Categories: Article

Bau daripada Berita Buruk dan Berita Baik itu Sudah Lama Tercium oleh Setiap Insan Manusia Kerana Kedua-Dua Berita Tersebut Adalah Perihal- Perihal yang Sudah diRedai Allah (Bhg.1/5)

(1) TANPA PANDANG BULU, SETIAP ANAK-CUCU ADAM DISAYANG ALLAH سبحانه وتعالى

Sudah menjadi keredaan Allah سبحانه وتعالى bahawa kita manusia ini adalah kesayangan-kesayanganNya. Oleh Allah الوكيل Al-Wakiil Yang Maha Mengurus, manusia ditetapkan menjadi khalifah Allah, yakni menjadi wakil Allah di bumi ini. Ertinya, setiap insan diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk mengurus dan mentadbirkan dunia ini.

Manusia diamanahkan oleh Allah Yang Maha Mengurus untuk mengurus segala hal di bumi ini. Itu adalah kedudukan yang sangat tinggi, lebih tinggi daripada kedudukan malaikat. Bahkan disebutkan di dalam Kitab Allah At Taurat, Surah At Taqwin (Kejadian) Bab 1 ayat 27, Allah menciptakan manusia menjadi wakil Allah, yakni manusia diciptakan Allah dengan sifat semulia sifat daripada Allah itu sendiri.

فَخَلَقَ اللهُ الإِنْسَانَ لِيُعَبِّرَ عَنْهُ, أَيْ لِيُعَبِّرَ عَنِ اللهِ, فَخَلَقَهُمْ ذَكَرًا وَأُنْثَى.

yang bermaksud,

Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri AL-WAKIIL. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.

Bahkan disebutkan di dalam QS Al Baqarah [2]:34

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah kepada Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Hidup kita di bawah lindungan Allah سبحانه وتعالى.

Begitulah pada awalnya hidupnya seorang insan manusia yang bernama Adam dan Siti Hawa di Taman Firdaus.

Begitu pulalah hidup seorang insan manusia yang bernama Ibrahim yang telah memberi teladan beriman kepada Allah سبحانه وتعالى.

Disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah An-Nisa [4] ayat 125

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا

Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang dengan ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid dalam erti tidak takabur); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

Dan disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah Sad [38] ayat 45-47 …

وَاذْكُرْ عِبَادَنَا إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ أُولِي الْأَيْدِي وَالْأَبْصَارِ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba Kami: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub, yang mempunyai keteguhan (dalam berugama dan pengabdian) dan pandangan yang mendalam (mata hati yang jernih).

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ

Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat.

وَإِنَّهُمْ عِندَنَا لَمِنَ الْمُصْطَفَيْنَ الْأَخْيَارِ

Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihan yang sebaik-baiknya.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago