Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

الحق

Maha Haq / Maha Benar;

yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

Adanya Sayidina Isa sungguh amat dekat kaitannya dengan Ḥaq.

Isa bukan anak pelacur! Isa adalah putera Maryam! Adanya Sayidina Isa sungguh amat hakiki!

Kisah adanya Sayidina Isa termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 1:1-2, 14

فِي الْأَصْلِ كَانَ الْكَلِمَةُ. وَكَانَ الْكَلِمَةُ عِنْدَ اللهِ. وَالْكَلِمَةُ هُوَ ذَاتُ الْإِلَهِ، 2فَإِنَّهُ كَانَ فِي الْأَصْلِ عِنْدَ اللهِ.

Pada permulaan sudah wujud Kalimah, dan Kalimah itu bersama Allah.

Kalimah itu adalah Allah. Kalimah itu bersama Allah pada permulaan.

وَالْكَلِمَةُ صَارَ بَشَرًا، وَعَاشَ بَيْنَنَا. وَرَأَيْنَا جَلَالَهُ، الْجَلَالَ الَّذِي لَهُ بِاعْتِبَارِ أَنَّهُ الِابْنُ الْوَحِيدُ لِلْأَبِ، وَهُوَ مَمْلُوءٌ بِالنِّعْمَةِ وَالْحَقِّ.

Kalimah itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita manusia.

Kita manusia melihat kemuliaan Kalimah itu yang diibaratkan bagai Putera tunggal yang asalnya datang daripada Allah yang ibaratnya adalah Bapa, yang penuh dengan ni’mat dan kebenaran.

Sayidina Isa selalu berjuang untuk menjadi manfaat bagi orang ramai. Namun Bangsa Tidak Berkhatan Rom yang dipimpin oleh perdana menterinya memaksa Sayidina Isa untuk menghentikan perjuangan beliau bagi orang ramai. Kerana perjuangannya dihentikan secara paksa oleh pemimpin bangsa penjajah, iaitu, Bangsa Rom itu, Sayidina Isa memilih tidak menjawab pertanyaan yang dilontarkan perdana menteri Rom yang mengadilinya itu. Pertanyaan yang dilontarkan kepada Sayidina Isa adalah:

مَا هُوَ الْحَقُّ؟

yang ertinya,

Apakah Yang Ḥaq itu?”

(Termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 18:38.)

Adanya Sayidina Isa adalah ḥaq. Dan sampai-sampai Sayidina Isa sendiri pernah berkata,

قَالَ لَهُ عِيسَى: ”أَنَا هُوَ الطَّرِيقُ، أَنَا هُوَ الْحَقُّ، أَنَا هُوَ الْحَيَاةُ.

yang bermaksud,

“Isa menjawab, “Akulah Jalan Lurus, Yang Haq dan al-Hayat.”

(Termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 14:6.)

Jadi Sayidina Isa memang pernah berkata bahawa Sayidina Isa adalah al-Ḥaq, al-Hayat, dan Jalan Lurus.

Dan Sayidina Isa pernah ditanya oleh perdana menteri Rom,

“Apakah Yang Ḥaq itu?”

Tapi Sayidina Isa memilih tidak menjawab perdana menteri Rom itu.

Akhirnya, al-Ḥaq itu ternyata adalah salah satu dari 99 nama-nama Allah. Al-Ḥaq adalah nama Allah.

Jalan Lurus itu juga nama Allah,

Al-Haadi (الهادى)

Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk,

iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

Sayidina Isa juga disebut sebagai Jalan Lurus. Termaktub di Kitab-Kitab Allah.

Para hawariyun dan banyak umatnya mengikuti Sayidina Isa Jalan Lurus itu. Termaktub di …

Al-Hayat juga nama Allah.

Sebagai perbandingan, Bahasa Bani Isra’il Ibrani memiliki kata yang mirip dengan kata ḥaq dalam Bahasa Arab, iaitu

 /ḥaq/,

namun ertinya sedikit berbeza.

Dalam Bahasa Ibrani

 /ḥaq/

bererti …

  • dekri, atau
  • perintah yang dijadikan dalil untuk menguatkuasakan undang-undang atau apa yang sudah ditetapkan sebagai peraturan atau keputusan

Dalam Bahasa Ibrani,

 /ḥaq/ 

juga bererti ‘dalil.

Kalau dalam Bahasa Arab, ḥaq bererti kebenaran atau sungguh-sungguh benar dan nyata dan tidak salah dan tidak rugi untuk dipegang dan dipercayai. Memang kedua erti tersebut hampir mirip dan saling berkaitan.

Antara ‘dalil atau dekri yang menguatkuasakan undang-undang’ dan ‘kebenaran mutlak’ memang hampir mirip dan saling berkaitan, khususnya apabila mengenai “dekri-dekri atau perintah-perintah Allah, ketetapan-ketetapan Allah” untuk dijadikan dalil dasar.

Contoh dalam Taurat, Zabur dan al-Anbiya’ dalam Bahasa Ibrani,

 /ḥaq/

bererti,

“perintah-perintah Allah,”

kepada orang-orang Bani Isra’il yang dizalimi oleh Fir’aun di Negeri Fir’aun untuk menyembelih kambing dan darah segar kambing korban itu wajib dioleskan ke pintu rumah orang-orang Bani Isra’il agar malaikat pencabut nyawa tidak masuk ke rumah yang sudah diolesi dengan darah segar kambing korban. (Kitab Taurat Surah Keluaran 12:24.)

Zabur 81:3-4 … “ketetapan-ketetapan Allah” mengenai hari raya.

Zabur 119:5 … “ketetapan-ketetapan Allah” yang harus dipatuhi.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, ketetapan-ketetapan adalah

 /huqqa/.

Di Kitab Zabur Surah119,

 /huqqa/

yang berarti ketetapan-ketetapan disebut 20 kali.

Perlu diketahui, ketika seseorang menulis dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, dia harus berhati-hati dalam memilih kata. Kalau dia nak menulis kebenaran dalam erti benar atau salah, maka kata yang dipakai adalah,

 (amin)

yang ertinya,

iman.

Tuhan adalah sumber keamanan yang terpercaya yang harus dipercayai atau diimani dan tidak rugi untuk dipercayai dan diyakini.

Ibrahim memilih iman kepada Tuhan dalam menghadapi berbagai perkara dan permasalahan di dalam hidupnya. Kebenaran bererti iman kepada Tuhan dalam menghadapi berbagai perkara. Dalam bahasa Kitab Taurat dan Zabur dalam bahasa Bani Isra’il, iman adalah ‘aman. Dalam kehidupan Ibrahim, iman kepada suatu kekuatan yang sangat setia itu adalah pilihan yang benar dan tidak salah dan selalu membuat aman.

Benar adalah tidak salah dan tidak rugi! Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, benar dan tidak salah dan tidak rugi adalah

 (amin).

Berserah diri kepada Tuhan itu sungguh benar dan tidak salah dan tidak rugi. Oleh al-Quran, orang yang haqul yaqin bahawa berserah diri kepada Tuhan itu sungguh benar dan tidak salah dan tidak rugi itu seringkali disebut …

YĀ ‘AYYUHĀLLAŻĪNA ‘AMANŪ

yang bermaksud,

“Wahai orang yang beriman.” atau, “Wahai orang yang haqul yaqin bahawa berserah diri kepada Tuhan itu sungguh benar dan tidak salah dan tidak rugi.”

Kitab Taurat Zabur dan Al Anbiya’ menyebut bahawa Tuhan itu adalah benar dan tidak salah dan tidak membuat kita rugi!

 (ELOHIM AMIN)

… yang bermaksud,

“ILAH YANG BENAR dan TIDAK SALAH dan TIDAK MERUGIKAN KAMU APABILA KAMU HAQUL YAQIN PADANYA.

(Termaktub di Kitab Taurat Surah Yesaya 65:16 dan Zakharia 8:8.)

ILAH YANG BENAR ITU TIDAK SALAH DAN TIDAK MERUGIKAN JUSTERU MALAH MENENTERAMKAN DAN MENYEBABKAN RASA AMAN.

Itulah yang disebutkan di Kitab Taurat dalm Surah …

Itulah ḥaq. Itulah kebenaran.

Dalam alam pikir peradaban Bani Isra’il dan Yunani, barangsiapa yang melakukan dakwah perihal Tuhan yang benar dan tidak salah dan tidak merugikan itu, akan diberi barakah oleh Tuhan. Dahulu pernah ada raja yang menjadi hamba Allah.

Hamba tersebut bernama Hiskia. Hamba Allah itu selalu berjuang untuk membuktikan dan menyatakan bahawa Tuhan Allah itu benar dan tidak pernah salah dan tidak pernah merugikan dan tidak pernah memberatkan. Dikisahkan apapun yang dia perjuangkan selalu berjaya dan menyebabkan dia menjadi kaya. (Kitab al-Anbiya’ Surah 2 Tawarikh 31:21.)

Raja Bani Isra’il bernama Daud. Daud haqul yaqin kepada Tuhan. Kehaqul yaqinan Daud kepada Tuhan sungguh-sungguh dalam sekali dan bukan main main.

Hal itu termaktub di Kitab Zabur 31:5.

Ke dalam tangan-Mu kuserahkan rohku;

Engkau telah menebusku,

Ya Allah, Tuhan Yang Bersifat Benar dan Yang Tidak Pernah Salah dan Tidak Pernah Merugikan.

Kitab Zabur bahkan memuji muji Tuhan Allah bersifat benar dan tidak pernah salah dan amat dapat dipercaya. Kitab Zabur juga memuji muji Daud yang amat haqul yaqin dan amat percaya kepada Tuhan Allah yang bersifat benar dan tidak pernah salah dan amat dapat dipercaya itu. Tuhan Allah menjamin Daud akan tidak kecewa akan keyakinannya kepada Tuhan Allah. (Kitab Zabur 132:12.)

Terjemahan Kitab Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Yunani amat ingin menyatakan bahawa Tuhan itu bersifat benar mutlak dan benar terus dan sama sekali tidak bersifat salah, setitikpun tidak ada salahnya dan tidak merugikan. Kitab Injil terjemahan Bahasa Yunani Surah Yahya 4:24 menyatakan:

pneuma ho theos kai tous proskunountas auton en pneumati kai aletheia dei proskunein

yang bermaksud,

Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.

Terdapat perkataan Sayidina Isa yang di terjemahan Bahasa Yunani Kitab Injil Surah Yahya 8:32

kai gnosesthe ten aletheian kai he aletheia eleutherosei humas

Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.

Jadi, kebenaran atau ḥaq adalah keyakinan bahawa Tuhan itu bersifat benar mutlak dan benar terus dan sama sekali tidak bersifat salah, setitikpun tidak ada salahnya dan tidak akan pernah menyebabkan rugi. Apabila ada yang berani menolak kebenaran atau ḥaq itu bererti justeru dialah yang salah. Apabila ada yang berani memfitnah kebenaran atau ḥaq itu bererti dia sama seperti membuka aib diri sendiri dan sungguh dia tidak tahu malu.

Oleh kerana itulah Sayidina Isa menjanjikan

 /ḥuriyyah/

(kebebasan) kepada barangsiapa yang mengenal dan memeluk kebenaran. Berkata Sayidina Isa,

فَتَعْرِفُونَ الْحَقَّ، وَالْحَقُّ يُحَرِّرُكُمْ.

Maka kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu.

Dan kepada para hawariyun, iaitu para penyokong setianya, Sayidina Isa memberi harapan bahawa akan ada penolong yang meneruskan pesan tauhid Sayidina Isa.

وَأَنَا أَطْلُبُ مِنَ الْأَبِ، فَيُعْطِيكُمْ مُعِينًا آخَرَ يَبْقَى مَعَكُمْ إِلَى الْأَبَدِ، ذَلِكَ هُوَ رُوحُ الْحَقِّ

Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan menyertaimu selama-lamanya. Penolong itu Roh Kebenaran.

Akhirnya Perdana Menteri Bangsa Tidak Berkhatan Rom itu cuci tangan dan tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dalam sesuatu perkara atau hal mengenai Isa Almasih itu. Kerana sikap perdana menteri yang seperti itu, akhirnya Sayidina Isa dikenakan hukuman mati. Akhirnya Sayidina Isa dihukum mati cara Rom iaitu hukuman mati salib yang memalukan. Tapi anehya, Perdana Menteri itu bahkan berkata bahawa Sayidina Isa tidak bersalah dan tidak pantas dihukum mati salib. Tapi orang-orang Yahudi suk berteriak dan menuntut Sayidina Isa dijatuhi hukuman mati salib.

Dengan begitu, pertanyaan Perdana Menteri itu iaitu,

“Apakah Yang Haq itu?”

masih terus dipikirkan oleh Perdana Menteri Rom Bangsa Tidak Berkhatan itu. (Lihat Kitab Injil Surah Yahya 18:38.)

Perdana Menteri itu pasti tahu banyak mengenai kehidupan Sayidina Isa, namun Perdana Menteri itu tidak akrab dan tidak beramah mesra dengan Sayidina Isa. Jadi lain halnya dengan para Hawariyun penyokong-penyokong setia Sayidina Isa, Perdana Menteri itu tidak akrab dan tidak beramah mesra dengan Sayidina Isa. Itulah permasalahannya! Perdana Menteri itu tidak akrab dan tidak beramah mesra dengan Sayidina Isa. Memang Perdana Menteri Rom itu memiliki pertanyaan yang amat bagus untuk ditanyakan. Tapi, sayang sekali, hatinya tidak memahami.

Jadi walau hanya tinggal selangkah lagi untuk mendapatkan jawaban sejati akan pertanyaan beliau tersebut, dia akhirnya tidak mendapatkan jawaban apa-apa terhadap pertanyaannya sendiri! Penyebabnya adalah kerana Perdana Menteri itu tidak akrab dan tidak beramah mesra dengan Sayidina Isa Almasih.

Munajat:

Wahai Yang Sejati.

Kata-kata indahku dan tindakan-tindakan muliaku tidak pernah mengalahkan keberadaan-Mu yang murni dan tidak bercampur-campur itu.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator