Walau Dajjal berusaha membunuhmu dengan segala macam fitnah-fitnahnya, ingatlah pada tarikh berapa awak merasa seolah lari daripada Dajjal dan melakukan hijrah kepada Baginda Almasih Isa. Dajjal membunuh jasmani awak dan juga membunuh karakter awak. Dajjal melemahkan semangat awak dan juga harapan awak. Allah sudah menetapkan Almasih Isa untuk membunuh almasih Dajjal. Almasih Isa selalu adalah Kehendak Allah. Almasih Dajjal hanya kelihatannya sahaja baik dan saleh namun sebenarnnya bukan Kehendak Allah. Isa adalah Kehendak Allah. Daijal bukan!
Dalam hijrah mu kepada Baginda Almasih Isa Kalifah Allah, apa yang awak rasakan ketika awak hijrah di kekalifahan Baginda Almasih Isa.
Termaktub dalam hadis sahih Rasulullah riwayat Bukhari:
وَالَّذِيْ نَفْسيْ بِيَدِهِ،لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ
مَرْيَمَ حَكَمًاعَدْلًافِيَكْسِرُ الصَّلِيْبَ، وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيْرَ، وَ يَضِعُ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضُ الْـمَـالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌوَ حَتَّى
تَكُوْنَ السَّجْدَةُ خَيْرً الَهُ مِنَ الدُّنْيَا وَ مَا فِيْها
Ertinya,
Demi yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya telah dekat waktunya Putera Maryam turun kepadamu sebagai Hakim Yang Adil. Dia akan menghapuskan hukuman mati yang memalukan, membunuh babi (sampai tidak ada yang menajiskan keadaan seseorang), menghapuskan pajak bagi orang-orang dari bangsa yang tidak berkhatan (semua diberi ni’mat tanpa pandang bulu), dan harta kekayaan melimpah ruah, kerana setiap orang sudah terlalu banyak harta kekayaan hingga tidak ada seorangpun yang suka memperoleh harta. Pada waktu itu, yang mereka nak peroleh adalah kesempatan emas walau hanya satu kali sahaja bersujud kepada Allah, walau hanya satu saat sahaja. Pada waktu itu, orang-orang akan merasakan bahawa satu kali bersujud kepada Allah sungguh lebih seronok rasanya daripada memiliki dunia dan segala isinya.
Itulah sifat sifat Kekhalifahan Baginda Almasih Isa. Bila awak merasa diancam dan difitnah dan diserang oleh Dajjal, berhijrahlah ke Kekhalifahan Baginda Almasih Isa.
Kerana begitu mustahaknya Almasih Isa, disebutkan didalam hadis sahih Bukhari dan Muslim dan tertera di An Nawawi, Riyadus Salihin, No Hadis 412, 2010 M: 141 dan tercatat di Al Qur’an Tafsir bil Hadis.
َنْ شَهِدَ أَنْ لَّا إِلَهَ إِلَّا ا للهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدََا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، وَ أَنَّ عِيْسَى عَبْدُاللهِ وَرَسُوْلُهُ وَ كَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وَالنَّا رَ حَقٌّ، أَدْخَلَهُ اللهُ الْجَنَّة عَلَى مَا كَانَ مِنَ الْعَمَــل
Ertinya,
Dari Ubadah bi As Samit Ra., ia berkata, Nabi SAW. bersabda, “Barangsiapa bersaksi bahawa tidak ada ilah yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, serta (bersaksi) bahawa Isa adalah hamba Allah, utusan Allah, dan Kalimah Allah yang disampaikan kepada Maryam dan Roh daripada Allah, surga adalah hak (benar adanya) dan neraka adalah hak, maka Allah akan memasukkan orang itu ke dalam surga sesuai dengan amalnya.”
Hadis sahih itu membuktikan bahawa sungguh mustahak Baginda Isa untuk, tanpa segan-segan dan tanpa was-was, diakui dan disaksikan oleh kita bahwasanya Baginda Isa adalah Utusan Allah dan Kalimah Allah dan sekaligus Roh daripada Allah. Bahkan itu adalah kesaksian yang juga menentukan masuk atau tidaknya kita ke surga jannah.
Kalau Nabi Muhammad mengatakan begitu, apakah kita berani mengaku sebagai umat Nabi Muhammad, tapi segan dan merasa pelik mengakui Nabi Isa Kalimat Allah dan kita bahkan menganggap Nabi Isa adalah perusak akidah dan musuh Nabi Muhammad dan pesaing Nabi Muhammad. Kalau kita menganggap begitu, kita sungguh mempermalukan Nabi Muhammad kerana mengadu domba antara Nabi Muhammad dan Nabi Isa. Kalau sikap kita begitu, hal itu sungguh memalukan dan sungguh berdosa kepada Nabi Muhammad dan sungguh mendustakan dan memesongkan pesan yang sebenarnya daripada Nabi Muhammad! Itu bukan sifat dan amalan orang mukmin tapi itu adalah sifat dan amalan orang kafir yang hanya nak pujian dari manusia dan tidak nak pahala daripada Allah.
Tersebut dalam Hadis sahih Riwayat Muslim:
وَ أَرَانِيَ اللهُ عِنْدَ الْكَعْبَةِ فِي الْـمَنَامِ، وَإِذَا اَدَمُ كَأَحْسَنِ مَـا تَرَى مِنْ اَدَمَ رَجَالَ، تَضْرِبُ لَــمَّتَهُ بَيْبَ مَنْكَبِيهِ، رَجِلُ الشَّعْرِ، يَقْطُرُ رَأْسُهُ مَا ءً، وَا ضِعََا يَدَيْهِ عَلَى مِنْكَبَيْ رَجُلَيْـنِ وَ هُوَ يَطُوْ فُ بِالْبَيتِ، فَقُلْتُ : مَنْ هَذَا ؟ فَقَالُوا: هُوَالْـمَسِيحُ بْنُ مَرْيَمَ_ ثُمَّ رَأَيْتُ وَ رَا ءَهُ رَجُلاً جَعْدً ا قِطَطً أَعْوَرَ الْعَيْـنِ الْيَمْنَى، كَأَشْبَهُ مَنْ رَأَيْـتُ بَابْنِ قُطْنِ، وَاضِعََا يَدَيْهِ عَلَى مَنْكِبَيْ رَجُلٍ يَطُوْفُ بِالْبَيْتِ فَقُلْتُ مَنْ هَذَا قَالُوْ ااَلْـمَسِيْحِ الدَّجَّا لُ
Ertinya,
Ketika tidur aku bermimpi diperlihatkan oleh Allah disisi Ka’bah, seorang manusia yang paling tampan dari semua manusia yang pernah kamu lihat. Rambutnya menjuntai hingga kedua pundaknya dan berombak serta kepalanya meneteskan air. Kedua tangannya memegang pundak dua orang laki-laki yang sedang bertawaf di Baitullah. Maka saya bertanya, “Siapakah dia?” Orang-orang menjawab, “Dia adalah Almasih putera Maryam.” Kemudian aku melihat di belakangnya seorang yang berambut pendek dan keriting serta buta mata kanannya. Saya lihat dia mirip ibnu Qathan. Kedua tangannya memegang kedua pundak seorang laki-laki dan bertawaf di Baitullah. Maka saya menanyakan siapa dia. Lalu orang-orang mengatakan dia adalah almasih Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim).
Itulah Almasih Isa Kalimah daripada Allah dan Roh daripada Allah. Dalam hadis di atas, Isa digambarkan kedua tangannya memegang kedua pundak dua orang laki-laki yang sedang bertawaf. Sedangkan almasih Dajjal digambarkan kedua tangannya memegang kedua pundak seorang laki dan bertawaf di Baitullah.
Itulah gambaran Almasih Isa Kalimah daripada Allah dan Roh daripada Allah. Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim menggambarkan Isa putera Maryam:
لَيُهِلَّنَّ عِيْسَى بْنُ مَرْيَـمَ بِفَجِّ الرَّوْحَاءِ بِالْـحَـجِّ أَوِالْعُمْرَةِ
Ertinya,
Isa bin Maryam akan menggemakan tahlil seperti gemuruhnya orang-orang yang beribadah haji atau umrah di segala lorong.
Berdalil pada Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim itu, hanya Almasih Isa lah yang disebut-sebut sebagai salah satu dari 10 bunga-bunga kiamat. Boleh dikata Baginda Isa adalah Bunga Kiamat bagi setiap keturunan Adam.
ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًاعَدْلًا
Putera Maryam Hakim Yang Adil bagi setiap keturunan Adam.
Itu perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah.
Hadis Riwayat Bukhari bertanya kepada kita:
ْكَيْفَ بِكُمْ إِذَا نَزَلَ فِيْكُمُ الـْمَسِيْحُ بْنُ مَرْيـَمَ وَ إِمَامُكُمْ مِنْ كُم
Bagaimanakah keadaanmu apabila Almasih ibnu Maryam turun kepada mu dan iman kalian dari kalangan kalian?
Oleh kerana itulah, setelah solat, Rasulullah memanjatkan doa:
اَللَّهُمَّ إِنِى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ مِنْ فِتْنَةِ الْــمَحْيَا وَالْــمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْــمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka jahanam, dari siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan fitnah setelah kematian, dan dari kejinya kejahatan fitnah almasih Dajjal.
Mengapa Rasulullah berdoa seperti itu?
Jawabannya adalah kerana Almasih Isa adalah perlindungan daripada Allah yang melindungi setiap keturunan Adam daripada kejinya dan jahatnya fitnah almasih Dajjal.
Apakah anda lega akan adanya Almasih Isa yang adalah perlindungan daripada Allah yang melindungi setiap manusia. Jadi berhijrahlah ke PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH itu!
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Majma’ bin Jariyah, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda:
يَقْتُلُ ابْنُ مَرْيَمَ، اَلْمَسِيحَ الدَّجَّلِ
Ertinya,
Putera Maryam akan membunuh almasih Dajjal
Almasih Isa, itulah PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH yang melegakan dan menggembirakan setiap keturunan Adam.
Tersebut di QS Ali Imran [3]:45 …
إِذْ قَالَتِ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرْيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ ٱسْمُهُ
ٱلْمَسِيحُ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ وَمِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ
Ertinya,
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga yang didampingkan di sisi Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |