Allah dan Muhammad

Keyakinan Allah dan Muhammad bukan bererti Muhammad menganggap bahawa nabi-nabi sebelum beliau harus dibuang dan dilupakan sahaja. Itu justeru menunjukkan bahawa Muhammad tidak anti nabi-nabi sebelum beliau. Contohnya apabila bertahiyat akhir saat solat selalu dikatakan,

Segala penghormatan, keberkahan, dan kebahagiaan dan kemuliaan adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada ilah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah! Berilah rahmat kepada Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya sebagaimana pernah Engkau beri rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Tidak terbayangkan Muhammad menyuruh umatnya untuk memperlekehkan dan melupakan nabi-nabi sebelum beliau. Muhammad tidak pernah menganggap Yaaqub adalah pesuruh yang sangat kecil daripada Allah. Muhammad menyatakan bahawa Yaakub adalah datuk daripada sebahagian besar rasul-rasul Allah. Muhammad sangat menghormati Yaakub yang oleh Allah diberi gelar Isra’il yang ertinya berseru kepada Allah ingin mendapatkan pahalaNya. Tak terbayangkan Muhammad menyatakan Nabi Isra’il terlaknat. Shalawat dan salam tetap tercurah kepada Bani Isra’il tersebut. Itulah yang Nabi Muhammad sabdakan.

Namun sayang rasa hasad dan dengki di antara manusia di masa setelah Rasulullah wafat seolah menjadikan keadaan manusia yang berserah kepada Allah ini berpecah-pecah menjadi mazhab-mazhab dan parti-parti politik semata-mata.

Misalnya, kata Isra’il terputarbelitkan menjadi Zionism. Kata Islam yang ertinya berserah diri bulat-bulat kepada Allah terputarbelitkan menjadi Parti Islam yang didirikan untuk mengkafir-kafirkan mana-mana parti yang tidak sefaham dengannya. Alhasil, di zaman moden ini, mencintai Muhammad bererti harus mempelekehkan nabi-nabi sebelum Muhammad kerana nabi-nabi tersebut dianggap simbol-simbol parti lain yang dianggap membahayakan stutus quo elit-elit parti Islam. Padahal Muhammad justeru menjadi khaataman nabiyyin (materai para nabi, penutup para nabi) yang menjadi pengesah apapun yang diwasiyatkan para nabi yang tidak lain adalah laa ilaha ilaa Allah tiada ilah selain Allah. Muhammad tidak mahu dihormati bak Allah. Muhammad pesuruh Allah bukan Allah.

Di QS Fussilat [41]:6,

Katakanlah: ‘Aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu tetaplah kamu kepadaNya.’

Allah dan Muhammad bererti ikrar bagi siapapun untuk tidak menjadi nabi setelah Muhammad kerana itu membahayakan kemurnian yang diwasiyatkan para nabi sebelum Muhammad.

Allah dan Muhammad bererti tidak menambah-nambah dan mengurangi-ngurangi keutuhan Muhammad sebagai materai para nabi yang mengesahkan kebenaran yang dibawa para nabi sebelum beliau. Menambah-nambah atau mengurangi sesuatu apapun setelah ada materai adalah perbuatan jenayah. Sebagai contoh, Muhammad menghormati Almasih Isa ibnu Maryam. Orang-orang yang yakin kepada Allah dan Muhammad tidak dibenarkan mempelekeh Almasih Isa ibnu Maryam. Apabila kita memperlekehkan Almasih Isa ibnu Maryam, Muhammad rasulullah akan marah kepada kita dan tidak mengakui kita sebagai orang yang sungguh-sungguh yakin kepada Allah dan Muhammad. Muhammad bersabda bahawa semua nabi bersaudara dan satu din yakni berserah diri kepada Allah. Macam mana “menceraikan” Muhammad daripada Almasih Isa ibnu Maryam?

Padahal dalam hadish, Muhammad berkata, “Akulah yang paling dekat dengan Almasih Isa Putera Maryam.” Mencintai Rasul bererti membenci Almasih Dajjal, bukan membenci Almasih Isa.

Keyakinan Allah dan Muhammad selalu menerima apa yang dikatakan Muhammad dalam QS Ali ‘Imran [3]:84

قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam).”

QS Al Baqarah [2]:136

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka; dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata.”

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini