Islam Bawaan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (Bhg.3/4)

Nabi Ibrahim عليه السلام diperintahkan untuk berserah diri kepada Allah. Dan Nabi Ibrahim melakukannya. Nabi Ibrahim عليه السلام adalah salah satu nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Nabi Ibrahim عليه السلام sudah dalam keadaan islam. Termaktub di QS Al Baqarah [2]:131-132 …

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Ith qala lahu rabbuhu aslim qala aslamtu lirabbi alAAalameen.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلا تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wawassa biha ibraheemubaneehi waya’qoobu ya baniyya inna Allaha istafalakumu addeena fala tamootunna illa waantummuslimoon.

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.”

Adalah Nabi Yusuf عليه السلام putera daripada Nabi Ya’qub عليه السلام putera daripada Nabi Ishaq عليه السلام putera daripada Nabi Ibrahim عليه السلام. Nabi Yusuf عليه السلام pada saat hidupnya senantiasa merindukan untuk mati dalam keadaan Islam tersebut. Termaktub di QS Yūsuf [12]:101

رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; wafatkan aku dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.”

Kalau sudah begini dalamnya, semua harus dikembalikan kepada Allah Yang Maha Mengadakan.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini