Amalan-Amalan Thayyibah

Sayidina ’Isa a.s. tidak membawa hukum atau syariat baru, melainkan membawa suatu cara atau tariqah, yang didasarkan atas perasaan kasih-sayang yang penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.

Tariqah Sayidina ’Isa a.s., yang didasarkan atas perasaan kasih-sayang yang penuh ketaqwaan kepada Allah SWT, justru menyatakan bahawa amalan-amalan yang disarankan oleh Para Nabi adalah sah dan benar.

Di bawah ini adalah amalan-amalan yang disarankan dan dicontohkan oleh Nabi Sulaiman a.s. yang bisa dijadikan bukti perasaan kasih-sayang yang penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 6:6-8 …

 اِذْهَبْ إِلَى النَّمْلَةِ أَيُّها الْكَسْلانُ. تَأَمَّلْ تَصَرُّفَاتِهَا وَكُنْ حَكِيمًا

 فَلَيْسَ لَهَا قَائِدٌ أَوْ مُشْرِفٌ أَوْ حَاكِمٌ,

 لَكِنَّهَا تَخْزِنُ طَعَامَهَا فِي الصَّيْفِ, وَتَجْمَعُ مَؤُونَتَهَا فِي الْحَصَادِ.

Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa, tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 6:28-29 …

أَوَ يَمْشِي إِنْسَانٌ عَلَى الْجَمْرِ وَلاَ تَكْتَوِي رِجْلاَهُ؟ وَبِنَفْسِ الطَّرِيقَةِ مَنْ يَزْنِي بِامْرَأَةِ غَيْرِهِ, مَنْ يَمَسُّهَا لا يَنْجُو مِنْ عَوَاقِبِ فِعْلِهِ.

Jika kamu berjalan di atas bara api, kakimu terbakar. Demikian juga bahayanya jika seorang lelaki tidur dengan isteri orang lain. Sesiapa yang melakukan hal itu akan menanggung akibatnya.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 10:5

 الْعَاقِلُ يَحْصُدُ فِي الصَّيْفِ, وَالْمُغَفَّلُ يَنَامُ فِي الْحَصَادِ.

Orang bijak mengumpulkan hasil pada musim menuai; orang yang tidur pada waktu itu mendatangkan malu.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 10:8

 مَنْ قَلْبُهُ حَكِيمٌ يَقْبَلُ الْوَصَايَا, وَمَنْ كَلامُهُ سَفِيهٌ يُحَطَّمُ.

Orang bijak suka menerima nasihat. Orang yang merepek akan binasa.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 10:19

 كَثْرَةُ الْكَلامِ لا تَخْلُو مِنْ مَعْصِيَةٍ, وَمَنْ يَضْبِطُ شَفَتَيهِ هُوَ عَاقِلٌ.

Semakin banyak bercakap, semakin besar kemungkinan berdosa. Orang bijak berhati-hati dengan kata-kata mereka.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 12:25

 الْغَمُّ فِي الْقَلْبِ يَحْنِي الإِنْسَانَ, وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ تُفَرِّحُهُ.

Kekhuatiran menyebabkan orang berdukacita, tetapi kata-kata yang baik menghiburkan hati.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 13:20

 مَنْ يُعَاشِرُ الْحُكَمَاءَ يَصِيرُ حَكِيمًا, وَرَفِيقُ الأَغْبِيَاءِ يُضَرُّ.

Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak; orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 14:17

 السَّرِيعُ الْغَضَبِ يَتَصَرَّفُ بِغَبَاءٍ, وَالْمَاكِرُ مَكْرُوهٌ.

Orang yang lekas marah bertindak dengan bodoh; orang bijak sentiasa bersikap tenang.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 14:29

. الْبَطِيءُ الْغَضَبِ عِنْدَهُ فَهْمٌ عَظِيمٌ, وَالسَّرِيعُ الْغَضَبِ يُظْهِرُ غَبَاءَهُ.

Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 16:11

 يَهْتَمُّ اللهُ بِالْمِيزَانِ الصَّحِيحِ وَالْمِعْيَارِ الْعَادِلِ, كُلُّ مِكْيَالٍ سَلِيمٍ مِنْ صُنْعِهِ.

Allah menghendaki timbangan dan ukuran yang tepat; jangan berlaku curang ketika berniaga.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 16:16

 إِقْتِنَاءُ الْحِكْمَةِ خَيْرٌ مِنَ الذَّهَبِ, وَاقْتِنَاءُ الْفَهْمِ خَيْرٌ مِنَ الْفِضَّةِ.

Jauh lebih baik mendapat hikmat dan pengetahuan daripada mendapat emas dan perak.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 16:32

 بَطِيءُ الْغَضَبِ خَيْرٌ مِنْ مُحَارِبٍ قَوِيٍّ, وَضَابِطُ نَفْسِهِ خَيْرٌ مِنْ قَاهِرِ مَدِينَةٍ.

Lebih baik orang bersabar daripada berkuasa. Lebih baik orang tahu menahan diri daripada menguasai seluruh kota.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 17:1

لُقْمَةٌ يَابِسَةٌ وَمَعَهَا سَلامٌ, خَيْرٌ مِنْ دَارٍ مَمْلُوءَهٌ بالْوَلائِمِ وَمَعَهَا خِصَامٌ.

Lebih baik makan sesuap makanan dengan fikiran yang tenang, daripada makan jamuan besar di rumah yang penuh dengan pertengkaran.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 20:10

 رَبُّنَا يَكْرَهُ اسْتِعْمَالَ أَوْزَانٍ وَمَكَايِيلَ مُخْتَلِفَةٍ, نَوْعٌ لِلْبَيْعِ وَنَوْعٌ لِلشِّرَاءِ.

Tuhan Allah yang kita sembah membenci orang yang menipu dengan timbangan dan ukuran yang tidak tepat.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 20:13

 لا تُحِبَّ النَّوْمَ لِئَلا تَفْتَقِرَ, تَيَقَّظْ وَاجْتَهِدْ تَشْبَعْ.

Orang yang suka tidur akan jatuh miskin. Orang yang rajin bekerja mendapat banyak makanan.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 20:23

 رَبُّنَا يَكْرَهُ اسْتِعْمَالَ أَوْزَانٍ مُخْتَلِفَةٍ, نَوْعٌ لِلْبَيْعِ وَنَوْعٌ لِلشِّرَاءِ, وَالْمِيزَانُ الْمَغْشُوشُ لا يُرْضِيهِ.

Neraca dan timbangan yang tidak tepat, dibenci oleh Allah.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 27:9

 الْعِطْرُ وَالْبَخُورُ يُفَرِّحَانِ الْقَلْبَ, وَحَلاوَةُ الصَّاحِبِ فِي نَصِيحَتِهِ الْمُخْلِصَةِ.

Minyak wangi menggembirakan hati, tetapi kesusahan merunsingkan hati.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 27:10

 لا تَتْرُكْ صَدِيقَكَ وَلا صَدِيقَ أَبِيكَ, وَلا تَذْهَبْ إِلَى دَارِ أَهْلِكَ بِمُجَرَّدِ مَا تَحِلُّ بِكَ الْمَشَاكِلُ, الْجَارُ الْقَرِيبُ خَيْرٌ مِنَ الأَخِ الْبَعِيدِ.

Jangan lupa akan sahabatmu atau sahabat bapamu. Ketika kamu dalam kesusahan, jangan pergi ke rumah saudaramu; jiran yang dekat dapat lebih menolong kamu daripada saudara yang jauh.

Suhuf Sulaiman (Amsal) 27:14

 إِنْ كُنْتَ تُوقِظُ جَارَكَ فِي الصَّبَاحِ الْبَاكِرِ بِتَحِيَّةٍ عَالِيَةٍ, تُعْتَبَرُ لَعْنَةً لا بَرَكَةً.

Salam yang diteriakkan pada pagi-pagi sekali sama dengan kutukan.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini