Hikmat Nabi Sulaiman

Alhamdulilhah, Nabi Sulaiman a.s. adalah nabi yang namanya besar sepanjang masa, iaitu nabi yang Allah catat dalam kitab-kitab tua (at-Taurat) dalam sepanjang sejarah. Dialah nabi yang pada masa mudanya sangat patuh dan taat kepada Tuhannya, nabi yang sangat penuh hikmat dan berlimpah kekayaan. Dialah raja yang sangat adil dan bijaksana, dikagumi di seluruh bumi. Kalau demikan, untuk apa semuanya itu buat kita dan hidup kita? Setidaknya ada naluri fitriani dalam diri kita menggetarkan indera kita dan merangsang akal jiwa kita dan mendapatkan hidayah daripada Allah untuk mengambil hikmah, sebagai contoh yang ada dalam dirinya, sebagai teladan buat hidup kita dan kepemimpinan kita di masa kekinian kita. Sikap Nabi Sulaiman yang sangat membanggakan di antaranya adalah sikap hamba dan rendah hati.

Kata hamba dalam bahasa Arab ialah ‘ABD (dibaca abada). Kata ini mempunyai beberapa erti yaitu:

  • Kekokohan
  • Kelemahlembutan
  • Hamba sahaja
  • Anak panah yang pendek dan lebar
  • Tumbuhan yang memiliki aroma yang harum

Apabila seseorang menjadi ‘Abd atau hamba kepada Allah maka erti yang tepat sebagai sifat-sifat yang menonjol adalah “HAMBA SAHAJA.”

Tetapi manakala seseorang ingin menjadi ‘Abd bagi umat, bagi manusia dan sesama, maka erti yang tepat sebagai sifat yang menonjol adalah “bersifat lemah lembut” atau seperti harumnya wangi-wangi “aroma bunga yang harum mempersona.” Makna daripada ‘Abd atau seorang hamba iaitu, tidak memiliki sesuatupun. Apa yang dimilikinya adalah milik tuannya. Dia adalah hamba sahaja seperti anak panah yang dapat digunakan oleh tuannya untuk tujuan yang dikehendakinya.

Pengabdian bukan sekadar ketaatan sahaja akan tetapi harus memenuhi tiga kriteria:

  1. Pengabdi tidak menganggap apa yang ada dalam genggamannya sebagai miliknya, kerana yang dinamai dengan hamba tidak memiliki sesuatu apapun. Apa yang dimilikinya adalah hak tuannya.
  2. Segala usahanya hanya berkisar pada melaksankannya sahaja. Apa yang diperintahkan tuannya kepadanya dia mengabdi saja dan tidak boleh melanggar semua larangan-larangan yang dilarang tuannya.
  3. Tidak boleh memastikan sesuatu untuk dilaksanakan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada tuanya yang kepadanya ia mengabdi.

Alkitab menyatakan: Hanya kepada-Mu kami menghambakan diri dan hanya kepada-Mu kami memohon penaungan. Tengok juga QS al-Fatihah [1]:5.

Contoh teladan al-Masih Isa junjungan yang ilahi bukan saja mencotohkan bagaimana seseorang untuk taat kepada Allah iaitu: Taat sampai mati, dan juga menginspirasi kita untuk bagaimana sikap rendah hati dan berlemah lembut? Inilah sabda al-Masih:

Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikul beban berat; Aku akan membebaskanmu daripada bebanmu.

(Kitab Suci Injil Matius 11:29.)

PELAYAN ADALAH “HAMBA SAHAJA, LEMAH LEMBUT DAN RENDAH HATI”.

Terima kasih tausiyahnya al-Masih memberkati.

Ustaz M. Faridz Al-Salmani

Artikel yang sebelum ini Blog Ustaz M. Faridz Al-Salmani Artikel yang selepas ini