Petikan dari Kitab Injil: Matius 4:12-17.
12Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipenjarakan, Isa pun pergi ke Galilea. 13Dia tidak tinggal di Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggir laut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. 14Dengan demikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:
15‘Tanah Zebulon, tanah Naftali,
di pinggir laut, seberang Sungai Yordan,
Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.
16Bangsa yang hidup dalam kegelapan
telah melihat cahaya gemilang.
Bagi mereka yang di bawah bayangan maut,
Cahaya telah bersinar!’
17Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, ‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |