Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Petikan dari Kitab Zabur Surah 51.

Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud apabila ditegur oleh Natan kerana berzina dengan Batsyeba.

1Kasihanilah aku, Ya Allah, demi kasih setia-Mu yang kekal;

demi belas kasih-Mu yang melimpah hapuskanlah dosaku.

2Bersihkan aku daripada kejahatanku, sucikan aku daripada dosaku.

3Kerana aku mengakui kesalahanku, dan sentiasa sedar akan dosaku.

4Kepada-Mu, hanya kepada-Mu, aku berdosa dan melakukan kejahatan di pandangan-Mu, maka Engkau didapati benar dalam kata-kata-Mu, dan penghakiman-Mu tidak bercela.

5Aku telah dilahirkan dalam kejahatan, dan dalam dosa ibuku menghamilkan aku.

6Engkau menghendaki kebenaran dalam diri;

dan di lubuk jiwaku Engkau akan mengajarku mengenal kebijaksanaan.

7Bersihkan aku dengan zufa, supaya aku suci;

basuhlah aku sehingga lebih putih daripada salji.

8Perdengarkan kegembiraan dan keriaan kepadaku;

supaya tulang-tulangku yang Kaupatahkan dapat bersukacita.

9Sembunyikan wajah-Mu daripada dosaku dan hapuskan segala kejahatanku.

10Ciptakan hati yang bersih dalam diriku, Ya Allah, dan pulihkan semangat waja dalam jiwaku.

11Jangan singkirkan aku dari hadirat-Mu dan jangan ambil Roh Suci-Mu daripadaku.

12Bahagiakan aku semula dengan penyelamatan-Mu dan kuatkan aku dengan Roh-Mu yang pemurah.

13Maka aku akan mengajar orang yang ingkar tentang jalan-Mu, dan orang berdosa akan kembali taat kepada-Mu.

14Selamatkan aku daripada kesalahan menumpahkan darah, Ya Allah, Allah Penyelamatku, maka suaraku akan lantang menyanyikan kebaikan-Mu.

15Ya Tuhan, bukakan mulutku, aku akan mengisytiharkan puji-pujian bagi-Mu.

16Kalaulah Engkau bersukacita dengan korban, tentu kupersembahkan;

Engkau tidak berkenan akan korban yang dibakar.

17Korban untuk Allah ialah hati yang hancur;

hati yang hancur dan sesal, Ya Allah, tidak akan Kauremehkan.

18Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Sion, Ya Allah;

binalah tembok-tembok Baitulmaqdis.

19Maka Engkau akan berkenan dengan persembahan yang benar, dengan korban yang dibakar;

mereka akan mempersembahkan lembu korban di mazbah-Mu.

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini
Share:

administrator