Cari Senang (Bhg.3/3)

  1. DENGAN DARAH DAN AJAL ALMASIH ISA TERTEBUS SEGALA KEKURANGAN ORANG BERDOSA DAN KOTOR YANG BERTAUBAT

Kisah Hawariyun 3:19

فَتُوبُوا وَارْجِعُوا إِلَى اللهِ لِكَيْ يَمْحُوَ ذُنُوبَكُمْ.

Bertaubatlah dari dosa-dosamu dan palingkan dirimu kepada Allah supaya Allah menghapuskan dosa-dosamu.

Kisah Hawariyun 16:31

آمِنْ بِالرَّبِّ عِيسَـى الْمَسِيحِ، فَتَنْجُوَ أَنْتَ وَكُلُّ عَائِلَتِكَ.

… Percayalah dengan haqul yaqin kepada Almasih Isa, maka engkau akan diselamatkan, engkau dan seisi rumahmu.

“Bertaubat” adalah ibarat lari menjauh dari semua janji licik penuh lupa yang menjijikkan sekali.

“Percaya” adalah merasa sangat puas dan sangat lega akan adanya semua hal yang dijanjikan Tuhan Allah kepada kita manusia dengan adanya Almasih Isa.

Bersabda Nabi Isa,

“Barangsiapa percaya kepadaKu, ia tidak akan haus!”

Tersebut di Kitab Injil Surah Yahya 6:35.

Sesungguhnya, keselamatan kita bukan kerana usaha kita, bukan kerana ikhtiyar kita. Kita tidak pantas memperoleh keselamatan. Tersebut di Suhuf Risalah Ruma (Rom) 4:4-5.

Keselamatan adalah hidayah dan nikmat Allah melalui iman. Tersebut di Suhuf Risalah Afasusa (Efesus) 2:8.

Keselamatan adalah secara percuma dihibahkan dan diwaqafkan kepada umat manusia. Tersebut di Suhuf Risalah Ruma (Rom) 3:24.

Kita menerima keselamatan jika kita memang sungguh-sungguh mendambakannya. Tersebut di Kitab Injil Surah Matta (Matius) 13:44.

Jika memang begitu keadaan kita, maka tercapailah sudah segala apa yang sudah ditetapkan Allah dalam mencipta seluruh isi alam ini, yaitu, SUBHANALLAH. SEGALA PUJI BAGI ALLAH SEMATA ! MASYA’ ALLAH. LA HAULA WA LAA QUWATA ILLA BILLAH. ! SEMUA PASTI DISEBABKAN OLEH ALLAH. TIDAK ADA KEKUATAN SELAIN ALLAH. Dan kita sungguh-sungguh puas dan lega dan pasrah berserah diri bulat-bulat kepada Allah selama-lamanya lahir dan batin.

Fahamkah anda mengenai perihal ini?

Apakah anda dalam keadaan yang sungguh-sungguh mendambakan rasa senang yang bersumber dari rasa puas dan lega akan adanya Tuhan Allah bagi kita di dalam Almasih Isa?

Jika demikian keadaan kita, itu bererti mukzizat kekuatan Tuhan Allah berlaku didalam kehidupan awak. ITU ERTINYA AWAK MENGALAMI MUKZIZAT AKHLAQ!

Apa yang seharusnya anda lakukan sekarang?

Larilah jauh-jauh dari semua janji licik Dajjal yang mengajak dan merayu anda untuk berdosa lagi.

Mohonlah kepada Sayidina Isa untuk menyelamatkan anda dari segala rasa bersalah, hukuman dan azab dan Dajjal yang menzalimI awak dan kaum awak.

“Barangsiapa yang berseru kepada Sayidina Isa, akan diselamatkan.” Suhuf Risalah Ruma (Rom) 10:13.

Mulailah berharap dengan haqul yaqin bahawa Tuhan Allah SWT itu sungguh ada bagi awak dengan adanya Sayidina Almasih Isa. Patahkanlah pengaruh dan janji-janji licik Dajjal yang merayu mu untuk menikmati dosa lagi dengan yakin seyakin-yakinnya yang penuh dengan kelegaan dan kepuasan akan janji-janji Tuhan Allah SWT. Mulailah membaca Kitab-Kitab Allah yang boleh membuat awak merdeka lahir dan batin dari segala rayuan-rayuan Dajjal. Tersebut di Suhuf Risalah 2 Butrusa (2 Petrus) 1:3-4.

Cari dan temukanlah 2 atau 3 orang atau lebih yang sama-sama haqul yaqin kepada seluruh Kitab-Kitab Allah dan jadilah ahli ibadah dan bertumbuh bersama-sama dengan orang yang sama-sama tabi’ dan takdzim kepada Almasih Isa. Tersebut di Suhuf Risalah Filipi 3:7.

Kabar yang paling mantap di dunia ini adalah bahawa hidup dengan penuh kesenangan kerana kekuatan Allah tidak pernah berselisih dengan Maha Sucinya Allah. Merasa sungguh-sungguh puas dan sungguh-sungguh lega akan adanya Tuhan Allah bagi kita dengan adanya Almasih Isa justeru membuktikan bahawa Tuhan Allah adalah bak HARTA KARUN YANG ABADI LAHIR DAN BATIN DUNIA AKHIRAT.

TUHAN ALLAH ALLAH ADALAH TUJUAN PERJALANAN HIDUP KITA DI DUNIA YANG PENUH DENGAN GEJOLAK DAN UJIAN INI.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini