Apa itu Islam? Apakah Islam itu hanya Allah? Bukan, namun Allah dan RasulNya. Allah dan pesuruhNya. Allah yang menyatakan diriNya, bukan Allah yang jauh di sana dan yang sombong dan yang tidak menyatakan diriNya kepada setiap mahklukNya.
Beberapa berusaha memaksakan diri menciptakan polemik bahawa Islam itu hanya Allah, bukan Allah dan RasulNya. Akan tetapi bagaimana mungkin melawan sifat-sifat Allah? Jelas tidak mungkin!
Apakah hanya Muhammad pesuruh Allah? Apakah Islam itu Muhammad sahaja? Bukan. Bukan hanya Muhammad. Pesuruh-pesuruh Allah sebelum Muhammad juga Islam. Pesuruh-pesuruh Allah atau Rasul-Rasul Allah sungguh manfa’at dalam menyatakan Allah Sang Khaliq kepada makhlukNya.
Muhammad melestarikan semua yang dibawa dan dicontohkan Rasul-Rasul Allah tersebut. Islam Bawaan Para Rasul tersebutlah yang dinyatakan Yang Mulia Nabi terakhir itu.
Begitu mustahak dan luas sekali asyhadu allaa ilaaha illallaah wa asyhadu anna muhammadar-rasuulullaah, yang bermaksud,
Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Nabi Muhammad selaku rasul Allah jelas tidak manafikkan atau tidak menegasikan rasul-rasul Allah sebelum beliau. Nabi Muhammad mushaddiqullimaa ma’ahum mengesahkan apa yang dicontohkan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad dan mengesahkan yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad.
QS Al Baqarah [2]:100-101, 136, 285; QS Asy-Syuara [42]:13, yang bermaksud:
Allah telah menerangkan kepada kamu-diantara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya-apa yang telah diwasiatkan Allah kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami wasiatkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah”… Allah memberi hidayah sesiapa yang rujuk kembali kepada Allah.
Diriwayatkan dalam Hadis Riwayat Muslim bahawa para nabi adalah bersaudara dari satu bapa, sementara ibu mereka berlainan, diin mereka satu.
Apa Islam itu Arab Saudi? Bukan. Bukan hanya Arab Saudi.
Israel juga Islam sebab hampir semua pesuruh-pesuruh Allah adalah Bani Israel. Nusantara juga Islam sebab Nusantara tempat tinggal sebahagian besar orang orang Islam.
Betul, betul, betul!
Seperti banyak kawasan, Arab Saudi adalah salah satu tapak arkeologi Islam. Seperti Mekkah, Yerusalem juga salah satu tapak arkeologi Islam.
Ingatlah Isra’ Mi’raj perjalanan yang penuh keajaiban daripada Rasulullah dari Mekkah ke Yerusalem, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Dahulu semua berkiblat ke Yerusalem, namun kerana kesombongan Boneka Rom, kiblat terpaksa dipindahlah ke Mekkah. Baca QS Al Baqarah [2]:142-144.
Oh seandainya Dajjal tidak ada, maka tidak adalah fitnah Dajjal yang menipu sebahagian Bani Isra’il untuk menjadi Boneka Rom. Seandainya Dajjal tidak ada, sebahagian Bani Isra’il itu berserah diri bulat-bulat kepada Allah bukan kepada Kaisar Rom. Orang-orang Yahudi yang sudi menjadi Boneka Rom sungguh sombong dan zalim melarang orang-orang yang tidak mahu tunduk kepada Kaisar Rom untuk pergi ke Yerusalem, Tanah Suci semua orang-orang beriman di Timur Tengah dan sekitarnya kepada Allah.
Perang Bangsa Arab melawan Bangsa Israel Zionis adalah isu zaman moden. Di kedua bangsa tersebut selalu ada munafikin dan boneka-boneka daripada Mamun (Dewa Uang).
Orang munafik di mana sahaja selalu bercanggah bertentangan antara kehaqiqian yang dia ketahui dan tingkah dan gerak-geri nya yang menuruti nafsa-nafsinya walau sebenarnya mereka tahu kehaqiqiyan.
Islam adalah cermin perbezaan antara kehaqiqian yang diketahui orang-orang dan nafsa-nafsi akibat kejinya fitnah Almasih Dajjal. Islam menentang munafik dan boneka-boneka daripada Mamun (Dewa Uang). Musuh terbesar Islam adalah fitnah Dajjal yang selalu mempengaruhi orang orang mukmin. Oleh kerana itulah Allah tetapkan Almasih penolong manusia untuk menghadapi Dajjal sumber fitnah yang keji itu.
Rasulullah berkata, “Ada dua yang bernama Almasih yaitu Isa dan Dajjal.”
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
Hadis Riwayat Muslim menyebutkan adanya Almasih Isa dan Almasih Dajjal. Almasih Isa daripada Allah, sedangkan Almasih Dajjal adalah palsu atau tidak daripada Allah. Almasih Isa, oleh Allah, sudah ditetapkan untuk menjadi penolong manusia yang penuh lupa, khilaf dan salah.
Islam atau berserah diri bulat-bulat kepada Allah adalah apa yang Almasih daripada Allah “terangkan kepada manusia tentang apa yang tersurat tentang-Nya dalam semua kitab-kitab Allah mulai dari kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain.” Tarjamah Kitab Injil Hawari (Luqa) Lukas 24:27.
Inilah doa Rasulullah di dalam solat selepas tahiyat akhir, yang bermaksud:
Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Almasih Dajjal.
Marilah kita berlindung dibawah yang dari Allah yaitu Almasih Isa agar terhindar dari segala kejahatan fitnah Almasih Dajjal.
Orang mukmin pasti memilih berlindung dibawah Almasih Isa agar aman dari segala serangan fitnah keji dari Dajjal musuh terbesar mereka.
Itulah sunnah Nabi. Marilah melakukannya juga.
Solat, Zakat 2.5 % dari segala pendapatan kita, Puasa di bulan Ramadan, Berhaji apabila mampu. Itulah amalan yang membuktikan bahawa kita menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Itulah Islam. Sungguh luas dan indah kerana Allah. Itulah Hidayah daripada Allah.
Islam bukanlah hasil prestasi manusia. Islam adalah Hidayah Ilahi.
Tengok tapak http://ya-rahman.org/.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |