Islam Bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (Bhg.1/4)

Sesungguhnya ugama di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang yang diberikan Kitab itu tidak berselisih melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Allah سبحانه وتعالى bersifat Pemurah lagi Penyayang. Allah سبحانه وتعالى adalah رَبِّ الْعَالَمِينَ rabbi ‘ālamīn (Tuhan semesta alam) dan مَلِكِ النَّاسِ raja manusia dan إِلَهِ النَّاسِ Tuhan manusia. Bukan Tuhan kumpulan-kumpulan tertentu.

QS Al Hujurāt [49]:13

ا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Bersabda Nabiullah ‘Isa عليه السلام (dalam Kitab Injil Matius 5:45) yang bermaksud:

لأَنَّهُ يُشْرِقُ شَمْسَهُ عَلَى الأَشْرَارِ وَالصَّالِحِينَ وَيُمْطِرُ عَلَى الأَتْقِيَاءِ وَالظَّالِمِينَ.

Allah menerbitkan matahari yang dicipta-Nya untuk orang yang benar dan orang yang mungkar. Dia menurunkan hujan untuk orang yang taat mahupun yang ingkar akan kehendak-Nya.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini