Di Zaman Nabi Isa, orang-orang mukmin berkiblat ke Tanah Suci Al-Quds Ur Salim atau Yerusalem.Ramai orang mukmin di Zaman Nabi Isa menunaikan ibadah ziarah ke Tanah Suci Al-Quds Ur Salim. Orang-orang muslim ketika itu, iaitu orang-orang yang berserah diri bulat-bulat kepada al-ilah Sang Tuhan yang disembah oleh Nabi Ibrahim nenek moyang mereka yang berasal dari negeri yang jauh iaitu Tanah Ur dan berhijrah kerana al-ilah Sang Tuhan ke suatu tempat yang aman sejahtera untuk beribadah kepada al-ilah Sang Tuhan. Walau kelihatannya gersang, tapi itulah tempat pilihan Ibrahim. Ur Salim.
Ibrahim tidak memilih tempat yang kelihatannya subur dan sejuk, tapi akhirnya penuh kemaksiatan Sodom dan Gomora yang masyarakatnya suka sodomi iaitu hubungan jenis melalui dubur, terutamanya antara lelaki dengan lelaki, dan perempuan dengan perempuan dan manusia dengan haiwan. Ibrahim mendoakan keponakannya yang bernama Luth untuk lari meninggalkan Sodom tempat maksiat itu untuk pindah ke Ur Salim agar tidak kena azab Sang Tuhan untuk negeri Sodom Gomorah.
Oleh Nabi Ibrahim, tempat yang aman sejahtera untuk beribadah kepada al-ilah Sang Tuhan itu dinamai sama seperti nama kampung halaman beliau yaitu Ur namun Ur yang salim, makna, sejahtera kerana al-ilah Sang Tuhan. Maka namanya adalah Ur Salim, yang ertinya Ur yang sejahtera. Ramai orang dari segala bangsa bangsa pergi ke Tanah Suci Ur Salim. Orang-orang Ur menyebut al-ilah dalam bahasa mereka El Elyon Yang Maha Tinggi. Salah satu asma Sang Tuhan adalah Al-Aliyyu.
Orang-orang Negeri Syam menyebut al-ilah dalam bahasa Suryani mereka Alaha Sang Tuhan.
Orang-orang Jazirah Arab bahagian Utara menyebut ar rahman Yang Maha Pengasih atau Yang Maha Pemurah.
Orang-orang Jazirah Arab bahagian Selatan menyebut al-ilah dalam bahasa Arab mereka Allah yang kemudian menjadi nama diri dari Sang Tuhan al-ilah.
Nama ini disebutkan dalam firman Allah, QS.Al-Isra [17]:110 yang artinya, “Serulah nama ‘Allah’ atau nama ‘Ar-Rahman,’ yang mana sahaja kamu serukan; kerana Sang Tuhan mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia.”
Di Zaman Nabi Isa, bangsa-bangsa yang di luar Tanah Suci Ur Salim adalah bangsa-bangsa tidak berkhatan. Sedangkan bangsa-bangsa yang berkiblat ke Tanah Suci Ur Salim adalah bangsa-bangsa berkhatan. Di Zaman Nabi Isa, bangsa Filistin bangsanya Jalut adalah bangsa yang tidak berkhatan.
Di Zaman Nabi Isa, bangsa Arab adalah bangsa yang tidak berkhatan. Oleh orang-orang berkhatan yang berkiblat ke Tanah Suci Ur Salim, bangsa-bangsa tidak berkhatan itu dijuluki jahiliyah atau jahil, ertinya mereka tidak peduli kepada Sang Tuhan yang disembah Ibrahim musafir dari Tanah Ur. Maknanya,
Mereka tidak mengendahkan Sang Tuhan yang disembah Ibrahim dan keturunan beliau. Mereka tidak mengendahkan malaikat-malaikat Sang Tuhan yang disembah Ibrahim dan keturunan beliau.
Mereka tidak mengendahkan utusan-utusan Sang Tuhan yang disembah Ibrahim dan keturunan beliau. Mereka tidak mengendahkan wahyu-wahyu Sang Tuhan yang disembah Ibrahim dan keturunan beliau.
Mereka tidak mengendahkan hari kebangkitan yaitu pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Mereka tidak mengendahkan apa yang dikehendaki Sang Tuhan yang disembah Ibrahim dan keturunan beliau.
Mereka lebih suka mendapatkan sanjungan dari manusia daripada mendapat pahala daripada Sang Tuhan.
Di Zaman Nabi Isa, orang-orang yang berkhatan yang berjuang mencari pahala daripada Sang Tuhan dijuluki isra’il yaitu nama baru dari Sang Tuhan bagi Ya’qub cucu Ibrahim. Oleh Sang Tuhan, cucu Ibrahim yang bernama Ya’qub itu diberi nama baru iaitu Isra’il.
Isra dalam bahasa Arab berarti hamba atau tawanan dan El yang berarti Sang Tuhan. Maka arti Isra’il adalah “hamba Sang Tuhan” atau “golongan yang ditawan oleh SangTuhan.” Keturunan-keturunan Isra’il disebut Duriyah Isra’il atau Bani Isra’il.
Sebahagian Duriyah Isra’il adalah Yusuf, Ayub, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa.
Sesungguhnya secara pencarian ilmu tauhid, iaitu semangat mengendahkan Sang Tuhan yang disembah Ibrahim, setiap orang yang abdullah (hamba Sang Tuhan) boleh disebut isra’il. Hanya Sang Tuhan yang tahu apakah orang sungguh-sungguh berjuang mendapatkan pahala dari Sang Tuhan atau hanya ingin mendapatkan sanjungan dan pujian dari manusia dan dari raja-raja dan dari majikan-majikan kaya dan tuan-tuan kaya di dunia ini. Kalau menganggap sanjungan manusia sebagai tujuan akhir bererti bukan isra’il. Bererti kalah dengan nafsu musuh terbesar daripada orang-orang yang mencari pahala dari Allah. Kalau menganggap sanjungan manusia sebagai tujuan akhir itu ertinya syirik. Tapi apabila tujuan akhir adalah akhirat itulah isra’il. Itulah abdullah.
Seluruh hamba-hamba dari Sang Tuhan memberi tauladan atau contoh yang nyata dalam hal “Lebih baik jadi hamba Sang Tuhan daripada hamba dunia!”
Jadi sesungguhnya isra’il lebih bersifat umum dan inclusive. Sang Tuhan Al-Khaliq dan makhluk akan pasti tahu apabila ada orang yang sungguh-sungguh isra’il, iaitu sungguh-sungguh berjuang mendapatkan pahala dari Sang Tuhan al-ilah yang disembah Ibrahim dan keturunan-keturunan beliau.
Disebutkan di Al-Qur’an Surah Maryam [19]:58-63 yang bermaksud,
19|58| Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Nabi Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.
19|59| Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab,
19|60| Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, –
19|61| (Iaitu) Syurga ” Adn ” yang telah dijanjikan oleh Ar-Rahman kepada hamba-hambaNya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janjiNya tetap berlaku.
19|62| Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
19|63|Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami.
Nabi Isa dan hawariyun, penyokong-penyokong setia Nabi Isa adalah isra’il tulen, maknanya mereka selalu dalam keadaan berjuang walau dengan penuh kesusahan dan kesakitan demi untuk mendapatkan pahala dari Sang Tuhan al-ilah yang disembah nenek moyang mereka iaitu Nabi Ibrahim dan keturunan-keturunan beliau.
Dikisahkan pernah ada salah satu penyokong setia Nabi Isa yang bernama Bulus al-Hawari.
Lewat perantaraan Bulus al-Hawariyun, Sang Tuhan memberi tanda-tanda ajaib atau mukjizat yang luar biasa yang penuh ni’mat dan bermanfaat kepada ramai orang. Sesetengah orang ramai membawa pulang sapu tangan atau kain yang pernah disentuhkan kepada penyokong setia Nabi Isa itu kemudian disentuhkan kepada orang yang sakit lalu orang sakit orang sakit menjadi sembuh dan roh-roh halus yang merasuk mereka langsung keluar dari tubuh mereka.
Di zaman Nabi Isa, banyak orang Bani Isra’il yang terkena pengaruh kaum-kaum penyembah dewa-dewi dan kaum-kaum penyembah malaikat. Mereka telah menjadi syirik. Dikisahkan ada orang-orang Bani Isra’il macam itu yang mengamalkan ilmu sihir ikut-ikutan menyebut nama Sayidina Nabi Isa untuk mengubat orang yang dirasuk roh halus. Orang-orang Bani Isra’il macam itu ikut-ikutan menyebut nama Sayidina Nabi Isa untuk mengubat orang yang dirasuk roh halus dengan berkata,
“Aku menyumpahi kamu demi Isa yang dikhabarkan oleh Bulus al-Hawari penyokong setia Nabi Isa itu!”
Akan tetapi roh halus itu menjawab sambil berteriak,
“Aku kenal Isa, dan aku tahu Bulus al-Hawari penyokong setia Nabi Isa itu, tetapi kamu ini siapa?”
Orang-orang Bani Isra’il penganut ilmu sihir yang ikut-ikutan menggunakan nama Sayidina Nabi Isa macam itu berjumlah 7 orang. Sesungguhnya, mereka tidak takzim dan tawadu’ kepada Sayidina Nabi Isa. Mereka hanya bersikap pintar dan licik dan mencari untung untuk diri sendiri. Tidak tanggung-tanggung, mereka adalah anak-anak seorang imam besar Bani Isra’il yang bernama Imam Besar Sakawa. Lalu orang yang dirasuk roh halus itu langsung menerkam dan mengerjakan ketujuh orang Bani Isra’il penganut ilmu sihir yang ikut-ikutan menggunakan nama Sayidina Nabi Isa itu. Karena dikejar-kejar orang yang kerasukan roh halus itu, ketujuh orang Bani Isra’il tukang sihir itu langsung lari dari dalam rumah itu dalam keadaan telanjang dan luka. (Bacalah Injil Surah Hawariyun [Kisah Para Rasul] 19:13-17.)
Asma Sayidina Isa itu memang sungguh memiliki wibawa yang besar, oleh kerana itu tidak dapat dibuat main-main dengan kepintaran dan kelicikan untuk mencari senang untuk diri sendiri. Kejadian ini tersebar dari mulut ke mulut di kalangan Kaum Yang Berkhatan Bani Isra’il dan dikalangan Kaum Yang Tidak Berkhatan Yunani di kawasan yang bernama Efesus. (Sekarang Turki). Ramai orang di Efesus menjadi takut dan kagum pada asma Yang Mulia Baginda Isa. Asma Yang Mulia Baginda Isa menjadi harum dan dimuliakan ramai orang. Ramai orang menjadi haqul yaqin kepada Yang Mulia Baginda Nabi Isa dan menjadi insyaf akan segala perbuatan jahat yang pernah mereka lakukan. Beberapa orang yang mengamalkan ilmu sihir mengumpulkan semua kitab-kitab ilmu sihir mereka dan membakar kitab-kitab ilmu sihir mereka di hadapan orang ramai. Semua kitab-kitab ilmu sihir itu bukan barang yang berharga murah tapi mahal sungguh harganya. Namun semua kitab-kitab ilmu sihir itu dibakar semua sampai tidak ada yang tersisa.
Demikianlah kesaktian Sayidina Isa dan kehaqiqiyannya tersebar luas dan kewibawaannya terdengar sampai kemana-mana tempat.
Yang Maha Tinggi.
Jangan licik pada-Nya.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…