Malukan dan cemarkan nama orang yang hendak meragut nyawaku;

dan mereka yang merancang untuk mencederakanku akan berundur dan kelam-kabut.

Orang-orang yang mengkafiri Nabi Daud adalah orang-orang jahat yang tidak dapat dipercaya dan tidak dapat dijadikan kawan. Mereka tidak mencari kerukunan dan kedamaian. Kata-kata mereka licin dan licik penuh dengan kepintaran dan kelicikan.

Ada satu nama Allah yang tidak terdapat di kitabnya (Imam Ghazali mengenai nama-nama Allah). Nama itu terdapat di Quran Surah Ali Imran [3]:54

Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

Kitab Taurat, Zabur dan Injil menyatakan bahawa manusia memang punya banyak cara untuk menghentikan rencana ilahi, namun tidak ada yang boleh menandingi kehebatan rencana ilahi seperti yang dinyatakan dalam nama Al-Badi’.

Al-Badi’ bererti Allah Asal segala isinya alam, bumi mahupun langit.

Al-Badi’ bererti juga Yang Berkata Kun Fa Yakun. Yang berkehendak “Ada,” maka “Adalah.” (Quran Surah Al-Baqarah [2]:117.)

Banyak orang penentang tauhid beranggapan ketetapan ilahi itu sama dengan Fatalism yang amat kaku dan kasar susah diterima oleh manusia.

Ungkapan yang paling membantu kita dalam memahami ketetapan ilahi itu terdapat dalam Kitab Allah Injil di mana dikisahkan Bulus Alhawari Abdulmasih menghimbau penentang-penentang iman tauhid untuk memakai akal bukan dengan tafsir tafsir yang amat kaku dan fatal dan emosional. Memang Bulus Alhawari Abdulmasih menggunakan kata “kehendak ilahi” untuk membuktikan bahawa Allah lah yang mula-mula menciptakan sekaligus menetapkan masa depan ciptaanNya. Itulah kekekalan ilahi, pada saat diciptakan sekaligus ditetapkan masa depannya. Itulah kekekalan kehendak-Nya.

Di kekekalan itulah ada ruang yang amat luas bagi manusia untuk menanggapi atau merespon kehendak ilahi itu. Bulus Alhawari Abdulmasih juga menyatakan bahawa Allah memang menjadikan sebahagian manusia lebih mulia daripada sebahagian lainnya. Kemudian Bulus Alhawari Abdulmasih mengingatkan bahawa kedua anak daripada Nabi Ishaq, iaitu, Esau dan Ya’qub sesungguhnya sudah ditetapkan oleh Allah untuk mengalami sesuatu. Menerima ketetapan ilahi sesungguhnya ibadah kepada Allah. Apabila manusia menerima ketetapan ilahi, maka apa yang sudah ditetapkan oleh Allah itu boleh terus berlanjut bukan kerana kekuatan manusia namun kerana kekuatan dan ketetapan ilahi.

Jadi berlanjutnya itu adalah kerana kekuatan dan ketetapan ilahi. (Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Rum 9:11.)

Bulus Alhawari Abdulmasih menyatakan bahawa orang-orang yang ditetapkan Allah …

“telah ditentukan dari mulanya menurut maksud Allah yang melakukan segalanya….untuk mendatangkan puji bagi kemuliaan-Nya.

(Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Efesus 1:11-12.)

Maksud Allah atau Kehendak Ilahi yang abadi diceritakan dengan jelas di Suhuf Injil bagi orang-orang mu’min di Efesus dan terwujud nyata di dalam Almasih Isa. (Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Efesus 3:11.)

Bulus Alhawari Abdulmasih tidak yakin bahawa Allah itu kegiatannya hanya memasukkan beberapa orang ke syurga dan, yang lainnya, oleh Allah, dilemparkan ke neraka jahanam. Kehendak Ilahi justeru menekankan bahawa selamatnya seseorang pasti selalu ada kesusahan yang berkepanjangan dengan maksud untuk …

“menjadi selaras dengan rupa Almasih Isa Putera Allah.”

(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Rum 8:29.)

Ketika masih di dalam penjara, Bulus Alhawari Abdulmasih menulis surat kepada muridnya yang bernama Timutawus …

Kamu telah mengikut dengan penuh hemat segala ajaranku, cara hidupku, tujuan hidupku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketabahanku. Kau telah melihat penganiayaan dan kesengsaraan serta segala yang menimpaku di Antiokhia, Ikonium dan Listra – betapa penganiayaan yang kutanggung. Akan tetapi Tuhan telah menyelamatkanku daripada semuanya itu.

(Termaktub di Kitabullah Injil Surah 2 Tim.3:11-12.)

Munajad:

Ya Rabbi, Engkau pasti berkehendak yang baik bagi alam-Mu. Bantulah hamba untuk selalu mencari kehendak-Mu yang menginginkan ciptaan baharu-Mu di dalam Almasih di dalam kehidupan hamba ini.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini