(2) SUNGGUH SANGAT DISAYANGKAN, MANUSIA PENUH DENGAN NAFSU NAFSI YANG TIDAK MAHU MENERIMA APA YANG SUDAH DIREDAI ALLAH TERSEBUT.
Tapi sekarang, manusia menjadi beraja di mata bersultan di hati. Manusia dengan nafsu nafsinya lebih suka melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat Kitab-kitab Allah dan semua Pesuruh-pesuruh Allah). Kita manusia penuh dengan nafsu-nafsi yang penuh dengan kesalahan dan penuh dengan lupa.
Disebutkan dalam Hadis Nabi bahawa …
ﺍﻻﻧﺳﺎ ﻥ ﻣﺤﻞ ﺍﻟﺨﻄﺄ ﻭﺍﻟﻧﺴﻳﺎﻥ
Al insaan mahallu khotho’ wannisyaan
Manusia tempatnya kesalahan dan tempatnya lupa.
Tidak ada lain, itulah kekurangan-kekurangan kita umat manusia kepada Allah سبحانه وتعالى Sang Khaliq. Kita sudah ada niyat buruk. Nila setitik rosak susu sebelanga!
Oleh kerana itulah, kita sudah jauh dari Allah. Kita sudah tergelincir terjerumus masuk dalam lingkaran Setan.
Hati kita sudah penuh dengan nafsu-nafsi. Jadi, bukan hanya susah, bagi manusia, untuk memiliki lagi hati yang murni sesuai yang diredai Allah, bahkan memang sudah tidak mungkin, bagi kita manusia ini, untuk memiliki lagi hati yang murni. Uang dinar emas satu gunung pun tidak cukup untuk menebus dosa-dosa dan kekurangan-kekurangan kita. Ini sungguh berita buruk, sangat buruk, sangat teruk!
Disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah Al Baqarah [2]:35-36 …
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ
Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.”
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman:
“Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).”
Disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah An-Nahl [16] ayat 60-61 …
لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ ۖ وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِم مَّا تَرَكَ عَلَيْهَا مِن دَابَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.
Dan disebutkan juga di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah Yusuf [12] ayat 53 …
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah Al-An’am [6] ayat 70 …
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |