Jangan silap! Al Qur’an Justeru Mengingatkan Apakah Taurat, Zabur dan Injil Sudah diImani dan Sudah diAmalkan

Taurat ditulis dalam bahasa Ibrani. Zabur ditulis dalam bahasa Ibrani. Injil ditulis dalam bahasa Yunani. Kitab-Kitab Allah itu juga ditarjamahkan ke dalam bahasa Suryani dalam bentuk Targum Peshita dan dalam bahasa Yunani dalam bentuk Targum Septuaginta. Targum adalah tarjamah. Itu berarti Kitab-Kitab Allah itu juga ditarjamahkan ke dalam bahasa Melayu dalam bentuk Targum Alkitab Bahasa Melayu.

Kata Al Qur’an berarti Bacaan.

Bacaan dalam bentuk Al Qur’an tersebut tidak bertentangan dengan Taurat, Zabur dan Injil kerana bacaan dalam bentuk Al Qur’an tersebut selalu mengenai hal ehwal Taurat, Zabur dan Injil. Zionis dan Perang Salib dan ISIS adalah peristiwa-peristwa politik dan nafsu-nafsu manusia. Pokoknya Al Qur’an adalah peringatan bahawa Taurat, Zabur dan Injil itu sungguh-sungguh Kitab Allah yang mustahak dan wajib untuk diimani dan diamalkan bagi siapa sahaja termasuk orang-orang Ibrani dan orang-orang Yunani.

Al Qur’an menanyakan sudahkah Taurat, Zabur dan Injil diimani dan diamalkan. Itu sahaja.

Termaktub di dalam Qur’an surah Al Baqarah [2]:91

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad),” mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat).” Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”

Qur’an surah Al Baqarah [2]:101

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w.), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui.

Qur’an surah Al Baqarah [2]:90

Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri dengan mengingkari apa yang telah diturunkan oleh Allah.

Qur’an surah Al Baqarah [2]:40-41 …

Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut.

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

Jangan silap, Al Qur’an justeru PRO Taurat, PRO Zabur, dan PRO Injil. Al Qur’an menuntut Taurat, Zabur dan Injil kena diimani dan kena diamalkan pula.