Contact Information

Allah Itu Kasih

Assalamualaikum! Selamat datang ke laman web kami tentang pemikiran dan ajaran Islam. Pihak penulis kami, Abdushomad dan Ustaz Faridz, kami mengalu-alukan kedatangan anda dan semoga anda mendapat ilmu yang akan membimbing anda dalam perjalanan anda kepada kebenaran dan Allah.

Allah itu kasih. Kenyataan yang mudah, dan satu-satunya harapan untuk manusia. Jika Allah bukan kasih, ketika Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa berdosa di jannah, Allah akan membunuh mereka. Namun, kerana Allah itu kasih, Allah menyelamatkan manusia pertama dan memulakan rancangan di mana semua manusia akan diselamatkan melalui keluarga Nabi Ibrahim A.S.

Kisah bagaimana Tuhan menyediakan keselamatan untuk semua manusia, dan bagaimana kita, sebagai manusia bertindak balas dalam ibadah dan perbuatan baik sudah tersurat dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Al-Quran mengesahkan apa yang tertulis dalam kitab-kitab suci ini.

Semua orang Islam mempelajari Al Fatihah dan semasa solat mereka berdoa dalam bahasa Arab, “Bismillah arrahman arrahim”. Maksud dalam Bahasa Melayu ini ialah, “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”. Jadi apabila kita membaca tentang rahmat Allah dalam Al-Quran kita sedang berkata “Allah itu kasih”.

Ada soalan untuk penulis kami? 

Jika anda ada soalan untuk penulis kami, anda boleh hantar mesej melalui laman ini (https://allahitukasih.com/contact-us/

Terima kasih! 

Kenali Penulis Kami