اَ لْغَفُور
Maha Pengampun
Mirip seperti,
اَلْغَفَّار /al-ghaffar/,
اَلْغَفُوْر /al-ghafūr/
adalah sifat Allah yang sungguh-sungguh ingin mengampuni.
Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani,
Al-Ghafūr maupun Al-Ghaffar,
adalah …
atau …
yang maknanya dalam Bahasa Inggris adalah ‘cover’ yang bermaksud ‘tutupi.’
99 Asma’ul Husna dimulai dengan sifat,
اَلْرَّحْمَن /ar raḥman/
yang bermaksud,
‘yang maha pemurah’ atau ‘yang maha pemberi kasih’
dan,
اَلْرَّحِيْم /ar raḥīm/
yang bermaksud,
‘yang maha penyayang.’
Maknanya, ampunan daripada Allah dan kemurahanNya bersifat selalu dan terus menerus diberikan kepada umat manusia.
Dalam surah akhir Kitab Taurat, disebutkan ada seorang nabi Bani Isra’il yang bernama Nabiullah Ezra. Bani Isra’il adalah keturunan-keturunan Nabiullah Ya’qub yang, oleh Allah, digelari Isra’il yang bermakna ‘berjuang mencari pahala Allah.’
Di situ Nabiullah Ezra berdzikir mengingatkan Bani Isra’il perkara 600 tahun sejarah Bani Isra’il dilindungi Allah. Nabiullah Ezra mengingatkan bahawa Allah telah menolong menyelamatkan Bani Isra’il sejak diperintahkannya Nabi Ibrahim oleh Allah untuk meninggalkan kampung halaman beliau untuk melakukan dakwah tauhid mengutamakan Allah sampai berakhirnya kezaliman Raja Nebukadnezar daripada Babil yang menginjak-injak harga diri Bani Isra’il dan menzalimi Bani Isra’il. Ibrahim adalah datuk daripada Ya’qub.
Nabiullah Ezra mengingatkan Bani Isra’il bahawa Allah lah yang menolong dan menyelamatkan Bani Isra’il ketika Bani Isra’il mengalami berbagai macam kesusahan dan masalah.
Nabiullah Ezra juga mengingatkan Bani Isra’il akan dosa-dosa umat Allah dan juga sekaligus mengingatkan umat Allah tentang sifat Allah yang selalu maha mengampuni, dan terbukti, Allah memang mengampuni Bani Isra’il atas segala dosa-dosa mereka.
Baca Suhuf Taurat Al-Anbiya’ Nabi Nahamya 9:6 dan seterusnya.
Itulah perjalanan di mana keadaan yang penuh dengan kejahatan dan penuh dengan kezaliman memang sungguh memprihatinkan. Namun, Tuhan Allah selalu penuh nikmat. Oleh kerana sifat Tuhan Allah yang penuh nikmat itulah, Nabi Ibrahim selalu dengan setia menjunjung tinggi iman tauhid kepada Tuhan Allah.
Suhuf Nahamya 9:8.
Sifat Tuhan Allah yang penuh nikmat itu dibuktikan oleh Tuhan Allah ketika Tuhan Allah menolong Bani Isra’il menyeberangi Laut Merah ketika mereka dizalimi oleh raja zalim Fir’aun. Oleh Tuhan Allah, samudra dipecah menjadi jalan lewat atau jalan keluar bagi Bani Isra’il agar terbebas dari cengkeraman raja zalim Fir’aun.
Baca Suhuf Nahamya 9:10.
Setelah lepas dari kezaliman Fir’aun, Allah terus bersifat penuh nikmat kepada Bani Isra’il, selama 40 tahun lamanya, Tuhan Allah, ibaratnya, menyuapkan makanan kepada Bani Isra’il. Tuhan Allah menghantar rizqi kepada Bani Isra’il. Namun, Bani Isra’il berlagak dan tidak mensyukuri sifat Allah yang penuh nikmat kepada Bani Isra’il.
“Tetapi nenek moyang kami keras kepala dan angkuh, mereka tidak mentaati perintah-Mu, Ya Allah.”
Suhuf Nahamya 9:16.
Menurut Nabiullah Ezra, Tuhan Allah sungguh maha pengampun.
“Tetapi Engkau Allah yang mengampuni; Engkau panjang sabar, berbelas kasihan, dan pengasih.”
Suhuf Nahamya 9:17.
“Namun Engkau, ya Allah, tidak meninggalkan Bani Isra’il di padang pasir, kerana rahmat-Mu sungguh besar!
Suhuf Nahamya 9:19.
Ketika Bani Isra’il sudah sampai di tempat yang dijanjikan Allah, Bani Isra’il makan sepuas hati sehingga menjadi gemuk; mereka menikmati segala pemberian Allah yang baik, padahal ketika itu Bani Isra’il justeru munafik dan tidak mengamalkan syariat-syariat Allah dan Bani Isra’il justeru membunuh nabi-nabi Allah dan Bani Isra’il justeru menghina Allah.
Suhuf Nahamya 9:25-26.
Walaupun begitu tingkah polah Bani Isra’il, Tuhan Allah tetap menolong Bani Isra’il dan Tuhan Allah tetap menjaga Bani Isra’il dari segala macam kemalangan. Akhirnya Suhuf Nahamya 9 itu menyatakan akhirnya para pemimpin Bani Isra’il bertaubat dan menjadi insaf dan mereka sadar dan berjanji mengamalkan syariat-syariat Allah yang Allah nyatakan kepada Nabi Musa.
Suhuf Nahamya 10:29.
500 tahun sesudah Nabiullah Ezra meninggal dunia, lahirlah Nabi Isa. Dakwah Nabi Isa terjadi 5 abad setelah Bani Isra’il diajak berzikir diberi peringatan oleh Nabiullah Ezra. Ketika melakukan dakwah, Nabi Isa selalu difitnah dan dizalimi oleh Bani Isra’il kerana Nabi Isa disanjung dengan gelar mulia yakni Putera Insan. Semua Hawariyun pengikut setia Nabi Isa tahu bahawa Nabi Isa adalah Putera Insan sejati. Nabi Isa amat penuh belas kasihan kepada setiap insan tanpa pandang bulu. Nabi Isa menyembuhkan orang-orang sakit. Nabi Isa mengampuni dosa-dosa manusia.
Kerana itulah, banyak orang Yahudi suk iri hati terhadap Nabi Isa. Banyak orang Bani Isra’il suk tidak terima dan tidak suka pada sikap Nabi Isa yang penuh belas kasihan kepada manusia. Ketika Nabi Isa mengampuni dosa manusia, banyak orang tidak terima dan tidak suka pada apa yang dilakukan Nabiullah Isa dan bahkan, oleh orang-orang Yahudi suk, Nabi Isa dibunuh karena mereka menuduh Nabi Isa menghina Allah dan mempersekutukan Allah dan melakukan dosa sirik.
Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Matta 26:25.
Kitab Al-Quran menyebutkan nama-nama nabi yang memohon ampun kepada Allah. Nabi nabi yang memohon ampun kepada Allah itu adalah:
- Nabi Daud, QS Saad [38]:24.
- Nabi Yunus, QS Al Anbiya’ [21]:87.
- Nabi Nuh, QS Nuh [71]:2.
- Nabi Ibrahim, QS Ibrahim [14]:41.
Nabi Muhammad, nabi bangsa Arab pun, diingatkan oleh Allah bahawa Allah mengampuni dosa-dosa beliau di masa lampau maupun dosa-dosa di masa yang akan datang. QS Al Fath [48]:2.
Termaktub di QS Al Imran [3]:45, Nabi Isa adalah Kalimah Allah. Nabi Isa adalah kalam nafsi yang pada hakikatnya adalah sifat maujud daripada Allah itu sendiri. Nabi Isa menyampaikan tidak lain selain Allah. Nabi Isa selalu melakukan sesuatu dengan izin Allah. Jadi di sisi Allah, Nabiullah Isa sama sekali tidak berdosa.
Termaktub di QS Maryam [19]:19, disebutkan Nabi Isa adalah ghulaaman zakiyyan, yang bermaksud ‘lelaki yang suci.’
Termaktub di QS Al Baqarah [2]:87, Nabi Isa adalah bayyinaati ‘bukti kebenaran yang daripada Allah’ untuk menjadi pelajaran bagi manusia akan Allah yang maha menetapkan. عِنْدَ الله ‘indallah’ di sisi Allah itu mudah saja dan tidak pelik.
Tapi عِنْدَ ناس indanaas, di sisi manusia atau bagi manusia, itu tidak mudah dan amat pelik. Apalagi apabila manusia itu kena fitnah Dajjal dan suka politik fitnah Dajjal, manusia tidak dapat terima sisi Allah. Jadi di sisi Allah, Nabi Isa diperkuat dengan ruh al-quddus. Al-Quddus adalah nama Allah.
Al-Quran membezakan antara ruh dan malaikat. Baca QS An Naba’ [78]:38.
Oleh kerana itulah, Nabi Isa sering disebut Ruh Allah. Baca QS An Nisa’ [4]:171.
Dan Allah sendiri selalu mengabulkan doa Nabi Isa. QS Al Ma’idah [5]:110-120.
Nabi Isa tidak lain adalah عِنْدَ الله ‘indallah’ di sisi Allah bukan di sisi manusia. Jadi manusia tidak berhak seperti Bani Isra’il suk menuduh Nabi Isa sirik. Sisi Allah tidak dapat diganggu gugat oleh sisi manusia.
Suhuf-suhuf para utusan Allah kepada orang-orang Bani Isra’il di Kota Suci Al-Quds Yerusalem menyatakan bahawa Almasih Isa adalah pemimpin yang, oleh Allah, ditinggikan dan diberi tempat mulia oleh Allah dan Nabi Isa menjadi bukti bahawa Allah menyelamatkan manusia dengan demikian manusia dapat segera bertaubat dan insaf dan mengalami pengampunan daripada Tuhan Allah yang maha pemurah dan maha adil.
Baca Terjemah Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Hawariyyun (Kisah Para Rasul) 5:31.
Kepada orang-orang yang bukan Bani Isra’il, Hawariyun yang bernama Bulus al-Hawari juga menyatakan demikian. Lihat Terjemah Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Hawariyyun (Kisah Para Rasul) 17:30.
Munajat:
Ya Allah Yang Maha Kuasa.
Ampunilah hamba dari semua laku hamba yang tidak lurus dan sering menuruti nafsu binatang hamba.
Ku mohon semoga Engkau menolong hamba, ya Allah, agar hamba selalu melihat dengan mata kepala hamba sendiri bahawa Engkau, ya Allah, memiliki kesabaran yang tidak terbatas kepada hamba yang selalu dalam keadaan naik turun, kadang di atas kadang di bawah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |