Petikan dari Kitab Injil: Markus 4:35-41.

35Pada petang itu juga, Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Marilah kita pergi ke seberang sana.’ 36Ketika itu Isa di dalam perahu. Para pengikut-Nya meninggalkan orang ramai itu di pantai lalu belayar bersama-Nya. Ada beberapa perahu lain yang belayar bersama-sama. 37Lalu angin bertiup kencang dan ombak melanda perahu sehingga hampir dipenuhi air. 38Ketika itu Isa sedang tidur di bahagian belakang perahu, kepala-Nya beralaskan bantal. Para pengikut-Nya mengejutkan Dia lalu berkata, ‘Tuan Guru, tidakkah Engkau peduli? Kita hampir karam!’

39Isa bangun lalu memarahi angin dan berkata kepada ombak, ‘Diam! Tenanglah!’ Angin pun reda dan laut menjadi tenang.

40Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu masih tidak percaya?’

41Mereka berasa gerun lalu berkata sesama sendiri, ‘Siapakah Dia ini? Angin dan ombak pun taat kepadanya!’

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini