Disebutkan di Qur’an Surah Ali Imran [3]:39

3|39| فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُوَهُوَقَائِمٌيُصَلِّيفِيالْمِحْرَابِأَنَّاللَّهَيُبَشِّرُكَبِيَحْيَىٰمُصَدِّقًابِكَلِمَةٍمِّنَاللَّهِوَسَيِّدًاوَحَصُورًاوَنَبِيًّامِّنَالصَّالِحِينَ

yang ertinya,

3|39| Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan menyatakan Kalimah dari Allah itu sah adanya, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.”

Disebutkan di dalam Hadis Nabawi dalam menafsirkan QS Ali Imran [3]:39 bahawa Yahya selagi dalam perut ibunya menyatakan bahwa Isa itu benar dan haq. Al-‘Aufi dan yang lainnya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Al-Hasan, Qatadah, Ikrimah, Mujahid, Abu Asy-Sya’sa’, As Sudi, Ar-Rabi’ bin Anas Ad-Dahak serta yang lainnya sehubungan dengan ayat  مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ  (yang membenarkan Kalimah dari Allah) bahawa yang dimaksud Kalimah Allah ialah Isa bin Maryam.

Ar-Rabi’ bin Anas mengatakan bahawa Yahya adalah orang yang pertama kali beriman kepada Isa. Ibnu Jujaij berkata bahwa Ibnu Abbas pernah mengatakan tentang maksud firman Allah,  مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ  (yang membenarkan Kalimah dari Allah atau Firman dari Allah), Yahya dan Isa adalah saudara sepupu.

Diceritakan bahawa ibu Yahya berkata kepada Maryam, “Sungguh, aku merasakan bahawa anak yang ada didalam perutku ini bersujud kepada anak yang berada di dalam perut mu.”

Yang demikian itu merupakan pembenaran Yahya kepada Isa ketika Yahya masih berada dalam perut ibunya. Yahya adalah orang yang pertama kali beriman kepada Isa. (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur’anil Azimi, Jilid 3, 2000 M/1421 H:55.)

Malahan disebutkan di dalam QS Ali Imran [3]:45

إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

yang ertinya,

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Di dalam Al Qur’an surah Ali Imran [3]:39 disebutkan bahawa Yahya adalah  سَيِّدً (sayyid), yang ertinya, Yahya adalah seorang anutan atau seorang ketua. Itu menurut ahli tafsir Qur’an, Jalalyn dan Fakhr al-Din al-Razi.

Suyuti, seorang ahli tafsir Qur’an, ketika menafsir QS Ali Imran [3]:39, menyatakan, “seorang penyeru dari Syurga berkata bahawa Yahya adalah di antara mereka yang terbesar yang dilahirkan wanita.”

Ahli tafsir Qur’an, Ibn Kathir dan Fakhr al-Din al-Razi, menyatakan, “Walau Yahya adalah ketua dan anutan, namun ketika di dalam kandungan ibunya, Yahya bersujud kepada Isa yang berada didalam kandungan ibunya.

Jadi seorang anutan atau seorang ketua yang bernama Yahya sudah lama haqul yaqin bahkan sebelum dilahirkan ke dunia pun sudah haqul yaqin bahawa yang ada didalam kandungan Maryam sesungguhnya adalah Kalimat daripada Allah. Jadi patutlah Yahya bersujud kepada Yang Mulia Sayidina Isa. Jadi sungguh wajar dan sudah seharusnya Yahya menyembah dan bersujud kepada Sayidina Isa kerana sesungguhnya Isa Kalimat Allah.

Kalimat Allah pasti sudah ada bersama dengan Allah kerana sifat Allah adalah selalu memiliki Kalimat. Allah tidak pernah mencipta KalimatNya sendiri. Kalimat Allah selalu bersama dengan Allah. Kalau Allah masih menciptakan KalimatNya bererti Allah pernah tidak memiliki Kalimat. Mungkinkah Allah pernah tidak memiliki sifat ilahiNya yaitu memiliki Kalimat.

Bersujud adalah bukti penyembahan. Bersujud itu hanya kepada Allah. Jangan bersujud kepada apapun dan siapapun selain Allah. Namun bersujudnya Yahya kepada Isa merupakan bukti bahawa sesungguhnya Yahya bersujud kepada Allah dan KalimatNya yang satu. Yahya sudah haqul yaqin dan sudah merasakan hadirnya Kalimat daripada Allah yang bernama Almasih Isa. Jadi bersujud kepada Kalimat daripada Allah yang bernama Almasih Isa jelas bukan syirik, yaitu dosa menyamakan makhluk dengan al Khaliq. Kalimat daripada Allah bukan makhluk tapi Kalimat daripada al Khaliq sendiri.

Coba renungkan, kejadian bersujudnya janin yang ada di kandungan nenek mandul kepada janin yang ada di kandungan dara itu berlaku di alam rahim. Ketika itu yang ada di kandungan nenek mandul itu masih berumur 6 bulan.

Apakah yang ada di dalam kandungan nenek tua yang mandul itu sudah boleh melihat Isa? Tentu belum! Tentu tidak boleh melihat kerana berlaku di alam rahim. Jadi bersujudnya Yahya itu bukan kerana melihat kualiti yang terlihat di dalam diri Isa. Ketika itu Isa pun masih berupa janin atau berupa fetus yang masih beberapa hari saja umurnya di dalam rahim seorang dara yang bernama Maryam. Jadi bersujudnya janin yang bernama Yahya kepada janin yang bernama Isa sesungguhnya adalah sujud kepada sifat haqiqi Kalimat Allah di dalam Isa.

Isa Kalimat Allah. Bersujud kepada Isa Kalimat Allah bukanlah kerana seseorang mampu melakukan sujud. Bukan! Sama sekali bukan! Bersujud kepada Isa Kalimat Allah pasti kerana mendapat hidayah daripada Allah atau pasti adalah kerana izin Allah. Kalau bersujud kepada Isa adalah kerana hidayah daripada Allah dan bukan kerana mampu bersujud kepada Isa maka itu adalah kuasa Allah atau izin Allah. Maka itu adalah daripada Allah! Kerana kuasa Allah lah yang menggerakkan fetus atau janin Yahya untuk bersujud kepada Isa. Jika kuasa Allah lah yang menyebabkan Yahya bersujud kepada Isa, itu bererti sudah menjadi izin Allah dan takdir Allah dan sudah menjadi sunatullah bahawa Isa adalah Kalimat dari Allah. Isa Kalimat Allah adalah sifat Allah sendiri yakni Allah selalu memiliki Kalimat Allah.

Fakhr al-Din al-Razi, penafsir Qur’an, menyatakan mengapa janin di dalam kandungan nenek tua itu diberi nama YAHYA.

Fakhr al-Din al-Razi berkata, “Yahya adalah orang yang pertama kali haqul yaqin kepada Yang Mulia Sayidina Isa, maka kedalaman hatinya Yahya menjadi ada hidup atau hayat kerana haqul yaqin kepada Yang Mulia Sayidina Isa.

Jadi haqul yaqin kepada Yang Mulia Sayidina Isa bukanlah sekedar percaya kepada seorang nabi yang bernama Isa, kalau percaya seperti itu bererti hanya sekedar menurut kepada peraturan peraturan politik ugama sahaja. Haqul yaqin kepada Isa menyebabkan hayat di kedalaman hati atau menyebabkan hidup yang sangat kuat rasanya kedalaman hati ini. Oleh kerana itulah, janin yang haqul yaqin kepada Isa itu diberi nama Yahya yang ertinya merasakan nurul hayat dikedalaman hati. Ibaratnya, punya satu kilo emas pasti kaya. Itu yang benar. Tapi kalau mengaku punya emas satu kilo tapi masih miskin. Itu amat pelik. Haqul yaqin kepada Isa menyebabkan hayat di kedalaman hati atau menyebabkan hidup  yang sangat kuat rasanya kedalaman hati ini. Itu yang haqiqi kerana Allah.

Bagaimana Yahya mengungkapkan kelegaan didalam kedalaman hatinya? Dengan cara bersujud kepada Yang Mulia Sayidina Isa. Hanya Allah dan KalimatNya sahajalah yang menyebabkan kehidupan di qalbu yang paling dalam dari setiap manusia, termasuk qalbu yang paling dalam dari semua nabi-nabi besar seperti Yahya.

Sekarang kita boleh faham perkara Isa yang termaktub di seluruh Kitab-Kitab Allah yang menyatakan bahawa Isa adalah Kalimat Allah yang menyebabkan nurul hayat di kedalam qalbu yang paling dalam setiap manusia. Itulah Kuasa Allah dan Sifat Nya. Itulah Kuasa Allah yang selalu memiliki Kalimat Allah. Isa adalah Kalimat Allah.

Bukan kerana membaca tulisan dan bukan kerana mendengar cerita yang membuat janin Yahya bersujud kepada janin Isa. Bukan kerana tulisan dan bukan kerana mendengar cerita yang membuat janin di perut nenek tua yang mandul itu menjadi Yahya yang ertinya “merasakan nurul hayat atau merasakan nur kehidupandi dalam qalbu yang paling dalam” kerana beriman kepada Yang Mulia Isa. Namun kerana janin itu dimampukan Allah atau mendapat hidayah dari Allah untuk merasakan Kalimat Allah walaupun Kalimat Allah itu masih berada di dalam kandungan dara Maryam.

Jika seorang nabi besar bersujud kepada Isa Kalimat Allah, maka semua manusia pasti sangat merindukan mukjizat akhlaq ini.

Jika seorang nabi besar sangat merindukan nurul hayat di kedalaman hatinya yang paling dalam dan akhirnya dipuaskan kerinduannya itu dengan cara diberi hidayah merasakan Isa Kalimat Allah, apalagi kita orang awam tentu seharusnya sangat sangat sangat sangat SANGAT merindukan nurul hayat di dalam kedalaman hati kita yang paling dalam dan semoga akhirnya dipuaskan kerinduan kita itu dengan cara diberi hidayah merasakan Isa Kalimat Allah.

Bersujud kepada Isa Kalimat Allah itu bukan hanya sekedar sunnah sayyed Nabi Yahya tapi sunnatullah. Itu adalah KUASA ALLAH.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini