Almasih Isa Wajihan Dunia Akhirat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ، وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ

“Ya Allah, Aku mohon kepada-Mu kenikmatan memandang wajah-Mu, rindu bertemu dengan-Mu tanpa penderitaan yang membahayakan dan fitnah yang menyesatkan.” HR Nasai 1305 dan dishahihkan al-Albani.

Di dalam Kitab Al-Qur’an, sering kita mendapati kata  وَجْهُ اللَّهِ  (wajhullah) “Wajah Allah.” Coba tengok QS Al Baqarah [2]:115, 272; QS Al An’ām [6]:52; QS Ar Ra’d [13]:22. Tapi anehnya, setiap kali Qur’an menyebut  وَجْهُ اللَّهِ  (wajhullah) “Wajah Allah,” selalu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi “redha Allah” atau “keredhaan Allah.”

Contoh QS Al Baqarah [2]:115

2|115| وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُوَالْمَغْرِبُۚفَأَيْنَمَاتُوَلُّوافَثَمَّوَجْهُاللَّهِۚإِنَّاللَّهَوَاسِعٌعَلِيمٌ

yang bermaksud,

2|115| Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah Wajah Allah atau redha Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi sentiasa Mengetahui.

QS Al Baqarah [2]:272 menyatakan nasihat yang ertinya, “Jangan membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari Wajah Allah atau keredhaan Allah.”

QS Al An’ām [6]:52 – Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan petang, mereka mengharapkan Wajah-Nya atau keredhaanNya.

QS Ar Ra’d [13]:22 – Dan orang yang sabar kerana mencari Wajah Tuhannya atau keredaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

QS Ar Rūm [30]:39 – Berikan zakat untuk memperoleh Wajah Allah atau keredhaan Allah.

Jadi jelas kata Wajah Allah selalu diterjemahkan Redha Allah. Apakah Wajah Allah?

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:45 bahawa Yang Mulia Sayidina Isa adalah  وَجِيهًا  (wajihan).

Ahli tafsir Qur’an Fakhr al-Din al-Razi menyatakan bahawa kata ‘wajihan‘ ertinya adalah terkemuka. Ibaratnya, badan manusia, wajahlah yang paling terkemuka. Manusia, suka tidak suka, pasti yang dilihat adalah wajahnya. Wajihan memiliki akar kata yang sama dengan wajh atau Wajah. Wajah ibaratnya adalah kesempurnaan dan kebesaran.

Kitab Al-Qur’an menyebut Yang Mulia Sayidina Isa  وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ  wajīhan fīddunyā wal ‘akhiratā. Boleh jadi Yang Mulia Sayidina Isa adalah Wajah Allah. Kerana Yang Mulia Sayidina Isa adalah Kalimat Allah.

إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

3|45| (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan.

Namun boleh juga dikatakan Yang Mulia Sayidina Isa adalah Ridha Allah. Jadi, kita wajib mencari Yang Mulia Sayidina Isa. Kita wajib mengharapkan Yang Mulia Sayidina Isa.

Kalau kita memang orang yang sabar pasti  kita sabar adalah kerana mencari Yang Mulia Sayidina Isa. Kerana mencari Wajah Allah lah kita mendirikan solat dan memberikan zakat.

Yang Mulia Sayidina Isa adalah wajihan atau Wajah Allah atau Redha Allah yang kita kena cari dengan sabar kerana Allah.

Ahli tafsir Qur’an Fakhr al-Din al-Razi menyatakan,

“Hanya ada satu wajah bagi setiap orang. Hanya ada satu yang terkemuka di kehidupan di dunia dan akhirat. Oleh kerana itulah, Yang Mulia Sayidina Nabi Isa adalah Wajah daripada kehidupan, baik kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Keutamaan Yang Mulia Sayidina Nabi Isa sempurna sepanjang zaman.”

Yang Mulia Sayidina Nabi Isa disebut terkemuka kerana mampu mendoakan orang atau menengahi atau menjadi perantara dengan al-Khaliq, membela dan menyelamatkan manusia.

Itu yang dikatakan ahli tafsir Qur’an, Shukani, Fath al-Qadir ketika mengulas QS Ali Imran [3], ayat 45.

Yang Mulia Sayidina Nabi Isa terkemuka wajihan kerana doa Yang Mulia Sayidina Nabi Isa selalu dikabulkan Allah dan selalu mendapat izin Allah.

Buktikan sendiri fadhilah doa Yang Mulia Sayidina Nabi Isa di QS Al Maidah [5]:114 dan 115 di mana ketika Yang Mulia Sayidina Nabi Isa berkata kepada Allah, Allah langsung berkata mengabulkan doa Yang Mulia Sayidina Nabi Isa untuk manusia.

5|114| قَالَ عِيسَىابْنُمَرْيَمَاللَّهُمَّرَبَّنَاأَنزِلْعَلَيْنَامَائِدَةًمِّنَالسَّمَاءِتَكُونُلَنَاعِيدًالِّأَوَّلِنَاوَآخِرِنَاوَآيَةًمِّنكَۖوَارْزُقْنَاوَأَنتَخَيْرُالرَّازِقِينَ

5|115| قَالَ اللَّهُإِنِّيمُنَزِّلُهَاعَلَيْكُمْۖفَمَنيَكْفُرْبَعْدُمِنكُمْفَإِنِّيأُعَذِّبُهُعَذَابًالَّاأُعَذِّبُهُأَحَدًامِّنَالْعَالَمِينَ

5|114| Isa putera Maryam berdoa: “Wahai Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; berilah kami rezeki, dan Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.”

5|115| Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk.”

Yang dilakukan Yang Mulia Sayidina Nabi Isa selalu kerana izin Allah.

Tersebut di QS Ali Imran [3]:49

3|49| وَرَسُولًا إِلَىٰبَنِيإِسْرَائِيلَأَنِّيقَدْجِئْتُكُمبِآيَةٍمِّنرَّبِّكُمْۖأَنِّيأَخْلُقُلَكُممِّنَالطِّينِكَهَيْئَةِالطَّيْرِفَأَنفُخُفِيهِفَيَكُونُطَيْرًابِإِذْنِاللَّهِۖوَأُبْرِئُالْأَكْمَهَوَالْأَبْرَصَوَأُحْيِيالْمَوْتَىٰبِإِذْنِاللَّهِۖوَأُنَبِّئُكُمبِمَاتَأْكُلُونَوَمَاتَدَّخِرُونَفِيبُيُوتِكُمْۚإِنَّفِيذَٰلِكَلَآيَةًلَّكُمْإِنكُنتُممُّؤْمِنِينَ

yang ertinya,

3|49| Dan menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil: “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda dari tuhan kamu, iaitu aku boleh mencipta untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup pada tanah liat itu lalu menjadilah tanah liat itu seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman.

Isa Wajah Allah di dunia dan akhirat. Isa redha Allah di dunia dan akhirat. Isa redha Allah. Isa wajah Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini