Petikan dari Kitab Injil: Yahya 20:1-18.
1Pada awal pagi hari pertama minggu itu, ketika masih gelap lagi, Maryam Magdalena pergi ke makam itu. Dia mendapati batu penutup telah digulingkan dari lubang makam itu. 2Dia pun berlari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Isa lalu berkata, ‘Jenazah Junjungan telah diambil dari makam, entah ke mana dialihkan.’
3Petrus dan pengikut lain itu pun pergi ke makam. 4Kedua-duanya berlari, tetapi pengikut lain itu berlari mendahului Petrus dan tiba di makam itu lebih dahulu. 5Dia menjenguk ke dalam dan melihat kain linen di situ tetapi tidak masuk ke makam itu. 6Apabila Simon Petrus yang menyusul pengikut lain itu tiba, dia terus masuk ke dalam makam itu dan nampak kain linen terletak di situ. 7Dia juga melihat kain yang diikatkan pada kepala Isa, terlipat berasingan. 8Kemudian, pengikut lain yang sampai dahulu itu pun masuk. Dia melihat segala-galanya lalu percaya. 9Setakat itu mereka belum memahami apa yang tersurat di dalam Kitab Suci, iaitu Dia harus bangkit daripada kematian.
10Selepas itu, pengikut-pengikut Isa itu pun pulang ke rumah mereka.
Isa menampakkan diri kepada Maryam
11Tetapi Maryam berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam. 12Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Isa dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki.
13Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis?’
Maryam menyahut, ‘Jenazah Junjunganku telah diambil, entah ke mana dialihkan!’ 14Kemudian Maryam menoleh lalu melihat Isa berdiri di situ, tetapi Maryam tidak mengenal-Nya.
15Isa berkata kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?’
Pada sangkaan Maryam, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maryam berkata, ‘Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Isa, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya.’
16Isa berkata kepadanya, ‘Maryam!’
Maryam berpaling kepada Isa lalu berseru dalam bahasa Ibrani, ‘Rabboni!’ (ertinya ‘Guru’).
17Isa berkata kepadanya, ‘Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah Tuhan-Ku dan Allah Tuhanmu.’
18Maryam pun pergi mendapatkan para pengikut Isa lalu memberitahu bahawa Dia telah melihat Junjungan dan Dia telah menuturkan kata-kata itu kepadanya.
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…