Islam (Bhg.2/2)

Islam itu indah. Islam itu tenang. Islam luas. Islam inklusif.

Esensi Islam memang sungguh luas dan inklusif. Namun, apabila dijadikan parti, Islam menjadi kaku dan eksklusif. Sampai-sampai cendikiawan Islam Noor Cholis Majid di Indonesia menyatakan, “Islam Yes! Partai Islam, No!

Esensi Islam memang sungguh luas. Islam bukanlah barang dagangan yang boleh dijual belikan untuk memuaskan nafsu dan mencari kekayaan diri sendiri. Ketika orang pikir boleh memperkaya diri sendiri dan mengeruk keuntungan untuk diri sendiri dengan bermodalkan apa yang dia sebut Islam, dia sudah kehilangan esensi Islam yang sungguh luas.

Esensi Islam tidak boleh didikte dan diatur oleh orang atau parti apapun atau tradisi apapun. Segala isi alam sesungguhnya memeluk Islam. Batu pun Islam kerana batu berserah diri bulat-bulat pada ketetapan Allah. Apabila batu dilempar ke atas batu itu pasti akan jatuh balik ke bawah. Tidak ada batu apabila dilempar ke atas terus meluncur ke atas lebih tinggi. Tidak! Batu tersebut pasti jatuh balik ke bawah.

Siput berjalan lambat. Tidak ada siput berjalan cepat seperti arnab. Siput menerima apa yang ditetapkan Allah. Boleh dikatakan, siput memeluk Islam.

Api panas. Api tidak sejuk. Api memeluk Islam kerana api menerima ketetapan Allah bahawa api itu panas.

Islam tidak boleh diwakili oleh satu gang sahaja kerana sesungguhnya seluruh isi alam tanpa pandang bulu adalah Islam. Semuanya tanpa pandang bulu adalah Islam yaitu berserah bulat-bulat kepada ketetapan-ketetapan Allah. Islam bukanlah geng yang eksklusif. Islam selalu bersifat inklusif bererti Islam tidak boleh menjadi geng.

Islam itu luas sangat luas. Islam bukanlah nama satu suku dan bukanlah nama satu bangsa sahaja. Di bumi ini tidak ada satu republik pun dan tidak ada satu kerajaan pun dan tidak ada satu bangsa pun yang berhak mendikte dan mengusai Islam. Islam bukan sebatas suara dan bukan sebatas pendapat ahli-ahli hukum dan bukan pula sebatas ide pulitisi-pulitisi sahaja.

Islam bukan berpusat di Arab Saudi sahaja, kerana Islam pernah berkiblat ke Yerusalem Israel sebelumnya. Nafsa-nafsi ulama-ulama suk Yahudi dan kemunafikan mereka menyebabkan keadaan yang terpaksa untuk berpindah kiblat dari Yerusalem ke Mekkah. Kerana nafsa-nafsi ulama-ulama suk, Islam menjadi tersandra oleh ulama-ulama suk baik di Timur Tengah maupun dimana-mana sahaja. Kerana nafsa-nafsi ulama suk, Islam tersandra oleh peradaban-peradaban tertentu baik itu peradaban Timur Tengah, peradaban Hindustan, dan peradaban Melayu dan Peradaban apapun seolah-olah Islam adalah satu peradaban sahaja. Kerana nafsa-nafsi, Islam menjadi komoditi atau barang dagangan atau menjadi business yang memperkaya orang-orang tertentu sahaja. Padahal Islam adalah suatu keadaan yang nyata dan tidak dibuat-buat yaitu keadaan berserah diri bulat-bulat kepada Allah.

Dajjal telah berjaya memecah belah manusia untuk berperang satu sama lain atas nama Islam. Allah sudah menetapkan Almasih Isa untuk menjadi musuh utama Dajjal. Dan barangsiapa yang merasa kecil hati kerana serangan keji pengaruh fitnah Dajjal, Almasih Isa yang ditetapkan Allah untuk menjadi pembela manusia berkata,

Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka. (Tarjamah Kitab Injil Hawariyun Mattaa atau Matius 5:3.)

Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria. (Tarjamah Kitab Injil Hawariyun Luqa atau Lukas 6:21).

Dajjal memiskinkan orang, Nabi Isa kerana Allah membuat fakir miskin kaya raya.

Nabi Isa berkata yang bermaksud:

‘Tetapi malangnya kamu yang kaya, kerana kamu telah beroleh hidup yang senang-lenang.

Malangnya kamu yang sekarang kenyang, kerana kamu akan lapar kelak.

Malangnya kamu yang sekarang tertawa, kerana kamu akan menangis dan meratap kelak. Malangnya kamu apabila kamu dipuji semua orang, kerana demikian juga perbuatan nenek moyang mereka kepada nabi-nabi palsu.’

(Tarjamah Kitab Injil Hawariyun Luqa atau Lukas 6:24-26.)

Islam adalah Keadilan oleh Allah bagi barangsiapa yang terzalimi.

Dajjal sumber fitnah kena dibunuh oleh Nabi Isa.

Itulah Islam adalah Keadilan.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini