Bau daripada Berita Buruk dan Berita Baik itu Sudah Lama Tercium oleh Setiap Insan Manusia Kerana Kedua-Dua Berita Tersebut Adalah Perihal- Perihal yang Sudah diRedai Allah (Bhg.5/5)

(5) HIJRAH: PERJALANAN HIDUP YANG BERUBAH SEBAB RAHMAT ALLAH.

Seorang muslimah yang bekerja sebagai bidan di sebuah kampung Muslim mendapati seorang ibu melahirkan bayi yang dalam tidak ada harapan untuk lahir selamat. Tidak tahu apa yang harus diperbuat, bidan tersebut hanya ingat nama Nabi Isa dalam kitab Al-Qur’an sebagai nabi Allah yang, oleh Allah, diberi karunia mukjizat. Bidan tersebut kemudian di dalam hatinya bertawasul kepada Nabi Isa dalam bahasa ibunya memohon kepada Nabi Isa untuk menyampaikan permohonannya kepada Allah agar Allah memberi kesempatan bayi malang tersebut untuk hidup. Bagi muslimah tersebut, sungguh pelik rasanya bagi dia minta tolong kepada Nabi Isa. Bagi muslimah tersebut, hal itu terasa pelik sebab hal itu sungguh tidak sama dengan kebiasaan keluarganya dan kaumnya. Datang bertawasul ke Nabi Isa, bagi dia ketika dalam keadaan kecemasan tersebut adalah bagaikan dia berada di suatu ngarai dan tiba-tiba ada banjir kilat yang sangat besar sekali datang kearahnya dan yang ada di sekitarnya ketika itu adalah sebuah akar yang sangat berduri tajam sekali yang mahu tidak mahu dia wajib pegangi agar dia boleh selamat. Mukjizat dari Allah terjadi setelah bidan muslimah tersebut bertawasul kepada Nabi Isa bin Maryam, bayi yang malang tersebut boleh hidup dengan selamat. Hidup takzim dan tawaduk kepada Nabi Isa bin Maryam adalah ibarat berada di jurang di mana ada banjir kilat yang sangat besar dan merbahaya dan di dekatnya ada sebuah akar yang sangat berduri tajam yang dia kena pegang erat-erat kalau nak selamat. Memang akhirnya selamat lantaran akar berduri itu. Subhanallah! Masya’ Allah! berlaku bersamaan.

Disebutkan di dalam Kitab Allah Injil Syarif Hawariyyun Luqa (Lukas) 14:26

26 “إِنْ كَانَ وَاحِدٌ يَأْتِي إِلَيَّ وَلا يَكْرَهُ أَبَاهُ وَأُمَّهُ، وَزَوْجَتَهُ وَأَوْلادَهُ، وَاِخْوَتَهُ وَأَخَوَاتِهِ، بَلْ حَتَّى نَفْسَهُ، لا يَقْدِرُ أَنْ يَكُونَ تِلْمِيذِي.

Jikalau seseorang datang kepada-Ku dan dia lebih mengasihi ibu bapanya, isterinya, anak-anaknya, adik-beradiknya dan dirinya, dia tidak boleh menjadi pengikut-Ku.

Disebutkan di dalam Kitab Allah Injil Syarif Hawariyyun Matta (Matius) 10:37

37 مَنْ أَحَبَّ أَبَاهُ أَوْ أُمَّهُ أَكْثَرَ مِنِّي فَلاَ يَسْتَحِقُّنِي، وَمَنْ أَحَبَّ ابْنًا أَوِ ابْنَةً أَكْثَرَ مِنِّي فَلاَ يَسْتَحِقُّنِي.

Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Begitu juga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku.

Disebutkan di dalam Kitab Suci Al-Qur’anul Karim Surah Al-Mujadilah [58] ayat 27

57|27| ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Insya’ Allah. Semoga dalam perjalanan hijrah di dalam kehidupan anda, anda bergantung 100% kepada bimbingan dan tuntunan dari Allah  سبحانه وتعالى  untuk kita. Marilah kita gunakan maqam-maqam atau taraf-taraf yang diberikan Allah untuk kita di perjalanan hijrah kita menuju kepada Allah  سبحانه وتعالى . Maqam-maqam tersebut adalah …

  • Maqam Taubah (Masuk ke dalam pintu taubah)
  • Maqam Shadiq (Hidup jujur dan lurus)
  • Maqam Syukur (Selalu bersyukur dalam segala keadaan enak atau tidak
  • Maqam Muqarrobiin (Karena rahmat Allah, menjalani hidup sebagai kesayangan-kesayangan Allah)

Maqam adalah tanda di hamparan padang pasir yang maha luas tanpanya kafilah boleh menjadi tersesat di padang pasir yang maha luas tersebut.

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  bersabda:

Janganlah seseorang kamu berkata  ﺨَﺒِﺜَﺕ ﻨَﻓْﺴِﻰ  “Diriku buruk!” tetapi katakanlah  ﻠَﻘِﺴْﺕُ ﻨَﻓْﺴِﻰ  “Diriku kurang!”

Ber-muhaasabah lah melakukan penilaian diri (fikiran, idea, perasaan) dengan mendalam mengenai apa yang kurang dalam kehidupan anda?

Di bawah ini adalah peribahasa Arab …

wa dzi ‘alatan ya’tii ‘alailan

liyasytafiibihi wa huwa jaarun

lilmasiihi bin Maryam.

yang bermaksud,

Ada orang sakit sudah kemana-mana berusaha ingin sembuh. Tapi usahanya bagaikan, “Orang sakit mencari orang sakit!”

Dia lupa bahawa jiran dekat rumahnya adalah Isa bin Maryam.

Isa bin Maryam lah yang orang sakit tersebut LUPA!

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini