Petikan dari Kitab Injil: Markus 12:1-12.
Ibarat tentang penyewa ladang
1Setelah itu Dia mula berkata-kata kepada mereka melalui ibarat: ‘Seorang peladang menanam anggur, memasang pagar sekeliling ladangnya, menggali lubang untuk tempat memeras anggur, dan membina menara tempat berkawal. Kemudian dia menyewakan ladang anggurnya kepada beberapa orang lalu pergi ke sebuah negeri yang jauh. 2Apabila tiba musim mengumpulkan hasil tanaman anggur, tuan punya ladang itu menghantar seorang hambanya untuk meminta bahagiannya daripada hasil itu. 3Para penyewa ladang menangkap dan memukul hamba itu lalu menyuruhnya pergi dengan tangan kosong. 4Tuan punya ladang menghantar seorang lagi hambanya. Mereka memukulnya, menyebabkannya luka di kepala dan menyuruhnya pergi setelah diperlakukan sebegitu kejinya. 5Selepas itu tuan punya ladang menghantar seorang lagi hambanya, dan mereka membunuh hamba itu. Ramai lagi dihantar, ada yang dibunuh dan ada yang dipukul.
6‘Oleh yang demikian, kerana dia masih ada seorang putera yang amat dikasihinya, dia menghantarnya sebagai utusan terakhir, sambil berkata dalam hatinya, “Mereka akan menghormati puteraku.”
7‘Tetapi para penyewa ladang berkata sesama sendiri, “Ini warisnya. Mari kita bunuh dia, supaya harta warisannya menjadi milik kita.” 8Mereka pun menangkap dan membunuhnya lalu mencampakkannya ke luar ladang itu.
9‘Jadi, apa yang akan dilakukan oleh tuan punya ladang anggur itu? Dia akan datang dan membinasakan para penyewa itu, lalu menyerahkan ladang anggur itu kepada orang lain. 10Belum pernahkah kamu baca di dalam Kitab Suci:
‘ “Batu yang dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru;
11Inilah perbuatan Allah, sungguh hebat di mata kami.” ’
12Mereka ingin menangkap Isa tetapi takut akan orang ramai. Mereka tahu ibarat itu menyindir mereka. Mereka meninggalkan-Nya dan pergi dari situ.
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…