Cari Senang (Bhg.1/3)

Macam mana menurut Kitab-Kitab Allah?

Setiap orang nak cari yang senang. Segala hal dilakukan oleh orang kerana orang nak senang. Tidak ada orang tak nak susah.

Orang berperang melawan musuh, itu disebabkan kerana baik orang itu maupun musuhnya, kedua-duanya nak cari senang. Bahkan orang bunuh diri pun tujuan utamanya adalah nak senang.

Tahukah awak, menurut Kitab Zabur, oleh Tuhan Allah SWT, manusia diperintahan untuk selalu berusaha cari senang.

Zabur 37:4

اِبْتَهِجْ بِاللهِ فَيُعْطِيكَ أُمْنِيَةَ قَلْبِكَ.

Carilah kebahagiaan daripada Allah maka Allah akan menunaikan hasrat hatimu.

Jadi mengapa kita terus susah dan tak mendapat yang senang.

  1. OLEH ALLAH SWT, MANUSIA DICIPTA DEMI UNTUK KEMULIAAN ALLAH

Disebutkan di Kitab Al-Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) 43:6

أَحْضِرْ أَبْنَائِي مِنْ بَعِيدٍ, وَبَنَاتِي مِنْ آخِرِ الأَرْضِ

… Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh, dari segala pelosok dunia.

Oleh Tuhan Allah, kita diciptakan untuk menyatakan keagungan Allah Al Khaliq.

Sungguh untuk menyatakan keagungan Allah, manusia dicipta untuk berfungsi bak teleskop yang boleh membuat bintang yang jauh menjadi tampak nyata dan sangat dekat. Oleh Tuhan Allah, manusia dicipta dengan tujuan agar sifat baiknya Allah, dan sifat indahnya Allah, dan sifat sabarnya Allah, dan sifat adilnya Allah, terbukti dengan jelas dan nyata bagi seluruh isi alam semesta. Bukti yang paling jelas akan adanya kemuliaan Allah adalah rasa gembira kita dan rasa bahagia kita akan adanya Allah SWT.

Ertinya, Tuhan Allah mendapat banyak pujian, kita sungguh merasa gembira dan sungguh merasa bahagia.

Manusia dicipta memang untuk merasa sungguh gembira dan sungguh bahagia ketika Allah dipuji-puji didalam kehidupan kita dan di dalam kehidupan masyarakat kita ketika kita dan masyarakat kita merasa sungguh-sungguh gembira dan puas dan lega sebagai makhluk daripada Allah Al Khaliq.

  1. SUDAH SEPATUTNYA SETIAP MANUSIA MENJALANI HIDUP DEMI UNTUK KEMULIAAN TUHAN ALLAH SWT

Kitab Injil Surah 1 Korintus 10:31

إِنْ كُنْتَ تَأْكُلُ أَوْ تَشْرَبُ أَوْ تَفْعَلُ أَيَّ شَيْءٍ آخَرَ، اِعْمَلْ كُلَّ شَيْءٍ لِمَجْدِ اللهِ.

Setiap yang kamu lakukan, baik makan mahupun minum, lakukanlah untuk memuliakan Allah.

Jadi, apabila, oleh Tuhan Allah SWT, kita dicipta demi untuk kemuliaan Allah, maka jelaslah sudah bahawa kita sudah sepatutnya dan sewajibnya menjalani kehidupan kita demi untuk kemuliaan Allah. Dan apa yang wajib bagi kita itu, itu semua berasal daripada rencana dan keredaan Allah.

Jadi kewajiban utama kita adalah: kita wajib menyatakan apa yang sudah menjadi ketetapan Tuhan Allah, dengan bersikap menerima dengan sungguh-sungguh puas dan sungguh-sungguh lega akan adanya Tuhan Allah bagi kita. Inilah intisari mengasihi Tuhan Allah seperti yang termaktub di dalam Kitab Allah Injil Surah Matta 22:37

فَأَجَابَهُ: “أَحِبَّ الرَّبَّ إِلَهَكَ بِكُلِّ قَلْبِكَ، وَكُلِّ نَفْسِكَ، وَكُلِّ فِكْرِكَ

… “Kasihilah Allah, Tuhanmu dengan sepenuh hati, dengan sepenuh jiwa dan dengan sepenuh fikiranmu.”

Yang juga termaktub di Kitab Allah Injil Surah Yuhana (Yahya) 5:3-4 …

يَرْقُدُ فِيهَا عَدَدٌ كَبِيرٌ مِنَ الْمَرْضَى، مِنْ عُمْيٍ وَعُرْجٍ وَمَشْلُولِينَ، يَنْتَظِرُونَ تَحْرِيكَ الْمَاءِ. 4 لأَنَّ مَلاكًا كَانَ يَنْزِلُ إِلَى الْبِرْكَةِ أَحْيَانًا وَيُحَرِّكُ الْمَاءَ، فَأَوَّلُ وَاحِدٍ يَنْزِلُ بَعْدَ تَحْرِيكِ الْمَاءِ، يُشْفَى مَهْمَا كَانَ مَرَضُهُ.

Di setiap serambi itu ramai orang sakit dan cacat berbaring – ada yang buta, ada yang tempang dan ada yang lumpuh – menunggu air kolam itu berkocak.

Sekali-sekala malaikat Tuhan akan turun mengocak air kolam itu. Sesiapa yang pertama masuk ke dalam kolam itu ketika airnya berkocak akan sembuh daripada penyakitnya.

Yang juga termaktub di Kitab Allah Zabur 100:2-4 …

اعْبُدُوا اللهَ بِفَرَحٍ, تَعَالَوْا قُدَّامَهُ مُرَنِّمِينَ.

اِعْلَمُوا أَنَّ الْمَوْلَى هُوَ اللهُ. هُوَ صَنَعَنَا, نَحْنُ لَهُ. نَحْنُ شَعْبُهُ, وَغَنَمُهُ الَّتِي يَرْعَاهَا.

ادْخُلُوا أَبْوَابَهُ بِالْحَمْدِ, وَدِيَارَهُ بِالتَّسْبِيحِ. اِحْمَدُوهُ وَسَبِّحُوا اسْمَهُ,

2 Sembahlah Tuhan Allah dan datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian.

3 Ketahuilah bahawa Dialah yang telah menjadikan kita, bukan kita sendiri; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.

4 Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur dan ke perkarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya.

Itu semua adalah dasar dan akar dari sifat ta’at yang sungguh-sungguh, khususnya dalam memikirkan dan mengasihi dan menyayangi orang lain dan bersikap sopan santun kepada orang lain seperti yang termaktub dalam Suhuf Hawari Risalah Kulusi (Kolose) 1:4-5 …

لأَنَّنَا سَمِعْنَا عَنْ إِيمَانِكُمْ بِالْمَسِيحِ عِيسَـى، وَعَنْ مَحَبَّتِكُمْ لِجَمِيعِ الْقِدِّيسِينَ. 5 هَذَا الإِيمَانُ، وَهَذِهِ الْمَحَبَّةُ، هُمَا نَتِيجَةٌ لِلرَّجَاءِ الَّذِي عِنْدَكُمْ فِي أُمُورٍ مَحْفُوظَةٍ لَكُمْ فِي السَّمَاءِ. وَأَنْتُمْ سَمِعْتُمْ عَنْ هَذَا الرَّجَاءِ فِي رِسَالَةِ الْحَقِّ أَيِ الإِنْجِيلُ،

4 Sejak kami mendengar bahawa kamu beriman kepada Isa al-Masih dan mengasihi semua orang salih –

5 kerana harapan yang ada bagimu di syurga, yang telah kamu dengar dalam kata kebenaran, iaitu Injil.

Tapi anehnya, walaupun sudah sepatutnya kita manusia memuliakan Allah SWT, namun kita semua sudah terbukti lupa memuliakan Tuhan Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini