Daripada Allah

Orang Melayu yang bijak sering berkata, “Kalau kita sehat, itu daripada Allah. Kalau kita sakit, itupun daripada Allah.” Semuanya daripada Allah.

Orang Melayu Moden cenderong berkata, “Kalau sehat, itu daripada Allah!” Sakit itu bukan daripada Allah. Sebenarnya, baik sehat maupun sakit semua daripada Allah.

Dari segi pandangan, Nabi Isa lebih berjiwa Melayu yang bijak dan tidak berjiwa Melayu Moden. Nabi Isa pernah bertemu dengan orang sakit buta sejak lahir dan Nabi Isa ditanya oleh orang-orang, “Orang sakit buta sejak lahir itu begitu kerana dosa orang buta itu atau kerana dosa orangtuanya!”

Tapi Nabi Isa berkata,

“Tidak, tidak! Orang sakit itu adalah dengan maksud supaya Allah dipuji-puji oleh manusia dengan takbir, Allah Maha Besar dan Maha Agung! Segala puji bagi Allah!”

Hal ini termaktub di Tarjamah Bahasa Melayu Kitab Allah Injil Surah Yahya 9:1-4 …

وَبَيْنَمَا هُوَ سَائِرٌ رَأَى رَجُلا أَعْمَى مُنْذُ وَلادَتِهِ. 2 فَسَأَلَهُ تَلامِيذُهُ: “يَا مُعَلِّمُ، مَنْ أَخْطَأَ، هَذَا الرَّجُلُ أَمْ وَالِدَاهُ حَتَّى وُلِدَ أَعْمَى؟” 3 أَجَابَ عِيسَى: “لا هُوَ أَخْطَأَ وَلا وَالِدَاهُ، وَلَكِنَّهُ وُلِدَ أَعْمَى لِكَيْ تَظْهَرَ فِيهِ أَعْمَالُ اللهِ. 4 يَجِبُ أَنْ نَعْمَلَ أَعْمَالَ الَّذِي أَرْسَلَنِي مَادَامَ الْوَقْتُ نَهَارًا. سَيَأْتِي اللَّيْلُ، وَلا يَقْدِرُ أَحَدٌ أَنْ يَعْمَلَ فِيهِ.

1Ketika Isa sedang lalu di suatu tempat, Dia terpandang seorang lelaki yang buta sejak lahir. 2Para pengikut-Nya bertanya, ‘Tuan Guru, siapakah yang berdosa, orang itu atau ibu bapanya, maka dia dilahirkan buta?’ 

3Isa menjawab, ‘Bukan dia dan bukan juga ibu bapanya. Dia begitu supaya kuasa Allah dapat dinyatakan melaluinya. 4Selagi siang, kita mesti melakukan tugas Dia yang telah mengutus-Ku. Malam akan tiba apabila seorang tidak dapat melakukan apa-apa lagi.

Hal ini juga termaktub di QS Al Imran [3]:49

3|49| وَرَسُولًا إِلَىٰبَنِيإِسْرَائِيلَأَنِّيقَدْجِئْتُكُمبِآيَةٍمِّنرَّبِّكُمْۖأَنِّيأَخْلُقُلَكُممِّنَالطِّينِكَهَيْئَةِالطَّيْرِفَأَنفُخُفِيهِفَيَكُونُطَيْرًابِإِذْنِاللَّهِۖوَأُبْرِئُالْأَكْمَهَوَالْأَبْرَصَوَأُحْيِيالْمَوْتَىٰبِإِذْنِاللَّهِۖوَأُنَبِّئُكُمبِمَاتَأْكُلُونَوَمَاتَدَّخِرُونَفِيبُيُوتِكُمْۚإِنَّفِيذَٰلِكَلَآيَةًلَّكُمْإِنكُنتُممُّؤْمِنِينَ

yang bermaksud,

3|49| Dan menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

Sakit daripada Allah. Sehat daripada Allah.

Sakit daripada Allah. Nabi Isa diutus Allah untuk menyembuhkan orang sakit siapapun tanpa pandang bulu.

Sakit daripada Allah. Nabi Isa penyembuh daripada Allah. Semua daripada Allah. Itulah pandangan yang benar.

Kitab Al Quran mengajarkan kita agar kita menerima apa saja yang daripada Allah.

Semua nabi daripada Allah. Nabi Isa pun daripada Allah bukan dari parti Kristian dan bukan dari ugama Kristian. Bukan dari Roma.

Banyak jalan menuju Yang Mulia Sayidina Nabi Isa. Bukan “banyak jalan menuju Roma.”

Nabi Isa bukan Romawi. Nabi Isa daripada Allah.

Tengok QS An Nisa’ [4]:171

4|171| يَا أَهْلَالْكِتَابِلَاتَغْلُوافِيدِينِكُمْوَلَاتَقُولُواعَلَىاللَّهِإِلَّاالْحَقَّۚإِنَّمَاالْمَسِيحُعِيسَىابْنُمَرْيَمَرَسُولُاللَّهِوَكَلِمَتُهُأَلْقَاهَاإِلَىٰمَرْيَمَوَرُوحٌمِّنْهُۖفَآمِنُوابِاللَّهِوَرُسُلِهِۖوَلَاتَقُولُواثَلَاثَةٌۚانتَهُواخَيْرًالَّكُمْۚإِنَّمَااللَّهُإِلَٰهٌوَاحِدٌۖسُبْحَانَهُأَنيَكُونَلَهُوَلَدٌۘلَّهُمَافِيالسَّمَاوَاتِوَمَافِيالْأَرْضِۗوَكَفَىٰبِاللَّهِوَكِيلًا

4|171| Wahai Ahli kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara diin kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan ia adalah roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga.” Berhentilah, supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

Ingatlah selalu bahawa sesungguhnya kita berhutang kepada Allah. Kita ini banyak kekurangan kepada Allah. Jadi kita kena berserah diri bulat-bulat kepada Allah dan menerima sahaja apa yang sudah menjadi kehendak Allah. Itulah maksud dari …

لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ

lā tagluu fii diinikum

di QS An Nisa’ ayat 171. Jadi kita kena menerima sahaja apapun yang daripada Allah.

Kita kena menerima bahawa:

  • Almasih Isa adalah pesuruh daripada Allah.
  • Almasih Isa adalah Kalimah Allah.
  • Almasih Isa adalah Roh daripada Allah.
  • Semua pesuruh-pesuruh Allah adalah daripada Allah.
  • Semua pesuruh-pesuruh Allah beriman dan menerima apapun yang daripada Allah.
  • Semua kena berserah diri bulat-bulat kepada Allah.

Apapun yang daripada Allah, kita kena terima tanpa dibeza-bezakan dan tanpa dipergaduhkan dan tanpa diperdebatkan.

Semua itu bukan daripada manusia, bukan dari parti-parti sekterian dan bukan dari kaum-kaum tertentu. Semua itu dari Allah.

Nabi Isa adalah pertolongan dari langit. Nabi Isa adalah pertolongan daripada Allah bagi kita.

Kita kena syukuri Ni’matullah itu. Jangan pandai bergaduh. Terimalah ini semua bukan daripada siapa-siapa tapi daripada Allah itu sahaja.

Itulah doa Nabi Isa di dalam QS Al Ma’idah [5]:114

5|114| قَالَ عِيسَىابْنُمَرْيَمَاللَّهُمَّرَبَّنَاأَنزِلْعَلَيْنَامَائِدَةًمِّنَالسَّمَاءِتَكُونُلَنَاعِيدًالِّأَوَّلِنَاوَآخِرِنَاوَآيَةًمِّنكَۖوَارْزُقْنَاوَأَنتَخَيْرُالرَّازِقِينَ

yang bermaksud,

5|114| Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.”

Ketika menjawab pertanyaan orang-orang mengapa Sayidinda Isa menghabiskan banyak waktu dengan orang-orang berdosa, Yang Mulia Sayidina Isa menjawab,

وَسَمِعَ عِيسَى هَذَا فَقَالَ: “لاَ يَحْتَاجُ الأَصِحَّاءُ إِلَى طَبِيبٍ بَلِ الْمَرْضَى  

(wa sami’a ‘iisaa hażā faqāla: lā yaḥtājul ‘aṣiḥā’u ‘ila ṭabībin balil marḍa)

yang ertinya:

Isa terdengar pertanyaan mereka lalu menjawab, ‘Orang sihat tidak memerlukan tabib; hanya orang sakit yang memerlukannya.

(Kitab Injil Surah Matius 9:12.)

Lalu Yang Mulia Sayidina Isa berkata,

13 اِفْهَمُوا مَعْنَى هَذِهِ الْعِبَارَةِ: أُرِيدُ رَحْمَةً لاَ ضَحِيَّةً. أَنَا جِئْتُ لاَ لأَدْعُوَ الصَّالِحِينَ بَلِ الْخَاطِئِينَ.”

 ifhamū ma’na hażihil ‘ibārat: “‘urīdu raḥmatan.”

‘anā ji’tu lāl ud’uaṣṣāliḥīna balil khāṭi’iīn.

Kajilah erti ayat ini: “Aku menghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.” Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orang benar tetapi orang berdosa.

(Kitab Injil Surah Matius 9:13.)

Sesungguhnya hanya orang orang yang sungguh-sungguh tersesatlah yang sungguh-sungguh merindukan hidayah dan pentunjuk Allah. Hanya orang-orang yang mengalami tersesatlah yang sungguh mendambakan jalan lurus daripada Allah.

Nabi Isa datang ke dunia hanya untuk orang-orang yang terjatuh dalam jurang dosa. Nabi Isa daripada Allah untuk menolong orang berdosa. Nabi Isa untuk orang yang sakit.

Bukan untuk orang yang sehat walafiat. Nabi Isa untuk orang tak berilmu.

Nabi Isa daripada Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini