Categories: Article

Beriman kepada Semua Pesuruh-Pesuruh Allah

Orang yang sangat memerlukan Allah bak orang yang sangat haus memerlukan air yang segar. Orang itu disebut hamba Allah. Hamba Allah yang diberi karamah untuk menyampaikan kehendak dan ketetapan Allah kadang disebut Rasul dan kadang juga disebut Nabi. Rasul ertinya utusan. Nabi ertinya pesuruh.

Termaktub di QS Yunus [10]:47

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.

Di dalam al-Islam, nama daripada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi Allah tersebut tidak disebutkan satu per satu. Jumlah Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi kira-kira mencapai 124,000. (Ideals and Realities of Islam, Seyyed Hossein Nasr; Islam dalam Cita dan Fakta oleh Abdurrahman Wahid.)

Beberapa namanya termaktub di Al-Qur’an. Awak boleh mengetahui kisah-kisah para Rasul dan Nabi-Nabi Allah di dalam Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil juga.

Contoh apabila awak nak mengetahui kisah seorang nabi yang bernama Yunus, awak boleh menggali kisah nabi Yunus di Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil perihal kisah al-anbiya’ di dalam Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil juga. Di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil pun ada surah al-anbiya’ yang bernama Yunus.

Di dalam Al-Qur’an Surah As Saffat [37]:139-148 disebutkan …

37|139| Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah daripada Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

37|140| (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.

37|141| maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia daripada orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).

37|142| Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.

37|143| Maka kalaulah ia bukan daripada orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),

37|144| Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.

37|145| Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.

37|146| Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.

37|147| Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.

37|148| (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).

Bahkan Rasulullah Muhammad s.a.w. yang hidup ribuan tahun selepas zaman Nabi Yunus a.s. menganggap Nabi Yunus a.s. adalah saudaranya sebagai hamba-hamba Allah tempat semua berasal. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s. “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.” (Tidak ada ilah selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Qur’an Surah Al-Anbiya’ [21] ayat 87

“Sesungguhnya tiada ilah melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w. telah menerangkan bahawa: “Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah SWT dari segala kesempitan.” Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun.

Awak juga boleh mengetahui kisah seorang hamba Allah yang bernama Ayub. Ayub adalah orang jujur dan selalu berjuang untuk tetap di jalan ilahi dan tidak mengikut nafsu sendiri. Ayub seorang yang kaya raya namun jujur adil kerana lebih mengutamakan jalan ilahi daripada nafsu sendiri.

Dajjal menuduh Ayub sebagai orang yang biasa sahaja. Dajjal menuduh normal bagi Ayub beriman kepada Allah kerana Ayub orang yang kaya raya. Namun kalau seandainya Ayub jatuh miskin, Ayub akan meninggalkan keimanannya kepada Allah. Itulah tuduhan Dajjal tentang Ayub.

Kemudian Allah mengizinkan Dajjal untuk menyerang Ayub sampai Ayub jatuh miskin dan hancur. Musibah demi musibah didatangkan Dajjal untuk membuat Ayub hancur secara lahir dan batin baik dalam segi ekonominya, kesehatannya dan kesejahteraan keluarganya pun hancur. Namun walaupun Ayub hancur dan jatuh miskin dan penuh dengan penderitaan yang memalukan, Ayub tetap bertasbih kepada Allah, memuji-muji Allah siang dan malam dan tetap beriman kepada Allah.

Oleh kerana itulah, Allah menyatakan kepada Ayub akan keagungan-Nya. Ayub merasakan keagungan Allah walau dalam penderitaannya dan kelemahannya. Ayub bertaubat dari sifat geramnya kepada Allah kerana mengizinkan kesusahan dan penderitaan berlaku pada dirinya dan keluarganya. Ayub kemudian berserah diri bulat-bulat kepada Allah, kepada takdir ketetapan Allah. Kemudian Allah membanjiri Ayub dengan kekayaan dan kesejahteraan lahir dan batin dan keturunan.

Di dalam Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tidak disebutkan nama Ayub itu bererti apa. Di dalam QS Sad [38]:41-44 ada kisah Ayub. Di ayat 44, di situ termaktub innaa wajadnaahu saabiransesungguhnya Kami mendapati dia seorang yang sabar.

Saabiran atau sabar juga bererti awwaabun bertaubat atau rujuk kembali kepada Allah. (Lihat ayat yang sama yaitu ayat 44 bagian akhir dari ayat 44 tersebut).

Bahwa Ayub adalah orang yang bertaubat atau rujuk kembali kepada Allah juga disebutkan didalam Kitab Al-Anbiya’ Nabi Ayub di dalam Taurat, Zabur dan Injil di Surah Ayub 42:6.

Lihat tapak web https://allahitukasih.com/kitab-kitab-suci/.

Demikianlan kisah pesuruh-pesuruh Allah di dalam Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an. Mengenai Kisah Nabi Sulaiman pun ada dalam Kitab-Kitab Allah tersebut.

Salah satu kitab Allah adalah Injil. Di dalam Injil ada kisah-kisah Nabi Allah Zakharia, Yahya, Isa dan pengikut-pengikut setianya yang dengan setia menyokong Nabi Isa. Mereka disebut para Hawari. Al-Qur’an menyebut para Hawari juga salah satu daripada 124,000 utusan-utusan Allah.

Lihat QS Ali Imran [3]:52-53, mereka disebut sebagai kaum yang saleh daripada Bani Isra’il. Ada 2 macam Bani Isra’il yang satu munafik dan yang satu saleh yaitu golongan para nabi-nabi dan rasul-rasul Allah. Qur’an menyebutkan bahawa para Hawari yaitu penyokong-penyokong setia Nabi Isa termasuk golongan nabi-nabi dan rasul-rasul Allah tersebut.

Qur’an Surah Al Ma’idah [5]:112-113

5|112| Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: “Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?” Nabi Isa menjawab: “Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman.”

5|113| Mereka berkata: “Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri.”

Qur’an Surah Ali Imran [3]:52

3|52| Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran daripada mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugama-Nya)?” Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

QS Al Maidah [5]:111

5|111| Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): “Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!” Mereka menjawab: “Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang islam (yang menyerah diri kepada Allah).”

Dan (ingatlah) ketika Aku wahyukan/ilhamkan kepada Al-Hawariyyin,’Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu).’

Ialah para murid Isa a.s. yang tetap menjalankan syariah Nabi Isa a.s., mereka berpegang teguh dan tunduk patuh (islam, silahkan dicari arti kata Islam) pada semua ajaran Isa walaupun begitu banyak bid’ah yang sengaja dihembuskan oleh musuh-musuh Allah.

Hawayriyun, menurut arti kata ialah putih, hal ini mengandung dua tafsiran, yaitu:

  1. Putih dalam artian mereka suci atau
  2. Orang yang menjaga diri dengan menjalankan kesucian agama Allah

Jelas mereka dianggap tidak sama dengan orang-orang Yahudi pada umumnya yang munafik dan mahu menjadi boneka Kaisar Rom yang memusuhi Allah. Mereka adalah seputih para rasul dan nabi-nabi Allah yang berjumlah sekitar 124,000. Menurut Al-Qur’an, para Hawari adalah salah satu daripada 124,000 nabi-nabi dan rasul-rasul Allah.

Tengok Tafsir Ath Thabari – http://pustakaazzam.com/Tafsir-Ath-Thabari-3.html?o=default (pada jilid 3).

Sebagai orang Muslim yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, kita kena tawadu’ dan takdzim kepada seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul Allah tersebut dan sungguh-sungguh mengamalkan nasihat-nasihat yang disampaikan mereka dan kita tidak berhak membeza-bezakan mereka. Kita terima sahaja nasihat seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul Allah tersebut.

Tersebut di QS Al Baqarah [2]:136

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi daripada Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang daripada mereka; dan kami semua adalah islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata.”

Jadi menurut Al-Qur’an, kita umat manusia tidak dibenarkan membeza-bezakan nabi-nabi Allah. Tidak dibenarkan kita manusia berkata, “Nabi ini lebih besar daripada nabi itu.” Kerana itu keluar dari nafsu binatang manusia.

Semua nabi-nabi Allah beserta pesan-pesannya yang daripada Allah kena kita terima dengan penuh tawaduk dan takdzim dan kena anggap sebagai perkara yang mustahak.

Hanya Allah Yang Maha Meninggikan yang berhak meninggikan derajad. Kalau Allah memberi derajad yang tinggi kepada nabi-nabi dan rasul-rasul-Nya misalnya sebagaian nabi, oleh Allah, ditinggikan sebagai Ulul Azmi (nabi-nabi pilihan) semacam Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Allah berhak menetapkan begitu dan kita kena terima sahaja apa yang ditetapkan Allah.

Tersebut di QS Al Baqarah [2]:253

Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam tanda-tanda yang nyata, serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul-Qudus. Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul-Rasul). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir atau yang tidak mahu mengimani keterangan-keterangan yang disampaikan Rasul-Rasul Allah tersebut. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya.

Orang-orang yang tidak mahu mengimani dan mengamalkan keterangan-keterangan yang disampaikan Rasul-Rasul Allah disebut kafir. Walaupun orang China atau orang Hindu kalau mahu mengimani dan mengamalkan keterangan-keterangan yang disampaikan Rasul-Rasul Allah mereka tidak disebut kafir.

Walaupun orang Melayu dan daripada golongan Muslim tapi kalau tidak mau mengimani dan mengamalkan keterangan-keterangan yang disampaikan Rasul-Rasul Allah boleh jadi adalah kafir. Mukmin atau Kafir itu sama sekali tidak berdasarkan rasial suku ugama dan ras. Tidak! Namun berdasarkan melakukan atau tidak keterangan-keterangan yang disampaikan Rasul-Rasul Allah.

Misalnya, Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan bahawa kebersian adalah sebahagian daripada iman.

KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Tapi kenyataan membuktikan bahawa negara yang kita anggap secara politik kafir ternyata lebih bersih daripada negara-negara yang secara politik Islam.

Jadi negara-negara yang bersih adalah negara mukmin bukan kafir kerana mereka melakukan pesan Nabi Muhammad yaitu “KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.”

Sebuah fakta mencengangkan diungkapkan oleh Scheherazade S. Rehman dan Hossein Askari dalam “How Islamic are Islamic Countries?” yang terbit di Global Economy Journal (Berkeley Electronic Press, 2010). Dalam makalah tersebut Selandia Baru menempati posisi pertama negara paling Islami di dunia dari 208 negara. Padahal muslim adalah minoritas di negara itu. Jumlah pemeluknya hanya berkisar satu persen dari populasi.

Pemeluk Kristian di Selindia Baru menduduki jumlah terbanyak dengan total 44.3 persen dari berbagai denominasi. Islam hanya berjumlah 1.1 persen. Selandia Baru menempati urutan pertama negara yang paling islami di antara 208 negara, diikuti Luksemburg di urutan kedua. Indonesia yang mayoritas penduduknya Muslim menempati urutan ke-140.

Dalam wawancaranya dengan BBC, Hossein Askari mengutarakan, peringkat 25 besar negara islami justru ditempati negara-negara barat karena banyak melakukan penerapan ajaran Islam. Bahkan tidak ada negara dari Arab yang masuk 50 besar. Askari dan rekannya mencantumkan Israel pada posisi 27, Arab Saudi 91, dan Qatar di urutan 111.

“Ajaran Islam yang diaplikasikan di Malaysia (33) dan Kuwait (42) menempatkan negara itu dalam urutan 50 besar. Sementara negara barat, AS dan Belanda berada di posisi 15, lalu Perancis berada di urutan 17,” urai Askari.

Studi tersebut dinilai Askari melalui penerapan nilai-nilai Islam dalam segala bidang. “Termasuk ekonomi, pemerintahan, hak asasi manusia dan politik, juga hubungan internasional,” kata Askari.

“Melihat ajaran Islam yang diterapkan di bidang ekonomi, dengan menganalisa seberapa dekat kebijakan yang diterapkan dari ajaran ekonomi Islam. Irlandia, Denmark, Luxemburg, Swedia, Inggris, Selandia Baru, Singapura, Finlandia, Norwegia, dan Belgia berada pada urutan 10 besar,” tutur peneliti kelahiran Iran tersebut.

Ajaran dasar Islam yang dijadikan indikator diambil dari Al-Quran dan hadis, dikelompokkan menjadi lima aspek.

  1. Ajaran Islam mengenai hubungan seseorang dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia.
  2. Sistem ekonomi dan prinsip keadilan dalam politik serta kehidupan sosial.
  3. Sistem perundang-undangan dan pemerintahan.
  4. Hak asasi manusia dan hak politik.
  5. Ajaran Islam berkaitan dengan hubungan internasional dan masyarakat non-Muslim.

Berdasarkan penilaian itu, negara-negara Muslim justru menjadi yang sangat buruk. Berada di urutan buncit. “Mereka menggunakan agama sebagai alat kekuasaan,” ungkap Askari.

Dari hasil penelitian pada November 2013, akademisi di George Washington University itu mengungkap, banyak negara yang mengaku Islam dan disebut Islam justru tidak adil, korup, dan terbelakang. Tiga ciri itu sama sekali tidak islami.

Lanjut Askari, dalam penerapan ajaran islami secara keseluruhan mencakup bidang hukum dan pemerintahan, hak asasi manusia dan politik, hubungan internasional, dan faktor ekonomi, hasilnya pun tak terlalu berbeza.

“Selandia Baru, Luxemburg, Irlandia, Islandia, Finlandia, Denmark, Kanada, Inggris, Australia, dan Belanda; dan lagi-lagi hanya Malaysia (38) dan Kuwait (48) yang masuk di jajaran 50 besar dari negara-negara Muslim,” papar Askari.

Menurut Askari, negara yang islami adalah negara yang menerapkan ajaran islam di segala bidang tak terkecuali.

“Jika sebuah negara memiliki ciri-ciri tak ada pemilihan, korup, opresif, memiliki pemimpin yang tak adil, tak ada kesetaraan di depan hukum, tak ada kebebasan, kesenjangan sosial yang besar, tak mengedepankan dialog dan rekonsiliasi, negara itu tidak menunjukkan ciri-ciri Islami,” jelas Askari.

“Islam ada dan sudah ada selama berabad-abad, artikulasi cinta universal Allah untuk ciptaan dan kesatuan-Nya, dan segala sesuatu yang berhubungan untuk mencakup semua pembangunan manusia dan ekonomi,” pungkas Askari.

Megawati: Di Indonesia, selipar boleh hilang di masjid

Presiden kelima RI Megawati Soekarnoputri dalam acara pelantikan pengurus Dewan Pimpinan Pusat Partai Persatuan Pembangunan 2016-2021 di Jakarta, Jumat (20/5/2016) mengatakan bahawa Indonesia adalah negara dengan penduduk mayoritas Islam, namun belum menganut nilai keislamaan. Hal tersebut, setidaknya dapat dilihat dari survei beberapa peneliti dari George Washington University.

Megawati Soekarno Putri, “Indonesia harus puas di urutan 140. Tak jauh dari negara islam lainnya di urutan 100-200,” kata Megawati.

Para peneliti itu mengukur indeks negara islami berdasarkan nilai yang diajarkan Al-Quran seperti kejujuran, amanah, toleransi, kebersihan, dan empati. Ada 200 negara yang disurvei oleh George Washington University.

Negara-negara yang penduduknya bukan mayoritas islam seperti Selandia Baru, lanjut Megawati, justru mendapatkan peringkat pertama negara paling islami. Hal ini karena masyarakat di sana memegang nilai kejujuran dan indikator lainnya yang diajarkan oleh islam.

“Di negara muslim seperti Indonesia, selipar boleh hilang di depan masjid,” tambah Megawati disambut tawa 146 kader partai Islam PPP yang baru saja dilantik.

Ciri-ciri bangsa yang melakukan keterangan-keterangan yang disampaikan Rasul-Rasul Allah:

  1. Tidak ada diskriminasi ras atau tidak ada konflik perkauman atau tidak ada prasangka ras. QS Al Hujurat [49]:11.
  2. Banyak activist Green Peace yang menjaga bumi dan alam dan tidak mahu merusak alam. QS Ash Shu’ara [26]:183.
  3. Sukatan atau timbangan yang jujur dan benar. QS Ash Shu’ara [26]:181-183.
  4. Belajarlah daripada peristiwa Kun Fa Ya Kun Nabi Isa bin Maryam untuk melakukan keterangan-keterangan yang nyata daripada Allah yang disampaikan Rasul-Rasul-Nya. QS Ali Imran [3]:42-52, QS Maryam [19]:16-23.
Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago