Categories: Article

Keturunan-Keturunan Ibrahim

Kerana Siti Hawa dan Adam lebih mengamalkan fitnah al-Masih Dajjal dan memakan Buah Khuldi, buah terlarang di Taman Jannatul Firdaus, manusia diusir keluar dari Taman Jannatul Firdaus oleh al-Khalik Pencipta alam-semesta.

Sejak itulah di Taman Jannatul Firdaus ditetapkan akan lahirnya putera seorang dara untuk membunuh al-Masih Dajjal musuh terbesar umat manusia. Al-Masih yang bernama Isa putera dara Maryam sudah ditetapkan menghentikan segala bentuk kejinya fitnah al-Masih Dajjal.

Di bumi ini, manusia tidak merasakan yang rindu kepada mereka. Manusia tidak RINDU. Manusia lupa ALLAH. Manusia tidak merasakan Yang Maha Penyayang yang menyayangi mereka. Manusia lebih mengingat DIRI SENDIRI SAHAJA. Makhluk tidak rindu kepada al-Khalik Pencipta. Sungguh memprihatinkan, perjalanan kehidupan manusia hidup diluar Taman Jannatul Firdaus.

Di luar Taman Jannatul Firdaus, manusia rindu harta. Manusia rindu uang. Manusia rindu kekuatan untuk menjadi penguasa yang ditakuti oleh makhluk-makhluk lainnya. Putuslah sudah tali silaturahmi makhluk dan al-Khalik.

Manusia justeru rindu menjadi Yang Maha Kuat. Manusia ingin dipuji-dipuji. Manusia menjadi sombong dengan segala macam gelar-gelar dan pangkat-pangkat serta derajad tinggi yang diciptakannya sendiri dengan kekuatan manusia itu sendiri.

Dunia menjadi merosot menjadi alam yang penuh dengan keangkuhan dan kesombongan yang menyebabkan ketakutan dimana-mana. Kita kena menunjukkan rasa takut kepada orang.

Di Nusantara, kita selalu menyebut TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN ketika kita berbicara dengan orang lain. Di United Kingdom, orang-orang Inggeris menyebut LORD. Majlis (dewan) perwakilan rakyat di Inggeris disebut the House of Lords.

Di Malaysia, wakil rakyat digelari YB Tuan ‘Yang Berhormat Tuan’. Di United Kingdom, digelari ‘Lord’. Terjemahan Bahasa Inggris Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an menggunakan ‘Lord’ untuk ‘Allah’, ‘Rabb’.

Orang-orang Melayu di pulau Flores apabila menyebut TUAN selalu terdengar phoneme /h/ di antara huruf ‘u’ dan huruf ‘a’, maka menjadi terdengar /tuhan/. Akhirnya paderi Portugis Fransis Xavier mengiktirafkan ejaan TUHAN untuk GOD atau siapapun atau apapun yang TERKUAT.

Akibat ulah tersebut, timbullah persaingan kekuatan yang mana yang TERKUAT. Semua nak menjadi YANG TERKUAT.

YANG TERKUAT digelari TUHAN. Yang tidak terlalu kuat direndahkan menjadi hanya sekedar TUAN.

Maka rusaklah makna TUAN di dalam psikologi atau jiwa masyarakat, kerana hanya menjadi sekedar tuan.

Hormat hanya boleh ditujukan kepada al-Khalik. Padahal al-Khalik pun amat menghargai manusia. Seharusnya hormat pun boleh ditujukan kepada makhluk sekalipun. Hubungan ubudiyah atau saling menyayangi kita kepada al-Khalik (Hablumminallah) dan kepada sesama makhluk Allah lainnya (Hablumminannas) kena dilakukan dengan sungguh-sungguh secara serentak, sejalan dan berbanding lurus.

Kalau perilaku dan bahasa suatu puak dilumpuhkan, maka lumpuhlah sudah jiwa daripada manusia-manusia di puak tersebut.

Itulah perang peradaban demi nak menjadi yang terkuat.

Tidak seperti bahasa Arab dan bahasa Inggris, di mana Rabb and Ilah dan al-Ilah dan Lord and God secara etimologi dan sejarahnya boleh bermaksud kepada siapapun atau apapun yang dianggap kuat dan penting, ertinya tidak selalu bermaksud ke Sang Pencipta. Bahasa Arab dan Bahasa Inggris masih menghargai perilaku psikologi dan sosiologi manusia dan puaknya. Jiwa manusia masih diberi tempat yang tinggi di dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggris untuk mengungkapan maksud seseorang untuk menghormati dan mengakui siapapun dan apapun yang dianggapnya kuat dan penting. Ungkapan jiwa manusia untuk menghormati masih diakui dan dihargai tinggi.

Apalagi ketika puak-puak manusia berperang satu dengan yang lainnya sampai berdarah-darah demi untuk memperoleh tanah yang lebih luas dan memperoleh semakin banyak orang untuk diperbudak dan dijajah, semua orang ingin dianggap penting dan ingin dipertuan agung. Oleh kerana itulah bermunculan berbagai macam sultan-sultan, raja-raja diseluruh penjuru dunia ini.

Sebelum Ibrahim dan di zaman moden sekarang ini, rasa RINDU itu menjadi NAFSU yang mementingkan diri-sendiri sahaja dan memuliakan diri sendiri sahaja, contoh, di alam pikir Raja Nimrud, Raja Fir’aun, Kaisar Rum, tidak ada tali silaturahmi demi terpuasnya rasa RINDU. Tidak ada RINDU, yang ada hanya ANGKUH dan SOMBONG. Dunia merosot menjadi alam yang penuh dengan keangkuhan dan kesombongan yang menyebabkan ketakutan di mana-mana.

Ibrahim kaya-raya gagah perkasa, namun Ibrahim meninggalkan itu semua demi untuk bertemu dengan Yang Rindu Makhluk-Nya dan yang sekaligus dirindukan makhluk-Nya di jalan pintas yang terdekat yang sudah ditetapkan iaitu al-Masih yang bernama Isa putera Maryam, walaupun ketika itu, mata kepala Ibrahim tidak melihat takdir ilahi itu. Namun walaupun mata kepala tidak melihat, Ibrahim HIJRAH kepada Yang Rindu Makhluk-Nya dan sekaligus Yang Dirindukan Makhluk-Nya lewat jalan pintas yang terdekat yang sudah ditetapkan iaitu al-Masih yang bernama Isa.

Ketetapan itu dibuat di alam daar atau alam takdir sebelum ciptaan dan mahluk ada di bumi ini.

Qur’an Surah Ali Imran [3]:81

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

Qur’an Surah Maryam [19]:21

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagi-Ku; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Qur’an Surah Ali-Imran [3]:52

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugama-Nya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong setia Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

Namun sayang, anak keturunan Adam terus-menerus lupa akan Yang Rindu. Yang Rindu atau Yang Maha Menyayangi itu dalam bahasa Arab adalah Al-ilah atau Allah. Manusia terus-menerus lupa akan Allah. Manusia menjadi egois dan serakah dan angkuh. Tuan Nimrud adalah salah satu manusia yang paling kaya dan mempunyai banyak harta. Tuan Nimrud adalah tuan yang paling ditakuti oleh orang-orang. Tuan Nimrud dan masyarakatnya amat suka mencari uang dan mengumpulkan harta benda. Setelah menjadi kaya-raya, Tuan Nimrud ditakuti oleh orang-orang di zamannya.

Di zaman Tuan Nimrud, ada seorang yang bernama Ibrahim. Ibrahim juga kaya raya dan memiliki harta yang banyak. Namun, tiba-tiba, semua harta nya itu, oleh Ibrahim ditinggalkan demi untuk mengikuti Yang Rindu. Ibrahim tinggalkan harta bendanya demi untuk bertemu dengan al-Khalik di titik pertemuan yang terdekat, iaitu, al-Masih yang bernama Isa, yang ketika itu mata kepala Ibrahim sendiri belum pernah melihat. Janji, bukan di al-Masih Dajjal yang keji fitnahnya.

Al-Masih Isa sendiri memang ketika itu belum lahir. Baru ribuan tahun kemudian, al-Masih Isa lahir. Ibrahim sudah tahu apa yang sudah menjadi ketetapan di alam daar, iaitu, alam takdir. Al-Masih Isa sudah ditakdirkan menjadi jalan terdekat demi terlaksananya silaturahmi antara al-Khalik dan makhluk-Nya. Oleh kerana itulah di QS.An-Nisa [4]:125 disebutkan, ketika RINDU itu terpuaskan, Ibrahim disebut khalilan ‘kesayangan’.

Ibrahim ketika itu adalah satu-satunya orang yang berserah diri kepada takdir Allah tersebut. Ibrahim adalah muslim ketika belum ada muslim. Ibrahim yang amat tua itu memotong kulup dengan kapak. Baru ketika sudah banyak orang menjadi berserah diri kepada takdir Allah tersebut, Muhammad mempersatukan banyak orang yang berserah diri tersebut dalam satu umat yang disebut Darul Islam. Muhammad menyatakan:

Abu Huraira r.a. mengkisahkan: Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Daripada semua manusia, akulah yang paling dekat Isa putera Maryam di kehidupan di bumi ini dan juga di kehidupan di akhirat.” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah! Bagaimana itu boleh berlaku?” Bersabda Rasulullah, “Semua nabi adalah saudara dalam iman. Ibu mereka berlainan, namun semua berserah diri kepada Yang Satu. Dan lagi, tidak ada nabi di antara Isa dan aku.”

Abu Huraira r.a. mengkisahkan: Rasulullah s.a.w. pernah berkata, “Semua manusia bani Adam yang lahir, semuanya disentuh oleh Syaitan. Karena itulah, setiap bayi yang baru lahir pasti menangis kerana disentuh Syaitan, kecuali Maryam dan puteranya tidak disentuh Syaitan.”

Kemudian Abu Huraira berkata, “Bacalah, ‘Aku berlindung pada-Mu, ya Allah, lindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).’ ”

QS.Ali-Imran [3]:36. Ini adalah tentang Maryam dan puteranya.

Seluruh nabi yang datang sesudah Ibrahim adalah keturunan-keturunan Ibrahim daripada putera beliau Ishaq dan dari cucu beliau, Ya’kub, kecuali Muhammad yang merupakan keturunan Ibrahim dari Ismail bin Ibrahim. Jadi, Ibrahim adalah bapak bangsa Arab juga. Ibrahim merupakan bapak Rasulullah dari segi nasab. Mengenai siapakah Muhammad disebutkan di QS.Al-Baqarah [2]:127-133 …

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (127) “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (128) “Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (129) Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh. (130) (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (131) Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) (berserah diri ini) menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam (berserah diri)”. (132) Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”. (133)

Ketika sudah banyak keturunan-keturunan Ibrahim yang berserah diri kepada YANG PENYAYANG yang disayangi Ibrahim itu, Muhammad lah pemimpin yang pertama kali berjuang demi persatuan keturunan-keturunan Ibrahim di dalam DARUL ISLAM ‘rumah berserah diri kepada Yang Maha Penyayang kepada segala makhluk-Nya’. Muhammad adalah utusan dari masyarakat keturunan Isma’il. Adanya Muhammad adalah bukti terkabulnya permohonan doa Ibrahim dan Isma’il tersebut kepada YANG PENYAYANG untuk menyatakan apa yang sudah ditetapkan berkenaan dengan rindu-Nya Yang Maha Penyayang kepada mahluk-makhluk-Nya di jalan pintas terdekat yang disudah ditetapkan, iaitu, al-Masih yang disebut Isa.

Disebutkan di Qur’an Surah Asy-Syu’ara [26] ayat ke-195 dan Al-Ahqaf [46] ayat ke-12 bahawa Muhammad adalah al-Qur’an berjalan, sebuah kitab dalam bahasa Arab yang jelas untuk difahami untuk memutus segala macam ikatan dengan apapun atau siapapun yang kuat dan penting macam Tuan-Tuan dan Puan-Puan Al-Latta dan Al-Uzza dan Manat, Hubal dan Mamun, Tuan Uang dan harta benda dan segala macam ketuanan sosio-religius di masyarakat dan juga untuk memperingatkan manusia untuk hijrah kepada Yang Menyayangi Ibrahim dan yang disayangi Ibrahim melalui jalan yang terdekat yang sudah ditetapkan, iaitu, al-Masih yang bernama Isa.

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu; dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam (berserah diri)” semenjak dahulu dan di dalam ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia. Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

QS Al-Hajj [22]:78.

Iman kepada Yang Maha Penyayang yang menyayangi Ibrahim dan yang disayangi Ibrahim kena dibuktikan dengan amalan:

  • Solat
  • Sedekah kepada fakir-miskin
  • Beriman dan berlindung kepada Yang Maha Penyayang yang menyayangi Ibrahim dan yang disayangi Ibrahim.

Hanya itu sajalah yang kena dibuktikan oleh keturunan-keturunan Ibrahim agar menjadi nikmat bukan hanya kapada sesama keturunan Ibrahim, namun juga kepada semua manusia di muka bumi ini yang bukan keturunan Ibrahim.

Sang Pencipta telah memilih bangsa Arab dan orang-orang yang dengan ikhlas mencari ilmu dari orang-orang Arab. Daripada merekalah seharusnya manusia boleh dengan senang mengetahui cara menjalani hidup yang rindu pada yang dirindukan Ibrahim dan tentang Yang Maha Penyayang yang rindu kepada Ibrahim dan keturunannya. Ibrahim adalah nenek moyang bangsa Arab. Muhammad adalah jawaban doa Ibrahim bahawa akan adanya pemimpin dari bangsa Arab untuk menjelaskan mengenai yang dirindukan Ibrahim dan tentang yang rindu pada Ibrahim di titik temu yang sudah ditetapkan takdir, iaitu, al-Masih Isa. Untuk itulah, Muhammad adalah saksi yang mengawasi apakah orang-orang Arab sungguh ikhlas berserah diri pada Yang Maha Penyayang yang rindu kepada Ibrahim dan yang dirindukan Ibrahim di takdir ilahi, yakni, al-Masih Isa. Apabila orang-orang Arab tidak sungguh ikhlas berserah diri pada Yang Maha Penyayang yang rindu kepada Ibrahim dan yang dirindukan Ibrahim di takdir ilahi, yakni, al-Masih Isa, maka mereka adalah orang-orang yang tidak mahu dipimpin oleh Muhammad. Mereka bukanlah umat Muhammad.

Apabila orang-orang Arab sungguh ikhlas berserah diri pada Yang Maha Penyayang yang rindu kepada Ibrahim dan yang dirindukan Ibrahim di takdir ilahi, yakni, al-Masih Isa, maka mereka adalah orang-orang yang amat bersyukur dipimpin oleh Muhammad. Merekalah yang diharapkan menjadi saksi yang mengawasi apakah orang-orang bukan Arab sungguh ikhlas berserah diri pada Yang Maha Penyayang yang rindu kepada Ibrahim dan yang dirindukan Ibrahim di takdir ilahi, yakni, al-Masih Isa.

Telah ditetapkan titik pertemuan antara al-Khalik dan makhluk adalah al-Masih Isa Kalimat Allah yang adalah petunjuk bagi manusia dan rahmat daripada Allah. Itulah pesan wasiat Islam para Nabi yang dikekalkan oleh Muhammad Nabi terakhir.

Qur’an Surah Al-An’am [6]:161-163 …

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. (161) Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (162) Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)”. (163)

Lihat juga Qur’an Surah Al-Baqarah [2]:127-141 bahawa yang dirindukan Ibrahim dan yang rindu pada Ibrahim adalah wujud berserah diri bulat-bulat. Itulah RINDU atau SAYANG yang dialami Ibrahim dan semoga pula dialami keturunan-keturunan Ibrahim baik secara nasab mahupun ilmu di seluruh penjuru bumi. Itulah sholawat Ibrahimiyah yang selalu dibaca ketika solat.

“Ya Allah, berilah kasih sayang kepada junjungan kita nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberi kasih sayangmMu kepada junjungan kita Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah kepada junjungan kita nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau memberkati junjungan kita nabi Ibrahim dan kelurganya di antara makhluk makhlukmu, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia.”

RINDU dan SAYANG itu terlaksana lewat segala macam bahasa yang jelas agar pesan menjadi pesan yang jelas dan mudah difahami. Qur’an Surah Asy-Syu’ara [26] ayat 192-195 …

Dan sesungguhnya Al-Quran adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (192) Ia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin yang amanah. (193) Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (194) (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (195)

Qur’an Surah Al-Ahqaf [46] ayat ke-12

Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat; dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. (12)

Bahkan burung-burung pun SOLAT!

Dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, matahari, bulan dan bintang dan gunung-ganang pun TUNDUK SUJUD KEPADA ALLAH.

Pasti Allah tahu solat dan sujud burung-burung dan pokok-pokok kayu itu. Allah tahu dan mengerti bahasa makhluk-makhluk itu.

Allah menerima solat dan sujud mereka dalam bahasa masing-masing mereka tentunya.

QS.An-Nūr [24]:41

alam annallaha yusabbiḥu lahu man fīssamāwāti wal ‘arḍi WAṬṬOIRU ṣōffātin kullun qad ‘ALIM ṢOLĀTAHU wa TASBĪḤAHU WALLAHU ‘alīmun bimā yaf’alūn.

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya kepada Allah sentiasa bertasbih sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui akan cara mengerjakan SOLATnya kepada Allah dan memuji-Nya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

QS.Al-Hajj [22]:18

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.

Termaktub di Qur’an Surah Ibrahim [14]:4

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Qur’an Surah Ar-Rūm [30]:30 menyebutkan bahwa setiap manusia dan makhluk, oleh al-Khalik, sudah diberi fitrah atau naluri atau desakan hati untuk menyayangi al-Khalik. Dan al-Khalik juga menyayangi segala makhluk. Rindu dan rasa sayang itu terlaksana di silaturahmi yang berlaku di tempat yang sudah ditetapkan iaitu, al-Masih yang disebut Isa, bukan al-Masih Dajjal yang bermata satu.

Di dalam solat setelah solawat Ibrahimiyyah sebelum salam, Rasulullah memanjatkan doa:

Alloohumma innii a’uuzu bika min ‘azaabi jahanam, wa min ‘azaabil qobri, wa min fitnatil mahyaa wal mamaati, wa min fitnah al-massiih ad-dajjaal

Ya Tuhan, aku berlindung pada Mu daripada jahanam, dan daripada siksa kubur dan daripada fitnah di bumi dan fitnah ketika mati dan daripada kejinya fitnah yang dikirim oleh al-Masih Dajjal.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago