Orang-orang Arab Nebatin dan juga para nabi dan siapapun di padang pasir memiliki kebiasaan membina tugu peringatan, tiang besar dan tinggi yg dibina daripada batu untuk memperingati sesuatu pengalaman bertemu dengan yang maha kuasa dan yang maha penyayang di padang pasir. Kubus dari batu itu adalah lingga atau dalam Bahasa Ibrani
“tempat sembelihan atau qurban sebagai penanda mengalami perlindungan dan keadilan ajaib dan ghaib daripada yang maha kuasa dan penyayang”
atau dalam Bahasa Arab
Banyak sekali lingga-lingga atau kubus-kubus peringatan yang dibina orang-orang padang pasir di Timur Tengah untuk memperingati pengalaman bertemu dengan yang maha perkasa di padang pasir dan pengalaman mendapat perlindungan yang ajaib dan gaib dari yang maha perkasa dan maha penyayang. Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh orang-orang padang pasir Timur Tengah samenjak zaman dahulu kala.
Tempat yang menjadi tanda pengalaman di mana orang mengalami perlindungan yang maha kuasa dan penyayang itu dalam Bahasa Ibrani disebut
atau Bait Allah. Lihat Kitabullah Taurat, at-Takwin (Kejadian) 28:18.
Di kawasan padang pasir Petra di Timur Tengah banyak peninggalan-peninggalan kubus-kubus itu yang dibina oleh orang-orang Arab Nebatin nenek moyang orang-orang Arab Yaman.
Pada zaman dahulu kala ketika Bani Isra’il umat Nabi Musa dizalimi oleh Raja Fir’aun yang bengis, Allah memerintahkan orang-orang Bani Isra’il yang dipimpin oleh Nabi Musa untuk menyembelih haiwan qurban dan darah haiwan qurban itu dicatkan pada pintu setiap rumah Bani Isra’il. Bani Isra’il melakukan perintah itu. Mereka mengecat setiap pintu rumah mereka dengan darah haiwan qurban. Dan kemudian, Allah memerintahkan malaikat maut untuk membunuh setiap anak sulung di seluruh wilayah kerajaan Raja Fir’aun. Semua anak sulung di setiap rumah rakyat Fir’aun mati kecuali di rumah-rumah orang-orang Bani Isra’il tidak ada yang mati dibunuh malaikat Allah tersebut. Bait atau rumah orang-orang Bani Isra’il adalah tempat mereka mengalami perlindungan Ilahi. Bagi Bani Isra’il umat Musa, bait mereka adalah tempat mereka mengalami perlindungan Ilahi. Perlindungan ilahi kepada seseorang atau kepada satu kaum, itulah langkah awal atau starting point, Allah memulai dari situ untuk menyadarkan banyak orang bahawa Allah adalah sumber perlindungan. Namun, tempat tertentu bukan final point-Nya.
Disebutkan di Qur’an Surah Yunus [10]:87 …
Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): “Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya; dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)”.
Setelah merdeka dan keluar dari cengkeraman Fir’aun yang zalim, Bani Isra’il umat Nabi Musa itu, oleh Allah, diperintahkan untuk memikul kubus tabut perjanjian yang berisi batu yang bertulis dengan Syariat Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa. Di situlah Allah sudi hadir, iaitu, di kubus tabut perjanjian itu, macam ka’bah yang selalu dipikul dalam perjalanan keluar dari cengkeraman Raja Fir’aun untuk kembali ke tanah nenek moyang mereka.
Akhirnya Fir’aun memutuskan menjadi orang muslimin yakni berserah diri kepada Tuhan yang dipercayai Bani Isra’il. Qur’an Surah Yunus [10]:90 menyatakan:
Berkatalah Fir’aun: “Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Isra’il dan saya termasuk orang yang berserah diri kepada Allah.
Setelah itu, Nabi Sulaiman membina Bait Allah di Tanah Suci Al-Quds Ursalim (Yerusalem) yang dalam Bahasa Ibrani disebut
atau Baitul Maqdis atau
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia.
Di bawah ini adalah gambar Bait Allah yang dibina Nabi Sulaiman di Tanah Suci Al-Quds Yerusalem.
Bani Isra’il itu tidak lain adalah anak-anak Nabi Ya’qub yang oleh Allah digelari Isra’il, ertinya, “berjuang mendapat pahala dari Allah”. Anak-anak Nabi Ya’qub yang bergelar Isra’il itu berserak-serak kemana-mana kerana dizalimi oleh Raja kafir Fir’aun dan Kerajaan-Kerajaan kafir Yunani dan Rum dan Raja Nebukadnezar dari Kerajaan Kafir Babil. Banyak anak-anak Nabi yang bergelar Isra’il tersebut berserak-serak kemana-mana sampai ke bahagian selatan daripada Jazirah Arab meliputi Mekkah, Yasrib (Medinah), dan Yaman, dan Afrika Utara, Habasyi (Ethiophia) dan Aksum Eritrea.
Bani Isra’il, anak-anak Nabi Ya’qub yang bergelar Isra’il itu ada yang bersifat ZEALOT iaitu berjuang mati-matian untuk memerdekakan dan menjaga harga diri
‘keturunan-keturunan Nabi Ya’qub yang bergelar Isra’il’. QS.Maryam [19]:58.
Namun, ada juga yang bersifat berkongsi dengan penjajah-penjajah mereka. Mereka berkongsi dengan kaisar-kaisar Yunani dan Rum yang kafir. Mereka dipimpin oleh RAJA HERODES AGUNG.
Bait Allah di
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
pernah dihancurkan oleh raja-raja zalim dari kerajaan kafir Babil dan Rum, iaitu, Raja Nebukadnezar dari Kerajaan Babil dan Raja Herodes Agung boneka Kerajaan Rum dan Kaisar Rum Titus. Sebab tunduk kepada Kaisar Rum, Raja Herodes Agung merusakan amalan-amalan ibadah Tanah Suci Al-Qudsi dengan mengangkat imam-imam yang tunduk kepada Kaisar Rum dan tidak tunduk kepada Allahuma atau Elohim.
Semakin tambah memperteruk keadaan, juga ada anak-anak daripada Isra’il ini yang
keterlaluan dan berlebih-lebihan dan melampau dalam perihal diin atau ugama secara yang tidak benar dan mengagung-agungkan puak dan kaum Isra’il sahaja dan mengkafirkan selain puak Isra’il. QS.Al-Ma’idah [5]:77.
Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil dan Qur’an memberi peringatan kepada anak-anak daripada Isra’il ini untuk tidak zalim dan tidak sombong, merasa sebagai umat pilihan. Disebutkan di QS.Al-Baqarah [2]:111,113,120.
Dan mereka (Yahudi) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk Jannah melainkan orang-orang yang berugama Yahudi”.
Orang-orang Bani Isra’il berpandangan bahawa selain Bani Isra’il tidak memiliki pegangan dan hanya amalan Bani Isra’il sahaja yang menjamin orang masuk Jannah nya Allah.
Itulah keangkuhan dan kesombongan ulama-ulama Bani Isra’il suk yang dipimpin oleh Herodes Agung boneka Kaisar kafir Bangsa Rum, tidak mengikuti apa yang diteladankan para nabi dari garis keturunan Bani Isra’il. Ulama-ulama Bani Isra’il suk itu banyak jumlahnya dan tafsir-tafsir yang mereka buat lebih kuat daripada Kalimat Allah sendiri. Mereka menghina dan menzalimi orang-orang yang bukan asli keturunan Nabi Isra’il. Menurut mereka, hanya orang-orang yang asli keturunan Nabi yang bergelar Isra’il sahaja yang masuk Jannah.
Inilah permasalahan-permasalahan yang disebabkan perebutan kekuasaan antara Bani Isra’il dan Kerajaan Rum untuk menjadi pemimpin umat manusia. Sesungguhnya permasalahan-permasalahan itu terus berlangsung sampai tahun 500-600-an Sesudah Masehi. Untuk kepentingan politik dan perluasan wilayah di Timur Tengah, Kerajaan Rum dan Yunani memaksa orang-orang Timur Tengah untuk masuk ugama Kristian yang ditetapkan menjadi ugama resmi Kerajaan Rum. Orang-orang Bani Isra’il dan Arab dan Habasyi (sekarang Ethiopia) dan Nabatin (sekarang Yaman) dan Arab Levant, bahagian utara daripada Jazirah Arab (Syria, Yordan, Lebanon, Iraq) dan Arab Koptik (Mesir) dan Yasrib (Medinah), Najran dan Mekkah, banyak kaum di Timur Tengah yang tunduk kepada Kaisar Kerajaan Rum dan masuk ugama Kristian ugama resmi Kerajaan Rum. Kaisar Kerajaan Rum selalu nak me-romawi-kan Isra’il dan me-romawi-kan Timur Tengah. Romanisasi menghasilkan Kristen orthodoks dan berbagai macam doktrin-doktrin dan filsafat-filsafat Kristen Roma dan Yunani. Romanisasi Isra’il dan romanisasi Arab atau romanisasi Timur Tengah oleh penguasa-penguasa Kerajaan Rum ini membuat seorang Bani Isra’il yang bernama,
menjadi amat malu dan marah kerana merasa kehilangan harga diri dan mengadakan pemberotakan melawan orang-orang Rum dan orang-orang Timur Tengah yang masuk Kristian dan menjadi boneka Kaisar Rum.
Yusuf Nu’as membakar gedung gereja dan katedral orang-orang Timur Tengah yang masuk ugama resmi Kerajaan Rum dan menjadi rahib-rahim Kristian. Yusuf Nu’as menangkap semua orang di Timur Tengah yang masuk Kristian dan memaksa mereka untuk keluar dari ugama Rum itu. Yusuf Nu’as membunuh setiap orang Timur Tengah yang tidak mahu keluar dari ugama Kristian, ugama resmi Kerajaan Rum itu. Yusuf Nu’as membunuh banyak orang-orang Timur Tengah yang masuk ugama Kristian. Yusuf Nu’as menganggap ugama Kristian sebagai ugama penjajah, ugama resmi bangsa Rum.
Orang-orang Rum menyebut orang Isra’il yang menjadi pemberontak yang bernama,
itu
Seperti orang-orang Rum, orang-orang Arab pun menyebutnya ‘Zu Nuwas’. Oleh kerana Timur Tengah dijajah oleh Kerajaan Rum, maka di Timur Tengah, Bahasa Yunani atau Bahasa Latin Rum menjadi bahasa lingua franca atau bahasa antar kaum di Timur Tengah.
Di tahun 517-527 sesudah Masehi, Zu Nuwas akhirnya berhasil mengumpulkan orang-orang Timur Tengah yang tidak suka dengan romanisasi Timur Tengah oleh Kerajaan Rum. Zu Nuwas berjaya menjadi raja Kerajaan Himyar Bersatu atau Homeritae yang berpusat di Sana’a Yaman yang menguasai bagian selatan dari Jazirah Arab yang sekarang meliputi Yaman, Saudi Arabia, Uni Emirat Arab, Qatar, Oman, Bahrain dan Kuwait.
Lain dengan Negeri Syam atau Arab Levant di bahagian utara daripada Jazirah Arab yang suka diromawikan atau dikristiankan, kaum-kaum dan golongan-golongan di Kerajaan Himyar sangat membenci ugama Kristian kerana ugama Kristian dianggap sebagai ugama resmi daripada Kerajaan Rum yang adalah penjajah yang menzalimi mereka. Kerajaan Himyar terdiri dari persekutuan atau syarikat berbagai suku-suku dan kaum-kaum dan golongan-golongan macam Bani Isra’il dan Arab Badui di kawasan yang sekarang Yaman, Saudi Arabia, Uni Emirat Arab, Qatar, Oman, Bahrain dan Kuwait.
Orang-orang Kerajaan Himyar di bahagian selatan daripada Jazirah Arab tersebut amat pandai ilmu falak yang mempelajari lintasan benda-benda langit-khususnya bumi, bulan, dan matahari-pada orbitnya masing-masing dengan tujuan untuk diketahui posisi benda langit antara satu dengan lainnya, agar dapat diketahui waktu-waktu di permukaan bumi. Di dalam kaum itu terdapat orang-orang yang pandai dalam ilmu mantik atau ilmu logika dan juga terdapat orang-orang yang pandai berdagang.
Kerajaan Himyar adalah syarikat kaum-kaum di Jazirah Arab bahagian selatan, iaitu kaum pengungsi Isra’il, kaum Arab Kristen Ebionit fakir-miskin yang berbudaya Isra’il yang anti penjajahan Romawi dan berbagai macam kaum yang tidak suka dengan penjajahan Romawi. Rakyat Kerajaan Himyar amat menghargai kekuatan Al Lat, Al Uzza, dan Manah dan Hubal di Jazirah Arab. Rakyat Kerajaan Himyar di wilayah Jazirah Arab bahagian selatan ada juga yang berkeyakinan Kristian Ebionit fakir-miskin yang berbudaya Isra’il yang anti penjajahan Romawi.
Kerana banyak orang-orang Kristian yang pro Romawi di Timur Tengah dibunuh oleh Zu Nuwas, Kerajaan-Kerajaaan Kristian yang pro Romawi bersatu untuk balas dendam melawan Zu Nuwas. Raja Kristian yang pro Romawi yang bernama Raja Kaleb dari Kerajaan Aksum Habasyi (Ethiophia) memerintahkan kepala perangnya yang bernama Jendral Abraha untuk menyerang Zu Nuwas di Timur Tengah. Askar-askar Kerajaan Kristian Rum Byzantin juga ikut membantu Jendral Abraha untuk berperang melawan Zu Nuwas.
Akhirnya Jendral Abraha berjaya menyebabkan Zu Nuwas bunuh diri. Jendral Abraha akhirnya melantik dirinya menjadi raja Kerajaan Himyar yang berpusat di Yaman. Raja Kristian yang bernama Raja Kaleb dari Kerajaan Aksum Habasyi (Ethiophia) menjadi marah kerana merasa Abraha mengambil kesempatan untuk kepentingan dirinya sendiri. Ketika menjadi Raja Kerajaan Himyar, Jendral Abraha berusaha mengkristiankan seluruh orang di wilayah Kerajaan Himyar. Raja Abraha mendirikan catedral dan gereja di Sana’a Yaman dan memerintahkan askar-askarnya yang naik gajah untuk pergi menyeragamkan amalan-amalan rakyatnya di wilayah Mekkah untuk berpusat ke katedralnya di Yaman bukan di Ka’bah di Mekkah. Namun burung-burung Ababil menghancurkan pasukan gajah Raja Abraha tersebut.
Di bawah ini adalah gambar puing reruntuhan katedral yang dibina oleh Raja Abraha di kota Sana’a Yaman tersebut. Sampai sekarang menjadi peninggalan sejarah.
Sebelum Muhammad lahir, ka’bah di Mekkah sudah banyak dikunjungi orang-orang dari berbagai kaum di padang pasir Timur Tengah untuk memperoleh keamanan dan perlindungan yang ajaib daripada yang menurut mereka adalah yang maha kuasa, apapun dan siapapun itu termasuk Al-Lat, Al-Uzza, dan Manah dan Hubal, Isa dan ibunya dan lain-lainnya dan juga untuk mengungkapkan ungkapan hati dengan pantun dan puisi di depan ka’bah. Ramadan sudah dirayakan orang di Arab sebelum Muhammad lahir.
Di zaman sebelum Muhammad lahir, ada 360 jimat yang ditanam di sekeliling ka’bah mewakili 360 suku Arab. Yang terkenal Al-Lat, Al-Uzza, dan Manah dan Hubal. Lihat QS.An-Najm [53]:19-20, Kitab Al-Anam (Book of Idols). Lihat juga Kaum Nebayot stau Nebatin (Yaman) dari Petra.
Maka orang-orang padang pasir Timur Tengah menyaksikan adanya banyak orang-orang padang pasir di Timur Tengah menziarahi kubus-kubus di Tanah Suci di padang pasir Timur Tengah untuk mencari keamanan dan perlindungan daripada, yang menurut mereka, maha perkasa dan yang maha melindungi.
Ada kubus atau ka’bah di wilayah masyarakat orang orang Arab Quraish di Mekkah yang paling dikenal banyak orang orang Arab seluruh Jazirah Arab, sehingga ka’bah atau kubus di wilayah orang-orang Arab Quraish itu membuat iri raja Abraha daripada Kerajaan Kristian boneka bangsa Rum. Orang-orang Kristian ketika itu pecah menjadi dua golongan iaitu yang dipengaruhi oleh Bangsa Rum dan mahu menjadi boneka Kaisar Rum. Dan yang satunya adalah orang-orang pengikut-pengikut setia Sayidina Isa putera Maryam yang tetap mempertahankan kebudayaan dan kebiasaan-kebiasaan
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
dan tidak mahu tunduk kepada Kerajaan kafir Rum. Raja Kristian Rum yang iri tersebut bernama Raja Abraha dari Kerajaan Himyar Bersatu yang berpusat di Zafar dekat Sana’a Yaman. Raja Abraha boneka Raja Kerajaan Kristian bangsa Rum tersebut ingin memperluas wilayah Kerajaan Bangsa Rum dan menyerang tanah haram tempat ka’bah di wilayah orang-orang Arab Quraish di Mekkah tersebut.
Kerajaan kafir Rum ini sebelumnya juga telah menguasai
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
Buktinya, Raja Herodes Agung boneka Kaisar Rum ini telah membina Bait Allah yang baru dan melantik imam-imam yang menjadi boneka Kaisar Kerajaan Rum. Kerajaan Rum ingin menguasai Timur Tengah. Melalui Raja Abraha, dengan liciknya dan dengan niat dan nafsu yang egois, Kaisar Kerajaan Rum memakai ugama Kristian demi untuk memperluas wilayah kerajaan Rum, bukan untuk menjadi manfaat kepada semua orang di alam ini. Melalui Raja Abraha, Kerajaan kafir Rum juga ingin menguasai wilayah ka’bah di Tanah Suci di kawasan kaum Quraish di Mekkah. Waraqa bin Naufal adalah salah satu orang Arab Quraish di Makkah yang selalu membawa gulungan Injil dalam Bahasa Ibrani Suryani. Waraqa bin Naufal adalah keponakan Abdul Muthalib, saksi mata datangnya burung-burung Ababil pertolongan Allah membawa batu menghancurkan pasukan gajah Raja Abraha tersebut.
Waraqa bin Naufal hafal Injil dalam Bahasa Ibrani Suryani dan menterjemahkan hikmah Injil dalam Bahasa Suryani ke dalam bahasa yang mudah difahami orang orang Quraish. Ketika itu di Mekkah dan Yasrib (sekarang Medinah) ada banyak anak-anak nabi yang bergelar Isra’il itu berserak-serak kemana-mana sampai menetap di Mekkah dan Yasrib ketika itu kerana dizalimi oleh Raja kafir Rum dan Babil. Menurut mereka, Ibrahim dan puteranya Isma’il lah yang membina kubus atau ka’bah di Tanah Suci Mekkah itu. Orang-orang Arab Quraish adalah syarikat orang-orang yang hijrah dari mana-mana tempat ke kota Makkah dan Yasrib.
Di dalam kaum Quraish itu terdapat orang-orang pandai ilmu falak yang mempelajari lintasan benda-benda langit-khususnya bumi, bulan, dan matahari-pada orbitnya masing-masing dengan tujuan untuk diketahui posisi benda langit antara satu dengan lainnya, agar dapat diketahui waktu-waktu di permukaan bumi.
Di dalam kaum Quraish itu terdapat orang-orang yang pandai dalam ilmu mantik atar ilmu logika dan juga terdapat orang-orang yang pandai berdagang. Di dalam kaum Quraish itu juga terdapat orang-orang yang selalu membawa gulungan Injil dalam Bahasa Ibrani Suryani dan menterjemahkanya ke dalam huruf hijaiyah agar dengan mudah difahami oleh kaum Quraish. Waraqa bin Nawfal jelas lebih tua dari Muhammad. Raja Abraha boneka raja Kerajaan Kristian Rum jelas ketika itu pasti menyerang Waraqa bin Nawfal pemimpin hawariyun dan imam tahanush di Tanah Suci Mekkah yang selalu membawa gulungan Injil berbahasa Ibrani Suryani yang berasal daripada
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
Jadi, jelas sudah bahawa Raja Abraha boneka Kerajaan Rum dan Waraqa bin Nawfal ZEALOT yang tidak mahu menjadi boneka Kerajaan Rum dan tidak memeluk kekristenan Kerajaan Rum seperti yang dipeluk Raja Abraha. Raja Abraha boneka Kerajaan Rum itu ingin memaksa Waraqa bin Nawfal untuk berkiblat ke Kerajaan Rum. Namun Waraqa bin Nawfal menolak dan dilindungi burung-burung Ababil ketika ka’bah di wilayah kaum Quraish di Mekkah diserang oleh Raja Abraha boneka Kerajaan Rum itu. Waraqa bin Nawfal adalah seorang putera dari Nawfal, putera Assad, putera Abdul Uzzah, putera Qushay, sepupu jauh dari Khadijah, puteri Khuwaylid, putera Assad, putera Abdul Uzzah, putera Qushay. Waraqa Bin Nawfal lahir di tahun 560 Sesudah Masehi.
Khadijah menjadi isteri pertama Muhammad yang merupakan putera Abdullah, putera Abdul Muttalib, putera Hashim, putera Abdul Manaf, putera Qushay. Muhammad lahir di tahun 570 Sesudah Masehi.
Qushay, kakek moyang daripada Waraqa dan Khadijah jelas punya hubungan keluarga dengan Muhammad sebagai kakek moyang-moyang-moyang beliau. Waraqa, Khadijah, dan Muhammad jelas masih ada pertalian darah dan masih memiliki hubungan keluarga dan mereka semua termasuk putera-puteri yang membanggakan bani Quraysh yang mendapatkan statusnya dengan hubungan-hubungannya ke Qushay, yang diperingati sebagai orang yang hijrah ke Mekah di tengah abad ke-5 Sesudah Masehi dari Tanah Suci Al-Quds Yerusalim atau Al-Aqsa ke Mekkah. Bani Quraysh bertindak sebagai salah satu penjaga tempat suci di pusat Mekkah, yakni Ka’bah, yang dibantu pendiriannya oleh Qushay sebagai situs ziarah penting.
Qushay mengusir penyembah-penyembah berhala dari suku Banu-Bakr dan Banu-Khuza’ah dari kota Mekkah untuk mempersatukan kembali para anggota kaumnya yang tercerai berai dan berserak-serak tersebut bersatu menjadi Kaum Qurasyh yang dalam Bahasa Melayu ertinya adalah persyarikatan atau persatuan. Qurasyh bukanlah puak namun hanyalah persyarikatan atau persatuan orang-orang yang berserak-serak yang mengungsi ke Mekkah di abad ke-5. Ini menurut Ibn Ishaq (meninggal pada tahun 768), seorang yang pertama kali menulis riwayat Muhammad.
Ketika itu wilayah ka’bah di Tanah Suci di kawasan kaum Quraish menjadi tempat berbagai macam orang-orang Timur Tengah mencari keamanan dan perlindungan. Di situ tempat orang-orang saling balas-berbalas pantun dan mengungkapkan puisi-puisi untuk mengungkapkan dan melampiaskan perjalanan hidup dan hati mereka.
Pada zaman dahulu itu di kubus atau ka’bah di Tanah Haram atau Tanah Suci Mekkah itu banyak berbagai orang berziarah.
Raja-Raja zalim dari Kerajaan kafir Babil dan Rum, iaitu, Raja Nebukadnezar dari Kerajaan Babil dan Raja Herodes Agung boneka Kerajaan Rum dan Kaisar Rum Titus. Raja Herodes Agung merusakan amalan-amalan ibadah Tanah Suci Al-Qudsi dengan mengangkat imam-imam yang tunduk kepada Kaisar Rum dan tidak tunduk kepada Allahuma atau Elohim
Ada ka’bah orang orang Quraish di Makkah yang dikenal banyak orang orang Arab seantero Jazirah Arab paling mujarab dalam memberi keamanan dan perlindungan yang gaib, sehingga Ka’bah di wilayah kaum Quraish itu membuat iri raja Kristian boneka Romawi dari Yaman yang bernama Abraha yang ingin menyeragamkan kaum Quraish dan peziarah-peziarah ka’bah untuk berziarah ke katedral yang dibinanya di Sana’a Yaman. Abraha dengan pasukan gajahnya datang ke ka’bah pusat kaum Quraish di Mekkah untuk menyeragamkan mereka untuk melakukan ziarah ke katedral yang dibinanya di Sana’a Yaman. Namun Abraha dan pasukan gajahnya dihancurkan oleh burung Ababil yang membaling batu Abraha dan pasukan gajahnya. Paristiwa Burung Ababil itu terjadi ketika Muhammad lahir.
Seperti Raja Nebukadnezar dan Raja Titus dari Kerajaan Rum dan Raja Herodes Agung, Abraha yang tamak dan serakah itu memancing di air yang keruh dan mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk menjadi yang terkuat dan terkaya di Timur Tengah. Paristiwa Burung Ababil yang menghancurkan ketamakan dan keserakahan dan keangkaraan dan kezaliman Abraha itu terjadi ketika Muhammad lahir, Abdul Muthalib dan paman-paman macam Waraqa bin Naufal yang menjadi saksi mata paristiwa datangnya Burung Ababil tersebut.
Keadaan ini direkam di Qur’an Surah Fiil [105] dan Surah Quraish [106].
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, – (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, – (4) Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) (1) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), (2) Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Ka’bah) ini, (3) Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (4)
Pada zaman dahulu banyak suku-suku Arab maupun non-Arab berziarah ke ka’bah di wilayah kaum Quraish dan mereka ada tempat masing-masing untuk berkumpul di sekitar ka’bah. Mereka ada kebiasaan melepaskan burung merpati di sekitar ka’bah atau kubus di wilayah kaum Arab Quraish di Mekkah. Kebiasaan itu sudah lazim dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum Muhammad lahir. Kalau burung merpati yang dilepas itu terbang ke arah kanan ka’bah iaitu ke Yaman Negeri Abraha, itu bererti nasib baik. Kalau burung merpati itu terbang ke kiri ka’bah yaitu ke Negeri Syam ke Negeri Arab Levant, justru pertanda nasib buruk.
Masjidil Haram Ka’bah di Mekkah tidak pernah dimaksudkan untuk membelakangi
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
kerana Masjidul Haram Ka’bah di Mekkah dan Baitullah Masjidil Aqsa Al-Quds Yerusalem adalah segaris dan searah tidak saling membelakangi. QS.Al-Isra [17]:1 …
Sub-ḥānallażī asrā bi’abdihī lailam minal-masjidil-ḥarāmi ilal-masjidil-aqṣallażī bāraknā ḥaulahụ linuriyahụ min āyātinā, innahụ huwas-samī’ul-baṣīr.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Al-Quds Yerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Disebutkan di QS.Al-Baqarah [2]:142 yang ertinya,
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah; Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.
Muhammad tidak menafikkan dan tidak menyangkal
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
beliau hanya pindah posisi supaya tidak membelakangi ka’bah di wilayah kaumnya Quraish.
Kalau penduduk Mekkah yang keturunan puak Bani Isra’il solat dengan menghadap
al-Ḥaram al-Qudsi asy-Syarīf,
Tanah Suci Yerusalem yang Mulia
mereka membelakangi ka’bah di wilayah kaum Quraish. Muhammad suka berkiblat ke arah langit dengan berulang-ulang menengadah ke langit. Pernah suatu ketika, Muhammad sedang solat menghadap Baitul Maqdis di Yerusalem.
Tetapi, Allah menurunkan wahyu yang terekam dalam Qur’an Surah Al-Baqarah ayat 143-144 yang ertinya:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus yang terdekat), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. Dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
Menurut hadis berikut, Muhammad mengatakan,
“Aku telah menyatakan suatu keadaan diin yang peduli pada keadaan manusia dan tidak sombong terhadap orang lain dan memudahkan” (Lisan al-Arab, Vol. IX, hal. 51).
Diin yang diridhai Allah adalah diin yang penuh kesalehan (kebaikan hati) dan kearifan namun peduli pada keadaan manusia dan tidak sombong terhadap orang lain (Al-Tabrasi, Vol. I, hal. 515).
“Aku tidak berpihak pada Bani Isra’il dan juga tidak berpihak pada Kristen, (aku tidak berpihak kepada Kaum Berkhatan Boneka Rom dan juga tidak berpihak kepada Kaum Tidak Berkhatan yakni Kekaisaran Rom), namun keyakinan yang peduli pada keadaan manusia dan yang tidak sombong terhadap orang lain, itulah yang kusuarakan.” (Ibn Hanbal, Vol. IV, hal. 116; Vol. VI, hal. 33).
Disebutkan oleh sarjana Islam, Seyyed Hossein Nasr dalam bukunya yang bertajuk Islamic Spirituality, hal. 88 bahawa:
Setelah hidup hijrah dalam pengungsian, Muhammad menguasai Mekkah dan wilayah tempat ka’bah. Nabi Muhammad memerintahkan agar ka’bah dimurnikan dan dijauhkan dari segala patung-patung dan azimat-azimat yang dianggap orang mempunyai kekuatan untuk memberi perlindungan dan keamanan. Ali menghancurkan Patung Hubal yang amat besar. Semua tulisan puisi yang menempel di dinding ka’bah dihancurkan dan dibuang, kecuali lukisan Maryam dan Isa dilindungi. Ketika orang-orang sibuk menghancurkan tulisan puisi-puisi yang menempel di ka’bah. Dengan tangannya dan dengan penuh niat baik, Nabi Muhammad melindungi lukisan Maryam dan Isa. Bahkan dalam hadish, Nabi Muhammad berkata bahawa beliaulah yang paling dekat dengan Putera Maryam itu. Dan al-Qur’an pun tidak berhenti menceritakan pentingnya dan fadhilah dan faedah bertawadu’ kepada al-Masih Isa bin Maryam itu sebagai bukti dan ujian apakah kita kafir dan murtad. Marilah kita berani menjadi penolong Nabi Isa bin Maryam. Marilah kita meneladani Nabi Muhammad dan Qur’an, iaitu, berani dan ikhlas menjadi penolong Nabi Isa bin Maryam dengan cara tidak menerima kejinya fitnah Dajjal.
Berziarah untuk berada di Tanah Suci atau Tanah Haram selama empat Bulan Haram atau Bulan Suci adalah tèrapi menghadap Ilahi Yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang. Orang kena MANASIK mempersiapkan diri jauh sebelum sampai di tempat yang banyak larangan dan banyak pantangan itu:
Orang sebelum berangkat ke Tanah Suci kena menjauh dari hawa nafsu dan perbuatan-perbuatan dosa atau khilaf, agar akhirnnya orang boleh terbiasa setiap saat dalam 12 bulan di mana sahaja, hawa nafsu harus direm atau di brek.
Disebutkan di QS.Al-Baqarah [2]:115 …
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
Allah tidak memberatkan dan tidak langsung menuntut terlalu banyak pada orang-orang padang pasir tandus yang memang sudah terlanjur cenderong mengikuti hawa nafsu sendiri. Allah hanya minta orang setidak tidaknya di empat bulan haram dan di tanah haram sahaja untuk selalu berbuat penuh kasih dan kebaikan agar menjadi mabrur atau baik sebab Allah di setiap saat dalam 12 bulan dimana sahaja. Mengenai Tanah Haram dan Bulan Haram, Sayidina Isa juga Haram bagi manusia yang sungguh-sungguh merindukannya. Baca Kitabullah Injil, Surah Yahya 4:1-45.
Sayidina Nabi Isa putera Maryam berkata di Kitabullah Injil, Surah Yahya 4:21-24 …
21 Isa berkata, ‘Percayalah, akan sampai saatnya kamu menyembah Bapa bukan lagi di gunung ini atau di Baitulmaqdis. 22 Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal; sebaliknya, kami menyembah apa yang kami kenal kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi. 23 Akan sampai saatnya, malah sudahpun sampai, penyembah sejati akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; kerana Bapa menghendaki penyembah yang sedemikian. 24 Allah itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.’
Kitabullah Qur’an Surah Maryam [19]:34,91; Aali Imran [3]:45, 55 dan Az-Zukhruf [43]:56, 61-62 dan Kitabullah Injil, Surah Yahya 14:6 menyatakan bahwa Yang Mulia Sayidina Isa adalah ROH dan KEBENARAN.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini.. |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…