Petikan – Adakah Isa Mati Disalib? Sejarah yang Menggambarkan Penghujung Kehidupannya Di Dunia dalam Kesusasteraan Tafsīr Sunni.

Adakah Isa mati disalib dan kemudiannya bangkit daripada kematian? Soalan ini mempunyai kuasa yang menakjubkan untuk menjana perbincangan hebat di antara orang Islam dan Kristian. Seperti yang pernah dinyatakan oleh seorang penulis kontemporari, “Hādhāl al-mawdū yuthīru jadaliyyat al-Islām ka-mā lam yuthirhā ayyu mawdū‘ākhar.” Malah, apabila orang Islam dan Kristian membincangkan perkara berkaitan keagamaan, topik perbualan sering menghala ke arah soalan ini. Mungkin perkara ini tidak lagi mengejutkan dari segi sejarah di mana Perang Salib mengeksploitasi salib sebagai simbol keagamaan dan mengubahnya daripada isyarat yang menyeru orang Kristian agar menyerahkan nyawa demi kepentingan orang lain atas dasar kasih sayang kepada isyarat kesediaan orang Kristian untuk membunuh orang lain bagi kepentingan sendiri.

Perbincangan mengenai penyaliban Isa secara umumnya membawa kepada salah satu daripada dua kesimpulan:

1) usaha kedua-dua belah pihak untuk mempengaruhi satu sama lain bahawa “kami betul dan kamu salah,” atau

2) keputusan yang sopan bagi “setuju untuk tidak bersetuju.” Dalam kedua-dua perkara, dianggap bahawa tiada dasar umum ditemui terhadap soalan ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mempersoalkan tanggapan tersebut. Secara khususnya, kertas kerja ini akan melakukan pemeriksaan simpatetik ke atas tradisi Islam untuk melihat apakah sejarah jawapan yang mungkin kepada soalan ini dalam masyarakat Islam. Kami akan melakukannya dengan memeriksa ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan perbincangan ini dan sejarah pentafsiran utama ahli Sunnī bagi ayat-ayat ini. Sebuah projek yang berasingan (mungkin perlu dijalankan oleh ahli falsafah Islam?) ialah untuk memeriksa tradisi Kristian dalam cara simpatetik yang sama, kemudian mempertimbangkan apakah dasar umum yang diperoleh daripada kedua-dua kajian.

Dalam dunia umat Islam pada hari ini, pandangan paling terkemuka mengenai persoalan ini ialah Allah (s.w.t) menyebabkan orang lain (seorang pengganti) muncul sebagai Isa dan pengganti tersebut telah disalib menggantikan Isa, sementara Allah (s.w.t) mengangkat Isa ke syurga dalam keadaan masih hidup.

PDF=Adakah Isa Mati diSalib? (927 Kb)