Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Isa bin Maryam adalah tanda bagi umat manusia dan rahmat dari Allah bagi umat manusia (QS Maryam [19]:19-21).

Isa digelar KALIMAH ALLAH DAN ROH ALLAH. Itu adalah perkara yang mudah bagi siapa sahaja. Kalau sudah SUNATULLAH, itu adalah perkara yang mudah bagi siapa sahaja. Isa putera Dara Maryam. Isa bukan hasil perzinahan. Isa adalah kuasa Allah. Isa dari Allah. Ibaratnya, Isa Ibnu Allah. Isa putera Allah. Ibaratnya, begitu.

Sama seperti, Putera Malaysia bukan bererti Malaysia pernah hamil dan punya anak. Putera Malaysia adalah kiasan untuk mengibaratkan asal muasal seseorang bahawa dia asli dari Malaysia.

Di dalam Kitab Injil berbahasa Arab dan di dalam Al Qur’an, istilah yang dipakai bukan Isa Walad Allah (Isa anak biologis atau anak kandung Allah), BUKAN! Tapi Isa Ibnu Allah. (Ibaratnya Isa itu Putera Allah, bukan hasil perzinahan seorang dara yang bernama Maryam.) Jadi itulah pokok permasalahannya. Jadi istilah kiasan Isa Ibnu Allah tidak bertentangan dengan لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ …

Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. QS Al Ikhlas [112]:3.

Dalam Bahasa Melayu, Putera adalah kata kiasan bukan bermakna harafiah. Anak bermakna harafiah anak biologis atau anak kandung.

Isa digelari Putera Allah yang ertinya mina Allah (dari Allah).

Jadi kita kena bezakan kata yang bermakna harafiah dengan kata yang hanya bermakna kiasan atau ibarat.

Dalam Kitab Injil tarjamah Bahasa Arab di Surah Luqa 16:8 disebutkan kiasan …

أَهْلِ النُّورِ أَبْنَاءِ النُّورِ (abna’innur atau ahlinnuur)

putera-puteri terang

… bukan walad nuur (anak kandung terang).

Dalam Kitab Qur’an Surah Al Baqarah [2]:177, 215 …

وَابْنَ السَّبِيلِ (ibnassabiil)

putera-puteri jalan

yang ertinya adalah musafir, dan bukan bererti anak-anak kandung daripada jalan, BUKAN.

Demikian juga dengan Isa ibnu Allah hanyalah kiasan bukan harafiah.

Itulah yang disebut Qur’an di Al Ahzab [33]: 4 …

ذَٰلِكُمْ قَوْلُكُم بِأَفْوَاهِكُمْ (zalikum qaulukum bi’afwaahikum)

… demikian itu hanyalah perkataan di mulut saja.

Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an juga penuh dengan ungkapan-ungkapan kiasan atau ibarat.

وَجْهُ اللَّهِ ۚ (wajhullah)

(wajah Allah) …

Sabar mencari Wajah Allah ertinya sabar mencari Keredhaan Allah.

Menyeru Allah pagi dan petang mengharapkan Wajah Allah ertinya mengharapkan Keredhaan Allah.

Itu semua bukan bererti Allah berwajah.

Bukan bererti Allah waladan (QS Al Baqarah [2]:116). Bukan bererti Allah mempunyai anak kandung.

 بِيَدِ اللَّهِ (bi yadilla)

dengan Tangan Allah … QS Al Hadid [57]:29.

Itu bukan bererti Allah mempunyai tangan seperti manusia …

قَبْضَتُهُ (qabdhatuhu)

dalam genggaman Allah

بِيَمِينِهِ (biyamiinihi)

dengan Tangan Kanan Allah … QS Al Zumar [39]:67.

Itu bukan bererti Allah mempunyai tangan seperti manusia dan kita berada di dalam genggaman Allah.

 كُرْسِيُّهُ (kursiyyuhu)

kursinya Allah … QS Al Baqarah [2]:255.

Itu bukan bererti Allah duduk di kursi. BUKAN.

أَجَابَهَا الْمَلاكُ: “الرُّوحُ الْقُدُّوسُ يَأْتِي عَلَيْكِ، وَقُوَّةُ الْعَلِيِّ تُظَلِّلُكِ، لِذَلِكَ الْقُدُّوسُ الَّذِي سَيُوْلَدُ يُدْعَى ابْنَ اللهِ

Malaikat itu menjawab,

“Roh Qudus akan turun ke atasmu, dan kuasa Allah Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan akan digelar Putera Allah.”

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator