Disebutkan di QS.Al-Ma’idah [5]:45 …
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (45)
Apa yang disebutkan di QS.Al-Ma’idah [5]:45 itu sesungguhnya adalah hudud atau hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Kitabullah Taurat Surah Imamat 24:19-22 …
19Apabila seseorang menyebabkan orang lain cedera, apa sahaja yang sudah dilakukannya harus dilakukan juga terhadap dia. 20Jika dia mematahkan tulang orang lain, tulangnya juga mesti dipatahkan. Jika dia membutakan satu belah mata orang lain, maka satu belah matanya juga mesti dibutakan. Jika dia mematahkan satu biji gigi orang lain, maka satu biji giginya juga mesti dipatahkan. Apa sahaja yang dilakukannya sehingga orang lain cedera, mesti juga dilakukan terhadap dia sebagai pembalasan. 21Sesiapa yang membunuh binatang mesti mengganti binatang itu, tetapi sesiapa yang membunuh orang mesti dihukum mati. 22Hukum ini berlaku untuk kamu semua, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan kamu, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu.”
Sebelum Allah menetapkan hudud itu, orang-orang di padang pasir Timur Tengah memakai Hukum Rimba atau Shariah Al Gab dan memakai Hukum Yang Kuat itulah Yang Menang atau Shariah Al Nab. Hukum Rimba dan Hukum Yang Kuat itulah Yang Menang sungguh amat bengis dan membenarkan perbuatan balas dendam kesumat dengan cara mengamuk membabi buta. Menurut Hukum Rimba dan Hukum Yang Kuat itulah Yang Menang, apabila dipukul gigi, sebagai balas dendam dibenarkan untuk membunuh secara membabi buta dan bahkan membunuh lebih dari satu jiwa sebagai balasan. Perkara kecil boleh menjadi ramai dan besar dan boleh menjadi dendam kesumat 7 turunan dan boleh menjadi perang saudara selama-lamanya.
Orang-orang yang mencari keadilan dan suka menegakkan keadilan tentu selalu suka dengan Hukum Rimba dan Hukum Yang Kuat itulah Yang Menang. Namun sesungguhnya hukum hudud yang ditetapkan Allah yang seringkali juga disebut QISAS atau MATA BALAS MATA, GIGI BALAS GIGI adalah untuk membatasi dendam atau untuk memberi HAD pada dendam agar TIDAK DENDAM SECARA MEMBABI BUTA atau TIDAK DENDAM KESUMAT TUJUH TURUNAN. Hukum hudud yang ditetapkan Allah tersebut menekankan HUKUM BALAS SETIMPAL bukan dendam kesumat membabi buta. Hukum hudud lebih menghormati hak setiap manusia untuk menikmati keamanan dan ketenteraman kerana hukum hudud lebih terkontrol, bukan mengamuk kesurupan yang membabi buta ingin balas dendam sampai 7 turunan.
Pandangan Hukum Balasan Setimpal atau Qisas atau Hukum Mata Balas Mata, Gigi Balas Gigi bahkan boleh sahaja ditafsirkan sampai seperti Sayidina Isa menafsirkannya menjadi Memaafkan yang menzalimi. Sayidina Isa memaklumi siapapun yang merindukan keadilan namun dengan cara hudud yang selalu terkontrol dan boleh ditafsir dan ditimbang-timbang dalam sidang musyawarah ijma’ ulama, bukan dengan cara yang melampiaskan dendam kesumat dan membabi buta. Tafsir Sayidina Isa bahkan sampai memberi contoh memaafkan yang menzalimi dan menanggung segala hukuman yang seharusnya dikenakan kepada para penzalim dan berusaha untuk hidup mawadah wa rahmah penuh kasih sayang dan beramah mesra dengan musuh yang menzalimi sekalipun.
Berkata Sayidina Isa di Kitabullah Injil Surah Matta 5:38-42 …
38 ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata diganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.” 39 Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya. 40 Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga. 41 Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya. 42 Jika seseorang meminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlah berpaling daripadanya.
Apabila memberi salam ketika bertemu dengan orang, orang-orang di Timur Tengah tidak saling berjabat tangan seperti kebiasaan orang-orang di Malaysia dan Indonesia. Untuk saling memberi salam, orang-orang Timur Tengah saling memeluk dan mencium pipi kanan dan pipi kiri. Jadi, menurut Nabi Isa, kita harus berlumba untuk lebih dahulu memberi salam dan lebih banyak berbuat baik kepada orang, walaupun air susu dibalas dengan air tuba, perbuatan baik terhadap seseorang dibalas dengan perbuatan jahat. Kebaikan dibalas dengan kejahatan. Tetap kita berlumba-lumba mengerjakan perbuatan baik kepada orang walaupun orang itu membalas kebaikan kita dengan kejahatan. Itulah yang diajarkan dan diteladankan oleh Sayidina Isa.
Walaupun Sayidina Isa sudah tidak ada dibumi, tafsir Sayidina Isa tersebut tetap dikekalkan dan diajarkan oleh Nabi Muhammad, Qur’an berjalan.
Terbukti tersebut di QS.Fussilat [41]:34-35…
Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34)
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh yang bersifat sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35)
QS.Al-Hadid [57]:27 …
Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya rasa santun, lemah-lembut dan perasaan belas kasihan penuh kasih-sayang dan maqam “rohani”, “rahmani”, ”rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan banyak di antara mereka yang fasik – derhaka. (27)
MELEPASKAN HAK MEMBALAS pasti berkaitan dengan penebus dosa baginya.
Melepaskan hak membalas adalah sifat dan perbuatan yang terpuji. Melepaskan hak membalas jelas tidak dapat diterima dan diamalkan oleh sembarang manusia melainkan yang sudah mengalami penebus dosa. Ketika memberi ujian bagi Ibrahim, Allah sudah menyediakan khibas sebagai pengganti atau badal bagi putera Nabi Ibrahim, sehingga dibunuhnya khibas itu menjadi penebus yang menggantikan putera Ibrahim, sehingga selamatlah putera itu dari tajamnya pedang Allah. Ingatlah ketika Isa masih bayi yang baru sahaja lahir sudah boleh berbicara.
QS.Maryam [19]:33 …
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula “. (33)
Allah sudah menetapkan terbunuhnya Isa pada hukuman mati yakni seperti putera Ibrahim dijadikan qurban kaffarah sebagai tebusan demi untuk menjadikan derajad barangsiapapun yang menerima dan mengikuti Isa ditinggikan derajadnya mengatasi orang-orang kafir dan Isa, oleh Allah, dibangkitkan hidup kembali dan dibersihkan dari segala macam kekafiran orang yang melekat kepada pada Isa sebagai tumbal atau qurban.
Disebutkan di QS.Aali Imran [3]:55 …
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan membunuhmu, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”. (55)
Al-Masih Isa daripada Allah yang penuh pengurbanan demi adanya tebusan kaffarah bagi manusia agar terhapus dan terlupakan segala macam khilaf dan salah. Pengurbanan adalah kebaikan bagi orang yang memerlukannya. Kebaikan selalu dilakukan dengan senyap dan tertutup dan siri dirahsiakan dan tidak dipamer-pamerkan kerana boleh menjadi riya’ dan sombong dan membuat malu yang menerima kebaikan.
Dengan demikian, amatlah mudah untuk memahami QS.An-Nisa’ [4]:157. Oleh kerana itulah, Allah menjadikan dalam hati orang-orang yang menerima dan mengikuti Isa rasa rasa santun, lemah-lembut dan perasaan belas kasihan penuh kasih-sayang dan maqam dari“rohani”, “rahmani”, sampai ”rahbaniyyah”.
QS al-Mumtahinah Al-Hadid [57]:27 …
Kemudian Kami iringi sesudah – mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya rasa santun, lemah-lembut dan perasaan belas kasihan penuh kasih-sayang dan maqam dari“rohani”, “rahmani”, sampai ”rahbaniyyah” – merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan banyak di antara mereka yang fasik – derhaka. (27)
QS al-Mumtahinah Al-Mumtahanah [60]:7 menyebutkan Allah lah yang menyebabkan rasa santin dan lemah lembut dan perasaan belas kasihan penuh kasih sayang.
Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7)
QS.Asy-Syura [42]:40 …
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (40)
QS al-Nahl An-Nahl [16]:126 …
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126)
Walau kita kena membalas dengan kejahatan yang sama yang telah ditimpakan kepada kita, kita kena sabar dan islah.
Apabila kita diserang oleh orang-orang yang munafik yang zalim kepada kita, kita WAJIB bela diri.
QS.At-Tawbah [9]:29 …
Beladiri terhadap orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab, sehingga mereka membayar “Jizyah” dengan keadaan taat dan merendah diri. (29)
ertinya bela dirilah ketika kamu akan dibunuh oleh orang jahat, daripada kamu dibunuh oleh orang jahat yakni orang-orang Yahudi dan Kristian yang munafik dan oleh orang-orang yang pintar yang munafik pada ilmu mereka sendiri! Bela diri walau terpaksa kena membunuh orang yang jahat yang akan membunuh kamu. Namun usahakanlah, ketika bela diri, pukullah pada badan bukan pada bagian yang mematikan. Bela diri WAJIB dilakukan ketika kamu dalam keadaan darurat, iaitu ketika kamu akan dibunuh oleh orang jahat, yakni orang-orang yang munafik pada ilmunya sendiri. Sama seperti Isa Putera Maryam, di dalam dakwah yang mendidik, Nabi Muhammad selalu mengenal latar belakang yang dihadapinya.
Apabila berhadapan dengan Ahli Kitab, Isa bin Maryam amat tegas dan langsung menegur dan memperingatkan pada apa yang sudah mereka ketahui di Kitab-Kitabullah Taurat dan Zabur dan al-Anbiya’. Namun apabila berhadapan dengan pelacur yang tertangkap basah dan ahli dunia dan orang-orang awam yang bukan Ahli Kitab, Isa bin Maryam mendidik mereka dengan cara sopan dan bersilaturahmi dengan mereka di tempat-tempat mereka. Mengenal sifat orang-orang yang dihadapi dan kemudian mencari titik temu dengan orang-orang yang dididiknya, itulah cara dakwah Isa bin Maryam dan yang dikekalkan Nabi Muhammad.
Kalau orang yang munafik itu munafik terhadap Kitab-Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil, Nabi Muhammad mendidik mereka secara langsung menegur dan mengingatkan mereka tentang
dan TAKDIR KETETAPAN-KETETAPANNYA yang mereka sudah ketahui kerana mereka sudah membaca Kitab-Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil. Tersebut di QS.Al-Baqarah [2]:101 dan QS.Al-An’am [6]:91.
Tapi kalau kepada orang-orang awam atau umum yang mengagumi al-ilah yang memiliki tiga puteri iaitu al-Latta, Manat, al-Uzza, dan Hubal, demi untuk difahami dan diterima oleh UMUM, surah yang pertama turun adalah al-Alaq [96] ’SEGUMPAL DARAH’ di mana di situ yang pertama kali disebut adalah
(dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan).
AL-KHALIK PENCIPTA SETIAP MANUSIA TANPA PANDANG BULU. Itulah yang pertama kali disebut di surah yang pertama kali turun itu. Kehaqiqiyan yang bersifat inclusive tetap dijunjung tinggi. Terapinya kepada orang-orang awam atau umum yang mengagumi al-Latta, Manat, dan al-Uzza dan Hubal adalah sikap sopan santun dan lemah lembut kepada mereka. Kita semua sama-sama dicipta oleh Pencipta yang sama. Kita semua sama-sama manusia. Surah terakhir adalah an-Nas yang ertinya ‘MANUSIA’ …
Bahkan lebih luas lagi dan lebih inclusive lagi, QS.Al-Fatihah menyebut PENCIPTA itu adalah
Disebutkan di QS.Asy-Syu’ara [26]:181-184, merusak alam semesta bererti merusak penciptanya. Mengotori air sungai dan merusak bumi dan pencemaran udara adalah makar atau melawan penciptanya. Merendahkan seekor kucing dan menzalimi seekor anjing pun sudah menzalimi penciptanya.
Disebutkan di QS.Saba [34]:10 dan QS.An-Nur [24]:41 bahawa gunung-ganang dan burung-burung pun bertasbih berulang-ulang bersama Daud dan bahkan besi pun boleh dilunakkan. Jangan dikira, ketahuilah, burung pun solat. Apa lagi menipu dan menghina dan merendahkan satu manusia pun bererti menghina penciptanya (QS.Asy-Syu’ara [26]:181-182).
Sempurnakanlah sukatan dan janganlah merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan timbangan yang benar. Membangkitan soal-soal perkauman adalah melawan pencipta umat manusia (QS.Al-Hujurat [49]:11).
Bahkan ketika umat manusia sudah saling berperang satu dengan yang lainnya. Bani Isra’il dan Kaum Nasrani saling berpecah-pecah dan saling menghina satu dengan lainnya, QS.Aali Imran [3]:113-115 menasihati kita untuk selalu husnudzon dan menolak fitnah nila setitik rusak susu se-belanga.
Tidak semuanya buruk, masih ada yang baik. Positive thinking lah! Berpikir positif lah!
QS.Aali Imran [3]:113-115 yang ertinya:
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang lurus mereka membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). (113) Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. (114) Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertaqwa. (115)
QS.Aali Imran [3]:64 malah menasihati kita untuk tidak mencari-cari perbezaan dan tidak mencari-cari perselisihan dengan Bani Isra’il dan kaum Nasrani. Ketika bertemu dengan orang-orang Bani Isra’il dan Nasrani, orang-orang Muslim dinasihati untuk berpegang kepada
kalimatin sawaa’in baynanaa wa bainakum
kalimah atau kesepakatan yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu.
QS.Yunus [10]:94 menasihati malahan kalau berada dalam keraguan tentang apa yang diturunkan Allah, kita orang-orang Muslim dinasihati untuk langsung menanyakan kepada kaum orang-orang yang membaca kitab-kitab sebelum Qur’an tersebut.
Kepada penduduk asli Mekkah yang ketika itu yang memang jahiliyah atau tidak tahu dan tidak faham Kitab-Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil, Nabi Muhammad bersikap sopan dan tidak langsung memaksa mereka untuk beriman kepada Kitab-Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil. Orang-orang asli Mekkah yang bermartabat tinggi itu diyakinkan dengan sopan santun dan penuh pengertian.
Sebelum Muhammad lahir, orang-orang asli Mekkah yang bermartabat tinggi itu memiliki kebiasaan langsung mengubur orang yang mati pada hari orang itu mati dan tidak ada batu nisan di tempat orang mati itu dimakamkan. Karena mereka di zaman itu memang itu tidak percaya adanya kehidupan setelah kematian, tidak percaya adanya akhirat, tidak percaya adanya utusan-utusan Allah, tidak faham Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil kerana Kitab-Kitab Taurat, Zabur dan Injil itu dalam bahasa yang asing yakni bahasa Ibrani, Suryani dan Yunani. Mereka lebih percaya kepada al-Latta, Manat, al-Uzza, Hubal. Lihat QS.An-Najm [53]:19.
Orang-orang asli Mekkah yang bermartabat tinggi itu memang jahiliyah yakni tidak tahu dan tidak faham pada apa yang termaktub di Kitab-Kitabullah Taurat, Zabur, Injil. Jadi mereka memaksa Muhammad untuk naik ke tempat yang maha tinggi untu menurunkan langsung Allah Yang Maha Tinggi dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya dan Utusan-Utusan-Nya, dan Ketetapan-Ketetapan-Nya, dan Kiamat-Kiamat-Nya. Tapi kerana Muhammad yang memang lahir dan dibesarkan di Mekkah dan sudah mereka kenal dengan baik, Muhammad berkata kepada mereka bahawa permintaan mereka tidak akan dijawab oleh Allah Yang Maha Tinggi kerana menurut Allah mereka WAJIB PUAS dengan segala perkataan dan perbuatan Muhammad kerana itu sudah membuktikan bahwa Allah, malaikat-malaikat-Nya, utusan-utusan-Nya, kitab-kitab-Nya, kiamat-kiamat yang ditetapkan-Nya dan takdir ketetapan-ketetapan-Nya baik yang menseronokkan atau yang tidak adalah SAH untuk diimani dan dipercayai.
Dakwah Nabi Muhammad di kaumnya yang lebih percaya kepada al-Latta, Manat, al-Uzza, Hubal akhirnya berjaya membawa mereka ke KHABAR BAIK daripada Allah Yang Maha Penyayang sekaligus Maha Adil melalui al-Masih-Nya iaitu Isa bukan al-masih Dajjal bermata satu.
Disebutkan di QS.Ibrahim [14]:4 …
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (4)
Disebutkan di QS.Al-Baqarah [2]:285 …
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.(285)
Akhirnya, Muhammad memohon kepada kaumnya iaitu Kaum Quraish Mekkah yang bermartabat mulia untuk:
Alhasil, nasihat dan dakwah Muhammad diterima dan dianggap sebagai KHABAR BAIK oleh banyak budak-budak dan wanita-wanita Arab dan orang-orang yang menjunjung tinggi tamadun Arab Quraish Mekkah yang mulia. Muhammad mereka terima sebagai pemimpin mereka. Tapi kerana Muhammad bukan berasal dari keluarga raja dan bukan berasal dari keluarga kaya, maka mereka tidak menyebut Muhammad sebagai Raja mereka. Mereka menyebut Muhammad sebagai Nabi mereka. Namun, orang-orang kaya dan penjual azimat-azimat daripada Bani Umayyah masih saling berselisih pendapat kerana mereka lebih memikirkan berniaga mencari uang. Sebahagian orang-orang kaya Bani Ummayah mengikut Nabi Muhammad, sebahagian lagi melawan dan menghambat perkembangan orang-orang yang mengikut Muhammad dan menyebabkan banyak orang-orang yang tertarik kepada Nabi Muhammad terusir hijrah dari kampung halaman mereka Mekkah.
Melihat keberadaan kaumnya yang tertindas ini, maka sebagai nabi mereka, Nabi Muhammad lalu bersabda kepada mereka: “Pergilah ke Negeri Habasyah. Sesungguhnya di Negeri Habasyah terdapat seorang raja. Orang di sekitarnya tidak ada yang berbuat zhalim. Pergilah kalian ke negerinya sampai Allah Azza wa Jalla memberikan jalan keluar dan solusi bagi kesulitan yang kalian alami.” Maka kaum Nabi Muhammad itu pergi mencari perlindungan dan keamanan ke Negeri Nasrani Habasyah itu yang dipimpin Raja Nasrani Habasyah, Abyssinia, Aksum, dan ke kota Yatsrib yang banyak orang-orang Nasrani, Bani Isra’il dan Kerajaan Najasyi. Itulah HIJRAH.
Yang dipentingkan oleh Ibrahim itulah yang dipentingkan Nabi Muhammad terbukti di Shalawat Ibrahimiyah yang ada di dalam solat kita selaku orang-orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Pengasih dan Penyayang yang Rindunya terasa di dalam al-Masih Isa, bukan di dalam al-masih Dajjal yang bermata satu.
Nabi Muhammad menyatakan:
Abu Huraira r.a. mengkisahkan: Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Daripada semua manusia, akulah yang paling dekat Isa putera Maryam di kehidupan di bumi ini dan juga di kehidupan di akhirat.” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah! Bagaimana itu boleh berlaku?” Bersabda Rasulullah, “Semua nabi adalah saudara dalam iman. Ibu mereka berlainan, namun semua berserah diri kepada Yang Satu. Dan lagi, tidak ada nabi di antara Isa dan aku.”
Abu Huraira r.a. mengkisahkan: Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Semua manusia bani Adam yang lahir, semuanya disentuh oleh Syaitan. Karena itulah, setiap bayi yang baru lahir pasti menangis kerana disentuh Syaitan, kecuali Maryam dan puteranya tidak disentuh Syaitan.”
Kemudian Abu Huraira berkata, “Bacalah, ‘Aku berlindung pada-Mu, ya Allah, lindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).’ ”
QS.Aali Imran [3]:36. Asbabun Nuzul daripada ta’awudz
adalah tentang Maryam dan puteranya agar dilindungi dari godaan Syaitan yang terkutuk.
Semoga yang dirindukan Ibrahim juga yang dirindukan setiap insan di keluarga kita kerana kita adalah keturunan Ibrahim yang merindukan Jalan Pintas terdekat yang telah ditetapkan oleh Yang Rindu kepada kita. Jalan pintas terdekat itu adalah Almasih Isa yang bermata dua seperti layaknya keturunan Ibrahim, bukan al-masih Dajjal yang bermata satu.
Di dalam solat sebelum salam, Rasulullah memohon:
Alloohumma innii a’uuzu bika min ‘azaabi jahanam, wa min ‘azaabil qobri, wa min fitnatil mahyaa wal mamaati, wa min fitnah al masiih ad dajjaal.
Ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari jahanam, dan dari siksa kubur dan dari fitnah di bumi dan fitnah ketika mati dan dari kejinya fitnah yang dikirim oleh al-Masih Dajjal.
Dahulu sebelum Muhammad lahir, banyak penyembah-penyembah berhala membawa berhala ke sekeliling ka’bah. Di zaman Nabi Muhammad, Nabi Muhammad juga didorong oleh keprihatinan ingin memurnikan Kaabah dengan cara menyingkirkan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah.
Muhammad pun juga dilawan dan diperangi oleh penyembah-penyembah berhala di sekeliling Ka’bah. Muhammad akhirnya berhasil menghancurkan berhala-berhala disekeliling Ka’bah. Muhammad berkata,
“Hapuslah seluruh gambar di sekeliling Ka’bah kecuali yang dibalik tanganku ini yaitu gambar Yang Mulia Almasih Isa ibnu Maryam.”
(Lihat Al-Azraqi, Akhbar Makkah, vol. 1, hal. 165.)
Di QS.At-Tawbah [9]:29 …
itu ertinya orang-orang yang tidak melakukan kehaqiqiyan di dalam Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil yang dibaca dan diketahui oleh orang-orang tersebut, namun kehaqiqiyan di dalam Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil tidak dilakukan oleh orang-orang tersebut. Apabila kamu akan dibunuh baik karakter, moralmu atau badanmu oleh orang-orang tersebut, maka BELA DIRI itu WAJIB. Apabila orang-orang jahat mahu mendatangimu dan mahu menzalimimu, bela diri itu WAJIB. Nabi Isa pun juga memperingatkan bahawa bela diri terhadap orang-orang jahat itu perlu dilakukan.
Tersebut di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Luqa 22:36-38 yang maknanya:
36 Isa berkata lagi, ‘Tetapi sekarang, orang yang mempunyai dompet atau beg hendaklah membawa barang-barang tersebut. Orang yang tidak berpedang hendaklah menjual bajunya untuk membeli sebilah. 37Aku berkata kepadamu bahawa apa yang tersurat ini akan berlaku pada diri-Ku: “Dia tergolong bersama dengan penjahat.” Ini kerana apa yang tersurat tentang Aku akan berlaku.’
38 Pengikut-pengikut itu berkata, ‘Tengoklah Junjungan, di sini ada dua bilah pedang!’ Isa berkata, ‘Cukuplah!’
Tapi sayang,
di QS.At-Tawbah [9]:29 sering dipesongkan menjadi seolah-olah
fi’il ammar atau perintah uqtuluu
orang-orang Ahli Kitab baik Yahudi mahupun Kristian. Padahal seharusnya diertikan sebagai BELA DIRI terhadap orang munafik yang mahu membunuhmu. BELA DIRI secara lemah lembut, santun, penuh kasih sayang itu adalah tafsir yang diajarkan dan diamalkan oleh Sayidina Isa yang dikekalkan di Quran, mukjizat Nabi Muhammad.
QS.Fussilat [41]:34-35…
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34)
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh yang bersifat sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35)
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…