Bangsa Tidak Berkhatan vs Bangsa Berkhatan

Nabi Ibrahim mendapat perintah khatan daripada Allah ketika Nabi Ibrahim sudah sangat tua. Jadi Nabi Ibrahim dikhatan ketika beliau sudah sangat tua. Bahkan beliau dikhatan dengan kapak, suatu alat yang bukan khas untuk mengkhatan kerana memang pada saat itu belum ada orang yang dikhatan sebelumnya. Sejak itu, semua keturunan Nabi Ibrahim dikhatan. Sejak saat itulah ada bangsa yang berkhatan dan ada bangsa yang tidak berkhatan.

Nabi Yusuf adalah salah satu cicit Nabi Ibrahim. Jadi Nabi Yusuf dikhatan. Tapi anehnya, Nabi Yusuf menjadi penolong bangsa tidak berkhatan yang dipimpin oleh Raja Fir’aun. Jelas Raja Fir’aun bukan keturunan Nabi Ibrahim. Jadi Nabi Fir’aun tidak berkhatan. Kerajaan Raja Fir’aun adalah Mesir Kuno.

Nabi Daud adalah keturunan Nabi Ibrahim. Nabi Daud ketika dia masih muda belia pernah bertarung melawan seorang raksasa yang tidak berkhatan yang bernama Jalut. Jalut berasal dari Bangsa Walistin atau Palistin. Jalut berasal dari bangsa yang tidak berkhatan.

Berkhatan adalah ciri khas keturunan-keturunan Nabi Ibrahim. Orang-orang yang hidup sebelum Nabi Ibrahim jelas tidak berkhatan.

Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Idris dan keturunan-keturunan mereka jelas tidak berkhatan. Namun walau mereka tidak berkhatan, mereka ikhlas dan bertaqwa kepada Allah SWT. Dan jelas Allah SWT menerima keimanan orang-orang yang tidak berkhatan tersebut yang sungguh-sungguh bukan keturunan Nabi Ibrahim.

Talut seorang Raja Bani Isra’il yakni bangsa yang berkhatan memberi syarat kepada Daud untuk berperang dengan bangsa Walistin yang tidak berkhatan dan untuk membunuh askar-askar bangsa Walistin dan untuk memotong kulup orang-orang tidak berkhatan tersebut dan mengumpulkan kulup-kulup orang-orang tidak berkhatan tersebut ke dalam kuali besar. Itulah syarat yang diberikan Raja Talut kepada Daud untuk menjadi menantunya. Nabi Daud melakukan itu!

Nabi Isa berasal dari bangsa yang berkhatan. Ketika Isa berumur 8 hari, Isa sudah dikhatankan oleh kedua orangtuanya. Lama-kelamaan, khatan menjadi bergeser makna menjadi peperangan antara Bangsa Yang Berkhatan vs Bangsa Tidak Berkhatan. Pada zaman Nabi Isa, sudah lama ada masalah-masalah perkauman tersebut di mana kaum berkhatan menyebut diri mereka sebagai putera-puteri daripada majikan, sedangkan kaum tidak berkhatan, mereka sebut sebagai anjing. Oleh orang-orang berkhatan, bangsa-bangsa yang tidak berkhatan dianggap najis.

Oleh orang-orang berkhatan, orang-orang yang tidak berkhatan dianggap sebagai orang-orang haram yang harus dibiarkan sahaja dan tidak boleh disentuh apalagi diganggu atau dicuri harta bendanya dan tidak boleh diganggu kebiasaan mereka ataupun tidak boleh dibunuh. Orang-orang dari bangsa yang tidak berkhatan diharamkan silaturahmi dengan orang-orang yang berkhatan! Pada suatu hari datanglah kepada Nabi Isa, seorang perempuan yang sakit parah kepada Nabi Isa. Perempuan tersebut berasal daripada kaum yang tidak berkhatan. Perempuan tersebut berseru kepada Nabi Allah Isa,

“Wahai putera Raja Daud, sembuhkanlah aku.”

Nabi Isa menanggapinya dengan tanggapan yang sudah biasa ketika itu dengan berkata,

“Seseorang membeli roti selalu dengan niyatan untuk diberikan kepada putera-puterinya, bukan untuk anjing!”

Tapi sesungguhnya Nabi Isa dan perempuan tersebut tahu bahwa mereka sedang dalam situasi perkauman yang sangat pelik dan sensitif. Namun perempuan kafir tersebut balik berkata,

“Betul, betul, Tuan, namun sisa-sisa roti yang terjatuh di tanah boleh dimakan anjing lah.”

Nabi Isa merasa sangat iba hatinya dan akhirnya menyembuhkan perempuan kafir tersebut.

Melihat kejadian Nabi Isa menolong orang dari kaum tidak berkhatan, orang-orang yang berkhatan sangat marah dan tidak menghormati Nabi Isa.

Orang-orang Ruum atau Rom, China, Rusia, dan orang orang Hindustan dan orang-orang Kamboja dan Myanmar dan Vietnam, dan orang-orang Negro dan orang-orang Papua dan Ambon jelas bukan keturunan Nabi Ibrahim. Jadi mereka termasuk bangsa tidak berkhatan. Namun walaupun begitu, Allah SWT lah yang menciptakan mereka. Al Qur’an dan Nabi Isa bersikap sama. Sikap mereka adalah bahawa Allah lah yang mencipta sebarang orang. Biarlah setiap orang ada dan hidup dengan senang tanpa diganggu, tanpa dihina dan dihukum apalagi dibunuh oleh orang-orang berkhatan.

Perintah khatan kepada manusia bukan untuk menghalalkan manusia-manusia berkhatan untuk membunuh manusia-manusia tidak berkhatan. Khatan adalah tanda bahawa tidak ada hal yang mustahil bagi Allah dan tidak ada hal yang terlalu susah bagi Allah. Semua hal mudah di sisi Allah. Itulah makna khatan. Ibrahim yang sudah sangat tua dan istrinya, Sarah, yang mandul boleh mempunyai anak dan boleh mempunyai keturunan yang jumlahnya sebanyak pasir di samudra dan sebanyak bintang di langit. Allah sudah bersifat kuasa bahkan sebelum Ibrahim dikhatan. Khatan hanyalah sebagai peringatan bahawa Allah tidak boleh dibatasi oleh akal manusia dan tidak boleh dibatasi oleh hakam-hukum yang dibuat manusia. Bangsa yang tidak berkhatan dan bangsa berkhatan pun tidak akan boleh membatasi kuasa Allah. Allah adalah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Itulah hakiki iman Islam. Rahmatan lil alamin.

Bacalah Tarjamah Kitab Injil Surah Ruum 4 di laman web http://ya-rahman.org/.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini