اَلْغَفَّارُ
Yang Maha Pengampun.
Pertama mulai dengan Ar-Raḥmān dan Ar-Raḥīm. (Yang Maha Pemurah/Pengasih dan Maha Penyayang). Kemudian diikuti dengan dua nama lagi Al-Ghaffār dan Al-Ghafūr yang ertinya dalam Bahasa Melayu sama, iaitu, Maha Pengampun.
Itu sungguh membuktikan bahawa Allah menginginkan kita untuk selalu menyadari bahawa Allah bersifat penuh dengan kemurahan, sangat pengasih dan sangat penyayang. Jangan sampai lupa bahawa Allah bersifat penuh dengan murah hati, sangat pengasih, sangat pemurah dan sangat penyayang.
Kitab Taurat, Zabur dan Injil menyatakan bahawa hanya yang berani bayar harga dengan penuh pengorbanan lah yang boleh menjadi pemurah. Tidak mungkin menjadi pemurah tanpa berani bayar mahal dengan penuh pengorbanan. Untuk menjadi pemurah itu sungguh mahal harganya dan penuh dengan perjuangan lahir maupun batin. Hanya yang penuh dengan pengurbanan dan berani bayar hargalah yang boleh menjadi pemurah, pengasih dan penyayang. Pemurah pasti pejuang yang berani bayar harga dan berani berkorban dan berani berjuang sampai mati sekalipun.
Setelah Adam dan Hawa tergelincir terkena pengaruh Syaitan, Adam dan Hawa menjadi sungguh malu atas apa yang mereka perbuat. Dan Adam mengambil daun-daunan disambung-sambung dijadikan penutup malu mereka. Namun daun-daunan itu kurang memuaskan dalam menutup malu mereka yang amat sangat mendalam.
Kemudian Tuhan Allah menyembelih haiwan dikorbankan untuk diambil kulitnya untuk dipakai sebagai penutup malu Adam dan Hawa.
Termaktub di Kitabullah Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 3:21 …
Kemudian TUHAN Allah membuat pakaian daripada kulit binatang untuk Adam dan isterinya, lalu mengenakan pakaian itu pada mereka.
Sejak itulah, haiwan harus tersiksa dibunuh disembelih dikorbankan untuk menjadi pengganti manusia yang mengabaikan asma Allah yang mulia. Sebenarnya, kalau diurus, manusia, bukan haiwan, yang harus disiksa kerana manusia lah yang mengabaikan asma Allah yang mulia. Namun, haiwan disiksa disembelih dikorbankan untuk menjadi badal atau pengganti manusia yang mengabaikan asma Allah.
Namun, Kitab Al-Qur’an menyatakan bahawa penutup yang terbuat dari kulit haiwan untuk menutup malu atau menutup aurat manusia itu sesungguhnya masih kurang memuaskan dalam menutup malunya manusia yang amat sangat mendalam itu. Penutup malu yang terbuat dari kulit haiwan itu harus ditambah dengan pakaian yang berupa taqwa yang sebaik-baiknya taqwa.
Termaktub di Al-Qur’an Surah Al A’rāf [7]:26, yang bermaksud:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Nabi Musa dikenal orang sebagai pembawa Kitab Taurat, syariat Allah, hudud bagi umatnya. Tidak lama setelah Nabi Musa menyampaikan Kitab Taurat, syariat Allah, hudud itu, kepada umatnya, Nabi Musa justeru menyaksikan umatnya menyembah patung lembu yang terbuat dari emas.
Melihat umatnya bertingkah penuh dengan dosa melanggar hudud seperti itu, Nabi Musa langsung ingat kepada Tuhan Allah dan langsung berseru kepada-Nya,
“Kamu telah berdosa besar! Tetapi aku akan naik ke gunung itu lagi untuk menghadap Tuhan Allah; mudah-mudahan aku boleh menebus dosa kamu.”
Kitabullah Taurat Surah Al-Khuruj (Keluaran) 32:30.
Menebus dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani Kitab Taurat adalah
Dalam Bahasa Arab Kitab Al-Qur’an, menebus adalah كَفَّارَةٌ kaffarah. Lihat QS Al Mā’idah [5]:45.
Tampaknya Nabi Musa mahu mengorbanan dirinya sebagai jaminan untuk kaffarah menebus dosa umatnya. Ingin menebus umatnya, Nabi Musa berkata,
“Ampunkanlah dosa mereka; jika tidak, hapuskanlah namaku dari kitab yang Engkau tuliskan dengan nama-nama umat-Mu.”
Dengan kata lain, Nabi Musa memohon dengan penuh pengorbanan sampai mahu namanya dihapus dari Kitab Lauh Mahfuzh.
Qurban dianggap sebagai tindakan mewakilkan hukuman dosa manusia kepada siapapun yang menjadi Qurban untuk menjalani hukuman dosa manusia. Jadi, oleh kerana itulah ramai orang Bani Isra’il mewakilkan hukuman dosa mereka kepada haiwan Qurban di Hari Yom Qippur atau Hari Kaffarah atau Idul Qurban. Orang-orang Bani Isra’il merayakan Hari Idul Qurban atau Hari Yom Kippur setiap tahun.
Pada Hari Yom Kippur, haiwan qurban tidak dapat disembelih sendiri, namun harus diserahkan kepada imam Baitullah dan haiwan qurban itu disembelih dibunuh dikorbankan oleh seorang imam Baitullah. Setelah haiwan qurban dibunuh, disembelih, imam Baitullah membawa darah haiwan qurban yang telah dibunuh ke dalam Baitullah menuju ke tempat yang paling suci di Baitullah untuk disampaikan kepada Allah sebagai bukti bahawa siksa dosa sudah dijalani oleh haiwan qurban. (Termaktub di Kitabullah Taurat Surah Al-Khuruj (Keluaran) 30:10).
Penutup malu yang terbuat dari kulit haiwan itu harus ditambah dengan pakaian yang berupa taqwa yang sebaik-baiknya taqwa.
Ingatlah, ketika Nabi Sulaiman mengabdikan pembinaan Baitullah di Tanah Suci Yerusalem untuk kemuliaan Asma Allah, Nabi Sulaiman dalam doa memohon kepada Allah semoga pembinaan Baitullah di Yerusalem itu boleh menjadi ungkapan taqwa yang sebaik-baik takwa untuk menutup segala dosa Bani Isra’il.
Inilah doa Nabi Sulaiman,
Ampunkanlah dosa raja dan rakyatnya, orang-orang Bani Isra’il. Ajarlah mereka melakukan apa yang benar.
Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Al-Mulukil ‘Awal (1 Raja-raja) 8:36.
Kemudian beberapa ratus tahun kemudian, ketika Nabiullah Nahamyaa mengabdikan pembinaan Baitullah di Yerusalem itu lagi untuk kedua kalinya untuk kemuliaan Asma Allah, Nabi Nahamyaa menyampaikan dalam doa memohon kepada Allah, semoga pembinaan Baitullah untuk kali yang kedua di Yerusalem itu boleh menjadi ungkapan taqwa yang sebaik-baik taqwa untuk menutup segala dosa orang-orang Bani Isra’il, termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Nahamya (Nehemia) 10:33.
Secara berkali-kali disebutkan di dalam Kitab Injil surah Ibrani bahawa Sayidina Isa adalah sebaik-baik penutup malu. Nabi Isa adalah imam Baitullah dari garis keimaman Khidir atau Melkizedek yang sungguh-sungguh sangat bertakwa.
Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah ‘Ibraniyaina (Ibrani) 6:20, 7:17 …
Di situ perintis jalan telah masuk untuk kita, iaitu Isa, yang telah menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.
Nabi Isa sungguh-sungguh sah menyampaikan dirinya sendiri sebagai jaminan untuk kaffarah menebus dosa umat manusia.
Termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 1:29, Nabi Yahya pernah menyebut Nabi Isa adalah bagaikan kambing qurban yang turun dari langit menggantikan putera Ibrahim agar tidak sampai tersiksa dan tidak sampai dibunuh disembelih.
Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah ‘Ibraniyaina (Ibrani) 9:11-12, yang bermaksud,
11 Tetapi al-Masih datang sebagai Imam Besar bagi perkara-perkara baik yang akan datang, dengan khemah yang lebih besar dan lebih sempurna, yang bukan buatan manusia, bukan sebahagian daripada kejadian alam.
12 Bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapi dengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam Tempat Paling Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Dia mendapatkan penebusan yang kekal.
Termaktub juga di Al-Qur’an Surah Al Imran [3]:55 …
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisi-Ku, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan (dengan orang-orang menuduhmu telah mungkar kepada Allah.”
Di dalam Kitab Injil Surah Ar-Ruum, kepada Allah, Pa’ul al-Hawariyun menyampaikan syukur kepada Allah dan pujian kepada Allah dari segala macam jongos-jongos Allah yang diterima Allah hanya kerana melalui perantaraan Sayidina Isa Almasih.
Inilah ucapan syukur dan pujian segala macam jongos-jongos Allah itu:
Melalui-Sayidina Isa Almasih kita telah mencapai dengan iman dan ni’mat yang meliputi kita sekarang. Dan kita bersukacita dengan harapan akan kemuliaan Allah.
Termaktub di Kitab Injil Surah Ar-Ruum 5:2-3.
Munajat:
Ya Allah Yang Menjunjung Tinggi Keadilan dan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau Menegakkan Keadilan dan Melimpahkan Kemurahan dan Kasih Sayang yang penuh semua manusia tanpa pandang bulu. Engkau sempurna dan Tidak Dapat disamakan dengan manusia dan segala kesombongannya dan kepongahannya. Hamba memuji-muji Engkau kerana Engkau, Ya Allah, penuh ni’mat setiap saat.
Tanaman Penutup Malu. Haiwan Penutup Malu. Penutup Malu Harus MATI.
Putera Ibrahim kena dibunuh.
Allah qurbankan Isa. Isa Bin Ibrahim.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |