اَلْـمَتِيْن

Maha Kukuh

Bahasa Bani Isra’il Ibrani serumpun dengan Bahasa Arab. Baik orang Isra’il di Yerusalem atau orang Arab di Mekkah berkata sama. Contoh,

  • wallah …demi Tuhan
  • halas … selesai atau tamat
  • fadicha … malu
  • ahlan …hai

Al-Matīn adalah salah satu Asma Allah yang ertinya ‘maha kukuh.’

Dalam Terjemahan al-Qur’an oleh Quraish Shihab dan al-Qur’an Terjemah Perkata, صَلَوٰتٌ (ṣhalawātun) di QS Al Hajj [22]:40 ternyata ertinya adalah sinagog-sinagog atau rumah-rumah sembahyang orang-orang Bani Isra’il atau gereja-gereja orang-orang Bani Isra’il.

Jadi صَلَوٰتٌ (ṣhalawātun) secara umum bererti tempat-tempat memanjatkan doa atau tempat-tempat tselota atau sholat nya orang-orang mu’min Bani Isra’il.

Dalam Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil yang dikatakan kukuh seringkali adalah pondamen bangunan ṣhalawātun, tempat mereka bersembahyang dan berdoa. Pondamen atau tapak bangunan bait Allah itu wajib kukuh. Orang-orang Bani Isra’il meyakini Nabi Sulaiman lah yang membina ṣhalawātun atau sinagog yang pertama mereka. Orang-orang Bani Isra’il bersyukur kepada Sang Ilahi atas selesainya pembinaan ṣhalawātun atau sinagog pertama mereka oleh Nabi Sulaiman. (Termaktub di Suhuf 2 Tawarikh 23:5).

Kemudian ṣhalawātun yang dibina oleh Nabi Sulaiman itu dihancurkan oleh bangsa tidak berkhatan musuh mereka. Nabi Ezra kemudian mendirikan balik bangunan ṣhalawātun Bani Isra’il itu. Selesainya pembinaan ṣhalawātun atau sinagog kedua yang dipimpin oleh Nabi Ezra itu akhirnya selesai. Orang-orang Bani Isra’il bersyukur kepada Sang Ilahi atas selesainya pembinaan ṣhalawātun atau sinagog kedua mereka oleh Nabi Ezra.

Akhirnya di Tahun 70-an, kedua-dua ṣhalawātun atau sinagog tersebut dihancurkan oleh bangsa tidak berkhatan musuh Bani Isra’il. Baru akhirnya orang-orang Bani Isra’il menyadari bahawa ada yang lebih kukuh daripada bangunan ṣhalawātun-ṣhalawātun atau bangunan sinagog-sinagog atau bangunan baitullah buatan manusia tersebut.

Kitab Injil Surah Ibrani membayangkan adanya bangunan ṣhalawātun atau sinagog di mana al-Masih lebih daripada sekedar ahli jawatankuasa pengurus bangunan baitullah tersebut.

Termaktub di Kitab Injil Surah Ibrani 3:6, yang bermaksud:

Tetapi al-Masih setia sebagai Putera Sang Ilahi ke atas seisi Bait Allah.

Kita adalah isi Bait Allah jika kita berpegang teguh kepada kebahagiaan harapan ini hingga ke akhir.

Dalam dakwahnya mengajak orang menjunjung tinggi iman tauhid dan menyampaikan kabar baik Jannahnya Allah, Sayidina Isa menghadapi permasalahan yang umum juga. Sayidina Isa mendapati banyak orang hanya bersifat manis di bibir terhadap iman tauhid. Mulut mereka cepat berkata kepada Sayidina Isa, “Ya Sayidi, Ya Sayidi, Ya Tuan, Ya Tuan” namun mereka tidak mengamalkan apa yang Sayidina Isa katakan kepada mereka. Nasihat dari Nabi Isa bagi mereka masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tanpa pernah diamalkan! (Termaktub di Kitab Injil Surah Luqa 6:46.)

Pernah pada suatu waktu, Sayidina Isa mengibaratkan orang-orang yang bersifat manis di bibir sahaja terhadap Sayidina Isa itu bagaikan benih jagung yang berada di tanah yang tidak dalam, alhasil tidak berakar dan cepat layu dan mati! Itulah nasib orang-orang yang manis di bibir terhadap Nabiullah Isa. Perkataan Nabi Isa bagi mereka masuk telinga kanan, namun keluar telinga kiri. (Termaktub di Kitab Injil Surah Matta 13:5, 21.)

Di Kitab Injil Surah Luqa 6:49, Sayidina Isa mengisahkan ada dua orang masing-masing sedang membina bangunan dengan mutu pondamen yang tak sama kukuhnya. Akhirnya, itulah pandangan Sayidina Isa terhadap orang yang nampaknya mendengarkan Sayidina Isa namun tidak mengamalkan perkataan-perkataan dan nasihat-nasihat Sayidina Isa.

Mendengarkan Sayidina Isa namun tidak mengamalkannya, oleh Sayidina Isa, diibaratkan sebagai berikut:

Akan tetapi, orang yang mendengar kata-kata-Ku dan tidak mahu mematuhinya umpama seorang yang membina rumah di atas tanah tanpa asas. Apabila dilanda arus sungai, rumah itu akan roboh dan kerosakannya besar sekali.’

(Termaktub di Kitab Injil Surah Luqa 6:49.)

Quran Surah Az Zukhruf [43] dan Hadis Riwayat Ahmad menyebutkan bahawa Sayidina Isa putera Maryam adalah,

bunga kiamat atau tanda kiamat,

dan bahawa Sayidina Isa adalah al-Masih atau penguasa penolong yang ditetapkan Allah untuk membinasakan al-Masih Dajjal yang buta mata kanannya.

Al-Masih Dajjal yang bermata satu itu adalah penuh dengan fitnah yang amat keji yang menyerang umat manusia. Dengan cara menurunkan kabar gembira dengan Kalimat Allah yang bernama al-Masih Isa (QS Ali Imran [3]:45), Allah melindungi umat manusia dari kejinya fitnah al-Masih Dajjal.

Menurut Hadis Riwayat Bukhari, al-Masih Isa putera Maryam membinasakan al-Masih Dajjal yang bermata satu itu. Menurut Hadis Riwayat Bukhari, Sayidina Isa menjadi Hakim Yang Adil dan memberi penjamin hidup yang damai dan rukun antara bayi dengan ular berbisa sekalipun, antara harimau dan lembu, antara serigala dengan domba dan, bagi manusia ketika itu, bersujud kepada Tuhan Allah dirasa lebih nikmat daripada punya segunung emas.

Disebutkan di Quran Surah Maryam [19]:34, Sayidina Isa adalah,

qaulal ḥaq (perkataan yang benar).

Quran menyatakan Sayidina Isa tidak sepatutnya dijadikan bahan berbantah-bantahan kerana Sayidina Isa adalah kebenaran yang hakiki. Hanya Sayidina Isa, oleh al-Quran, disebut sebagai,

Jalan Yang Lurus kepada Allah, QS Az Zukhruf [43]:61.

Allah berjanji menjadikan barangsiapa yang mengikuti Sayidina Isa mengatasi barangsiapa yang kafir sampai hari kiamat. (Termaktub di QS Ali Imran [3]:55.)

Jika diibaratkan, mengamalkan perkataan dan nasihat Sayidina Isa adalah pondamen yang kukuh untuk kehidupan dunia-akhirat. Seorang hawariyyun yang bernama Bulus al-Hawari mengingatkan kepada orang-orang mu’min di Bandar Kurintus.

Dalam Suhuf 1 Kurintus bab 3, Bulus al-Hawari mengibaratkan bahawa membuat pondamen yang kukuh itu sungguh amat penting. Sampai tiga kali, Bulus al-Hawari menyatakan bahawa menjadikan Sayidina Isa sebagai pondamen keberadaan kita itu sungguh amat mustahak dan penting, kerana itu Sayidina Isa adalah tanda kiamat kita dan Sayidina Isa adalah Hakim Yang Adil di Akhirat.

Bulus al-Hawari mengakui bahawa beliau adalah seorang hawariyyun penyokong setia Sayidina Isa dan merasakan bahawa Sayidina Isa memang pantas menjadi pondamen bagi orang-orang untuk menata kehidupan dunia-akhirat. (Termaktub di Suhuf 1 Kurintus 3:10).

Bulus al-Hawari menyatakan bahawa Sayidina Isa adalah pondamen yang kukuh dunia-akhirat. Tidak perlu diragukan lagi, memang Sayidina Isa lah satu-satu yang kukuh dunia-akhirat. (Termaktub di Suhuf 1 Kurintus 3:11.)

Dari rumput kering atau dari emas atau dari perak, bahan apapun yang diletakkan di atas pondamen yang kukuh itu pasti akan diuji oleh api “untuk menilai amalan-amalan apa yang dilakukan oleh manusia di atas pondamen yang kukuh itu” dan orang-orang itu akan diberi pahala sesuai dengan amalan-amalan. (Termaktub di Suhuf 1 Kurintus 3:13-15.)

Hamba-hamba Allah, tidak boleh tidak, pasti menjadi saksi atas kelekatan mereka dengan pondamen yang kukuh dari Allah itu dalam sumpah setia atas adanya nama Sayidina Isa al-Masih yang daripada Allah itu.

Termaktub di terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Suhuf 2 Timutawus 2:19

19 لَكِـنَّ الأَسَـاسَ الْمَـتِينَ الَّـذِي وَضَـعَهُ اللهُ يَظَـلُّ ثَابِـتًا، وَعَـلَيْهِ هَـذَا الْخَـتْمُ: “الـرَّبُّ يَعْـرِفُ الَّـذِينَ هُمْ لَهُ.” وَأَيْضًا: “كُلُّ مَنْ يَنْتَمِي لِشَخْصِ الرَّبِّ، يَجِبُ أَنْ يَبْتَعِـدَ عَـنِ الشَّـرِّ.”

yang bermakna,

Namun demikian, asas kukuh Allah tetap bertapak, diteguhkan oleh kehakikian bahawa: ‘Tuhan mengenal siapa milik-Nya,’ dan ‘Setiap orang yang menyebut nama Tuhan hendaklah meninggalkan kejahatan.’

Munajat:

Aku tidak nak berbantah-bantah mengenai al-Masih Isa. Aku tak payah disuruh untuk haqul yaqin kepada al-Masih Isa. Qurban daripada Allah atas lupa dan khilafnya manusia iaitu Isa Sang Pelepas Qisas Penebus Dosa atau kaffarah, adalah bagi segala manusia termasuk bagi hamba juga. Masya’ Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini