Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Petikan dari Kitab Injil: Markus 1:21-28.

21Isa dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum. Pada hari Sabat berikutnya, Isa masuk ke saumaah lalu mengajar. 22Semua yang mendengar-Nya kagum kerana Dia mengajar dengan penuh kewibawaan, berbeza dari guru-guru Taurat. 23Ketika itu seorang yang dirasuk roh durjana berada di saumaah. Dia berseru: 24‘Apa yang hendak Kaubuat kepada kami, hai Isa orang Nasaret? Adakah Engkau hendak membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau. Engkau Yang Suci daripada Allah!’

25Isa membentak roh itu, ‘Diam! Keluar daripada orang ini!’ 26Roh durjana itu menggoncang-goncang tubuh orang yang dirasuknya lalu keluar sambil menjerit.

27Hal ini menyebabkan semua orang tercengang lalu berbisik sesama sendiri, ‘Adakah ini suatu ajaran baru? Dia memerintah roh-roh durjana dengan penuh kuasa dan mereka menurut kata-Nya.’ 28Dengan demikian, khabar tentang Isa segera tersebar ke seluruh Galilea.

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini
Share:

administrator