Sebelum Rasulullah lahir, sudah ada banyak orang-orang yang membaca Taurat, Zabur, Injil. Mereka bukan orang-orang Majusi. Mereka bukan tukang sihir. Mereka bukan orang musyrik. Mereka orang-orang muslimun.
Taurat, Zabur dan Injil adalah kitab-kitab Allah sebelum Rasulullah lahir. Jadi tidak hairan, apabila termaktub di QS Yunus [10]:94 …
10|94|فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
10|94| Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil baik dalam bahasa aslinya atau terjemahnya semuanya menyatakan bahawa …
لا إِلَهَ إِلا اللهُ
(tidak ada ilah selain Allah)
مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ
(Sesungguhnya atas kehendak Allah, semua ini terwujud)
(Tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Tersebut di Kitab Allah Zabur 131:3-132:1-5 …
131:3 يَا بَيْتَ يَعْقُوبَ ضَعْ رَجَاءَكَ فِي اللهِ مِنَ الآنَ وَإِلَى الأَبَدِ.
132:1 ربُّ اذْكُرْ دَاودَ وَكُلَّ الْعَنَاءِ الَّذِي احْتَمَلَهُ.
2 وَكَيْفَ حَلَفَ للهِ, وَنَذَرَ لِلْقَدِيرِ رَبِّ يَعْقُوبَ وقال:
3 “لا أَدْخُلُ دَارِي, وَلا أَرْقُدُ فِي فِرَاشِي,
4 وَلا أُعْطِي لِعَيْنَيَّ نَوْمًا, وَلا لأَجْفَانِي نُعَاسًا.
5 حَتَّى أَجِدَ مَكَانًا للهِ, مَسْكَنًا لِلْقَدِيرِ رَبِّ يَعْقُوبَ.”
Wahai keturunan-keturunan Yaaqub, berharaplah kepada Allah, dari sekarang sampai selama-lamanya. Ya Allah, ingatlah kiranya Daud dengan segala penderitaannya. Ia telah bersumpah kepada Allah, dan bernazar kepada Yang Maha Kuat, Tuhan yang disembah Yaaqub, “Sesungguhnya aku tidak akan masuk ke dalam kemah tempat tinggalku atau naik ke peraduanku, sesungguhnya aku tidak akan membiarkan mataku tertidur atau kelopak mataku mengantuk, jika aku belum mendapatkan tempat hadirat Allah, sebuah tempat kediaman bagi Yang Maha Kuat, Tuhan yang disembah Yaakub.
Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil baik dalam bahasa aslinya atau terjemahnya semua menyatakan bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang dan Maha Adil (Zabur 103:6-8).
6 اللهُ يَعْمَلُ الْحَقَّ وَالْعَدْلَ لِكُلِّ الْـمَظْلُومِينَ.
7 عَرَّفَ مُوسَى طُرُقَهُ, وَعَرَّفَ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَعْمَالَهُ.
8 اللهُ رَحْمَانٌ رَحِيمٌ, اللهُ حَلِيمٌ وَمُحِبٌّ جِدًّا.
Tuhan menjalankan kebenaran dan keadilan bagi semua yang tertindas. Dia memberitahu jalan-Nya kepada Musa, perbuatannya kepada kaum Isra’il (orang-orang yang berseru memohon pertolongan kepada Allah). Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Orang-orang yang membaca Kitab-Kitab Allah sebelum Rasulullah tersebut adalah orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah. Mereka adalah muslimuun yang sudah ada sebelum Muhammad. Bahkan bapa Muhammad bernama Abdullah (hamba Allah), bukan Abdul Latta atau Abdul Uzza (hamba Dewa Latta atau hamba Dewa Latta).
Mereka bahkan memilih mati daripada meninggalkan keyakinan mereka kepada Allah. Mereka adalah Bani Isra’il yang asli dan Hawariyyun penyokong-penyokong setia Nabi Isa. Mereka tawadu’ kepada utusan-utusan Allah. Mereka dizalimi oleh Kaisar Rom dan pemerintah bonekanya semacam Sultan Herod dan Imam Qayafas yang adalah bentuk prototype Zionisme ketika itu. Mereka dizalimi di kampung halaman mereka sendiri yaitu Tanah Suci Yerushalayim Al Qudsi.
Orang-orang yang membaca Taurat, Zabur dan Injil itulah yang dimaksud dalam QS Al Hajj [22]:40 …
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
22|40| Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang, dan juga tempat-tempat bersujud yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolongNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Orang-orang yang membaca Taurat, Zabur dan Injil tersebut dizalimi dan harus berhijrah mengungsi ke Semenanjung Arab dari Yaman, Madinah sampai Mekah. Dalam kitab yang bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd. Yusoof dan Noor Naemah Abd. Rahman, halaman 6-9 disebutkan kisah-kisah pengungsi-pengungsi bani Isra’il yang mulia dan menjunjung tinggi keyakinan tauhid sehingga Allah lebih membela dan melindungi pengungsi-pengungsi bani Isra’il ini daripada penyembah-penyembah Dewa Api di Yaman.
Ketika Rasulullah belum lahir, bulan Ramadan sudah dirayakan orang-orang di Semenanjung Arab dan Kaabah sudah ada kerana Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Isma’il. Namun oleh orang-orang Mekah, Kaabah pada masa itu dipenuhi dengan berhala orang-orang Mekah ketika itu. Pengungsi-pengungsi Bani Isra’il amat prihatin akan keadaan Kaabah yang seperti itu dan berusaha menjaga kemurnian tauhid di sekitar Kaabah ketika itu. Ketika itu, banyak orang penyembah berhala bertawaf mengelilingi Kaabah. Orang-orang Bani Isra’il sebenarnya ingin bertawaf mengelilingi Kaabah, tapi kerana Kaabah pada masa itu dipenuhi dengan berhala disekelilingnya, orang-orang Bani Isra’il tersebut merasa tidak sepatutnya tawaf dalam keadaan itu. Itulah yang dikatakan dalam Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd. Yusoof dan Noor Naemah Abd. Rahman, halaman 6-9.
Sampai suatu masa sebelum Muhammad, Yaman diperintah oleh seorang yang berketurunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Pada masa itu, ada seorang rahib yang takzim dan tawadu’ kepada Yang Mulia Almasih Isa. Rahib tersebut berasal dari Syam. Rahib tersebut bernama Femeon. Beliau keluar dari Syam untuk berdakwah di Afrika. Dalam perjalanan, beliau diserang oleh perompak lalu ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Najran. Kemudian, tuannya berpindah ke Semenanjung Arab. Femeon menjadi hamba lelaki Najran itu. Di samping berkhidmat kepada tuannya, dia juga secara istiqamah beribadah pada waktu rehat dan sangat kuat pada keyakinannya kepada Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah.
Pada suatu malam, tuannya masuk ke tempat Femeon. Dia mendapati tempat Femeon bercahaya. Tuannya bertanya apa rahsianya yang menyebabkannya begitu? Femeon lalu mengambil peluang berdakwah kepada tuannya berkaitan dengan ketakziman dan ketawadu’an kepada Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah kerana orang-orang Najran pada masa itu menyembah pokok.
Femeon berkata kepada tuannya,
“Bagaimana kalau Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah yang hamba takzimi dan tawadu’i tersebut dapat mengalahkan Tuhan tuan. Adakah tuan mahu takzim dan tawadu’ kepada Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah?”
Orang Najran berkata,
“Kalau memang Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah yang kamu takzimi dan tawadu’i tersebut dapat mengalahkan Tuhan aku, aku akan takzim dan tawadu’ kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah yang kamu takzimi dan tawadu’i tersebut.”
Dikumpulkan orang ramai di tempat pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Femeon datang ke situ mendirikan solat dan bertawassul kepada Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah memohon Allah supaya memberi petunjuk kepada orang-orang Najran berhubung dengan kehaqiqian keadaan yang takzim kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah tersebut.
Akhirnya, kilat membakar pokok itu. Dengan peristiwa itu, semua orang Najran menjadi takzim dan tawadu’ kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah tersebut.
Di hari kemudian, orang-orang Najran yang takzim dan tawadu’ kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah tersebut melindungi Muhammad saat Muhammad diperangi oleh penyembah-penyembah berhala di Mekah. Muhammad hijrah ke Najran dan Yathrib dan Kerajaan Raja Najasyi dari Kerajaan Habsyah. Muhammad hijrah ke kaum-kaum yang takzim dan tawadu’ kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah tersebut. Sebabnya adalah kerana yang diperjuangkan Muhammad sangat diterima oleh orang-orang yang takzim dan tawadu’ kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah tersebut.
Disebutkan di QS Al Baqarah [2]:146 dan QS Al An’am [6]:20, bahawa orang-orang Najran, Yathrib dan Kerajaan Habsyah yang dipimpin Raja Najasyi tersebut sungguh menerima Muhammad seperti anak-anak mereka sendiri.
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
2|146| Orang-orang (Bani Isra’il dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri.
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ ۘ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
6|20| Orang-orang (Bani Isra’il dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri, mereka itu tidak beriman.
Bahkan setelah peristiwa ibadah tahanush yang sangat luar biasa di Gua Hira, Muhammad dalam keadaan yang sangat penuh dengan ketakutan yang amat sangat. Bahkan Siti Khadijah dapat melihat Muhammad menggeletar badannya dan minta diselimutkan.
Siti Khadijah lulu membawa Muhammad bertemu dengan saudaranya yang bernama Waraqah bin Nawfal. Waraqah seorang yang takzim dan tawadu’ kepada Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah. Waraqah belajar Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur, Injil.
Waraqah berkata, “Maha Besar Allah. Maha Besar Allah. Demi Allah, sudah datang kepadanya Namus al-Akbar yang datang kepada Nabi Musa sebelum ini.”
Setelah mendengar Waraqah berkata seperti itu, Muhammad menjadi lega dan penuh harapan.
Itulah semangat orang-orang yang takzim dan tawadu’ kepada Yang Mulia Almasih Isa bin Maryam yang daripada Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |