Ayat-ayat Allah seringkali bererti perintah-perintah Allah. Perintah-perintah Allah wajib diamalkan oleh setiap makhluk tanpa pandang bulu. Allah tentu sungguh terpuji apabila makhluk mengamalkan perintah-perintah Allah.

Apabila Allah sering terpuji diibaratkan timbangan amal makhluk tersebut tidak ringan. Namun apabila Allah tidak terpuji diibaratkan timbangan amal makhluk tersebut sangat ringan.

Mengamalkan perintah Allah atau tidak sungguh sangat menentukan makhluk dihukum atau tidak. Apabila mengamalkan perintah Allah, makhluk boleh jauh dari azab Allah. Apabila tidak mengamalkan perintah Allah, maka makhluk diazab oleh Allah.

Termaktub di QS Al A’raf [7]:9

Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami.

Sebelum menciptakan manusia, Allah menciptakan malaikat-malaikat. Malaikat-malaikat itu, oleh Allah, diperintahkan untuk BERSUJUD kepada manusia.

Allah memerintahkan manusia untuk menjadi penguasa di bumi dengan penuh syukur kepada Allah. Namun ada salah satu malaikat yang tidak mahu mengamalkan perintah Allah tersebut. Dengan berbagai alasan, satu malaikat itu menolak dengan keras mengamalkan perintah Allah tersebut. Oleh Allah, malaikat itu diusir keluar dari syurgaNya Allah.

Malaikat itu marah dan mungkar melawan Allah. Sampai sekarang malaikat itu masih berkeliaran melawan Allah. Sesungguhnya, sampai sekarang, malaikat itu masih tidak suka kepada manusia. Kepada manusia, malaikat itu menyamar menjadi penasihat manusia dan teman rapat manusia. Dajjal ertinya palsu atau menyamar dengan tujuan jahat kepada manusia. Malaikat penasihat palsu itu adalah DAJJAL.

  • DAJJAL itu juga disebut SYAITAN.
  • DAJJAL juga disebut IBLIS.
  • DAJJAL bukan penuh nasihat, namun penuh FITNAH.
  • DAJJAL oleh Rasulullah disebut ALMASIH DAJJAL (Penasihat yang Palsu).
  • Fitnah tidak akan pernah berhenti hancurkan manusia. Anak-anak manusia dan cucu-cucu dan cicit-cicit manusia akan selalu difitnah untuk dihancurkan oleh DAJJAL.

Perihal ini termaktub di QS Al A’raf [7]:10-19 …

7|10| Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

7|11| Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan syang sujud.

7|12| Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”

7|13| Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.”

7|14| Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”

7|15| Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).”

7|16| Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

7|17| “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”

7|18| Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

7|19| “Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”

Namun sangat disayangkan kerana pengaruh fitnah DAJJAL, manusia yaitu Adam dan Siti Hawa menuruti nasihat DAJJAL memakan buah larangan Allah. Oleh kerana itulah, oleh Allah, manusia diusir keluar dari syurgaNya Allah ke bumi ini.

Untuk menghadapi DAJJAL tersebut, Allah menurunkan KalimatNya yang bernama ALMASIH ISA untuk menghadapi DAJJAL.

  • ALMASIH ISA adalah penutup aurat manusia.
  • ALMASIH ISA adalah pakaian takwa untuk menutup aurat manusia.
  • Oleh Allah, ALMASIH ISA dijadikan AYAT ILAHI bagi manusia dan RAHMAT bagi manusia untuk menutup aurat dan segala pengaruh fitnah Dajjal.
  • ALMASIH ISA adalah badal atau pengganti manusia menghadapi DAJJAL dan PERINTAH yang wajib diamalkan oleh manusia tanpa pandang bulu agar Allah tetap terpuji.

yang ertinya,

7|20| Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).”

7|21| Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua.”

7|22| Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”

7|23| Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”

7|24| Allah berfirman: “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati).”

7|25| Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”.

7|26|Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

7|27|Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Disebutkan di QS Al Imran [3]:45

yang ertinya,

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Dan ketahuilah, Almasih Isa adalah ayat Allah bagi manusia dan Almasih Isa adalah rahmat daripada Allah bagi manusia.

Perihal ini disebutkan di QS Maryam [19]:21

yang ertinya,

Ia menjawab: “Demikianlah keadaan bagi Allah tidak ada yang dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Jadi Almasih Isa adalah ayat daripada Allah bagi manusia.

Almasih Isa wajib untuk ditakdzimi dan wajib diamalkan nasihat-nasihat beliau agar kita menikmati perlindungan perlindungan ilahi dan menikmati perlindungan-perlindungan dari Allah yang maha tinggi. Isa itu wajib. Allah memberi pakaian kepada manusia.

Pakaian penutup aurat adalah wajib. Ibaratnya, Isa itu pakaian daripada Allah untuk manusia menutup aurat. Sebab Allah, Isa adalah Hakim Yang Adil dan Penguasa yang Mulia.

Termaktub di QS Ali Imran [3]:59

Sesungguhnya perbandingan Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah!” maka menjadilah.

Isa itu Kalimat Allah. Ibaratnya, Isa itu bak Adam. Isa layak dan wajib sujud kepada Nya. Itu semua adalah ketetapan Allah dan perintah Allah. Itu semua kena diamalkan.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini