Jauh sebelum Rasulullah lahir, Nabi Ibrahim dan cucu beliau yang bernama Nabi Yaakub atau yang disebut Isra’il sudah berwasiyat kepada keturunan-keturunan beliau yang disebut Bani Isra’il, “فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ” falā tamūtunna ‘illā wa ‘antum muslīmūn.
QS Al Baqarah [2]:132 …
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah.”
Jelas pada Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub tidak berbicara mengenai mazhab dan tidak berbicara mengenai parti dan tidak berbicara mengenai satu bangsa atau satu bahasa sahaja atau satu kaum sahaja. Keadaan Islam atau keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah selalu berawal dari Allah dan selalu berakhir pada Allah. Itulah yang menjadi inti wasiyat Nabi Ibrahim dan cucunya yang bernama Nabi Yaakub yang disebut Isra’il alaihissalam. Keadaan Islam atau keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah jauh berbeza dengan keadaan politik suatu kaum dan sangat berbeza dengan dambaan mazhab ekonomi tertentu dan managemen tekhnologi tertentu sahaja.
Keadaan Islam atau keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah sama sekali berbeza dengan sentimen kaum tertentu sahaja. Keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah jauh berbeza dengan ta’asub kepada mazhab tertentu sahaja. Keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah berbeza dengan menjadi fanatik kepada parti tertentu sahaja dan golongan tertentu sahaja.
Banyak orang-orang bijak di Nusantara mengingatkan, “Mengapa sibuk mengumpulkan harta dunia dan membangun istana, padahal kalau mati satupun tidak akan dibawa.”
Sayidina Nabi Isa pernah bersabda (Kitab Allah Injil Syarif Hawariyyun Lukas 12:33) …
بِيعُوا أَمْلاكَكُمْ وَأَعْطُوا صَدَقَةً. اِقْتَنُوا لأَنْفُسِكُمْ أَكْيَاسًا لا تَبْلَى؛ كَنْزًا فِي السَّمَاءِ لا يَنْفَدُ، حَيْثُ لا يَقْتَرِبُ مِنْهُ لِصٌّ، وَلا يُفْسِدُهُ سُوسٌ.
Juallah hartamu dan berikanlah wang itu kepada orang miskin. Sediakanlah bagi dirimu dompet yang tidak akan usang dan simpanlah kekayaanmu di syurga yang tidak dapat dimasuki oleh pencuri atau tidak bisa dirusakkan oleh gegat.
Dengan cara pandang seperti inilah, kita seharusnya menafsirkan |إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ (Sesungguhnya din di sisi Allah ialah Islam) di dalam QS Ali ‘Imran [3]:19 …
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Jadi di sisi Allah, adalah tidak benar bahawa: Parti di sisi Allah ialah parti Islam sahaja. Mazhab di sisi Allah ialah mazhab tertentu sahaja. Bangsa di sisi Allah ialah bangsa tertentu sahaja.
Yang benar adalah: Keadaan di sisi Allah ialah hanya keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah sahaja.
Dalam bukunya yang bertajuk Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality, Syed Muhammad Naquib al-Attas, pendiri The International Institute of Islamic Thought and Civilisation of Kuala Lumpur, disebutkan bahawa.kata din erat kaitannya dana atau keadaan berhutang.
Jadi sungguh setiap manusia dan seluruh isi alam ini berhutang kepada Allah. Tidak ada pilihan lain, setiap manusia mau tidak mau harus berserah diri kepada Allah. Tapi, anehnya di zaman Nabi Nuh, dalam hal berserah diri kepada Tuhan Allah, binatang-binatang lebih pandai. Lebih banyak binatang yang mahu masuk ke dalam bahtera yang Allah perintahkan Nabi Nuh bina. Sedikit sekali manusia mahu masuk ke dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Jadi, lebih banyak haiwan yang selamat daripada manusia.
Tersebut di QS Al Hajj [22]:18 …
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِّنَ النَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ ۗ وَمَن يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّكْرِمٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ
22|18| Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?
Keadaan berserah diri kepada Tuhan Allah tersebut atau yang disebut dalam keadaan Islam selalu terasa oleh orang tanda-tandanya melalui:
Kalau orang lain tidak merasa tanda-tanda tersebut di dalam keislaman seseorang, itu ertinya orang tersebut sama sekali tidak Islam.
Islam bermula dari keadaan musafir yang penuh penderitaan dan akan berakhir dalam keadaan musafir yang penuh penderitaan. Barakah yang miskin dan bergantung hanya kepada Rahmat Allah (kemurahan Allah) sahaja. Begitu kata Nabi Isa di Terjemah Kitab Allah Injil Syarif Hawariyyun Matta (Matius) 5:3.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…