Kitab-Kitab Allah untuk diFahami dan diAmalkan, Bukan diJadikan Azimat-Azimat dan Mantera-Mantera dan Jampi-Jampi Keramat Yang Tinggi HargaNya Sebagai Jaminan Kemulian Nafsu dan Harga Diri Kita Sahaja

Kami menghaturkan ucapan terima kasih yang sedalam-dalamnya kepada Yang Mulia Al Malik Raja Fahd dari Kerajaan Arab Saudi sebagai penganjur untuk dicetaknya Al Qur’an dan terjemahan maknanya dan kepada lembaga-lembaga Islam yang telah dan terus menterjemahkan Kitab Al Qur’an dari Bahasa Arab diterjemahkan ke bahasa-bahasa yang ada di seluruh dunia ini.

Karena, bagaimana mungkin orang boleh beroleh makna Kitab Suci Al Qur’anul Karim jika dia tidak boleh faham Bahasa Arab?

Ketahuilah, dari semua orang Muslim di seluruh dunia,kurang dari 20% yang memakai Bahasa Arab sebagai bahasa ibu. Dengan kata lain, 80% orang Muslim di seluruh dunia tidak berbahasa Arab. Hanya 20% yang berbahasa Arab.

Padahal, kita kena faham Firman Allah yang ada di dalam Kitab Suci Al Qur’anul Karim. Boleh faham Firman Allah, itulah yang dikehendaki Allah!

Kalau kita tak faham apa yang disampaikan Allah SWT, bagaimana mungkin kita bisa menuruti dan mematuhi Allah SWT?

Ketahuilah, orang-orang Muslim yang hidup sebelum Nabi Muhammad s.a.w. sungguh faham apa yang disampaikan Allah pada mereka, karena Allah SWT bersabda dalam bahasa ibu mereka.

Di bawah ini adalah cerita sebagai ibarat agar kita boleh faham bahawa faham akan apa yang disampaikan Allah SWT dalam Kitab-kitab Nya itu sungguh mustahak:

Ada seorang Arab punya kilang tekstil dan perusahaan yang membuat baju-baju di India.

Beliau menulis surat kepada para kaki tangan dan pekerja beliau. Beliau menulis surat beliau dalam Bahasa Arab yang isinya adalah suatu perintah dari beliau bahawa pembuatan baju berwarna merah harus dihentikan, dan, oleh beliau, para kakitangan dan pekerja-pekerja beliau diperintahkan membuat baju yang berwarna kuning.

Dalam surat yang beliau tulis dalam bahasa Arab tersebut, beliau menyatakan akan memberi bonus kepada kakitangan dan karyawan apabila mereka mau bekerja keras.

Beliau menulis surat beliau dalam Bahasa Arab karena beliau tidak boleh bahasa India, namun kepala pekerja di kilang dan perusahaan tersebut adalah orang India yang boleh berbahasa Arab dan India. Oleh kepala pekerja tersebut, surat dalam bahasa Arab tersebut, dibacakan dalam bahasa Arab kepada seluruh kaki tangan dan pekerja kilang tersebut.

Kemudian surat dalam bahasa Arab tersebut, oleh kepala pekerja, difotostat dan ditempelkan di tempat-tempat yang bisa dilihat oleh setiap kaki tangan dan pekerja kilang kain tersebut. Kepala pekerja tersebut nak surat yang asli tersebut yang disampaikan kepada kaki tangan dan pekerja-pekerja di kilang dan perusahaan yang dia pimpin tersebut.

Seluruh karyawan sangat senang sekali dan menyukai surat dalam Bahasa Arab tersebut, tapi mereka tetap saja membuat baju yang berwarna merah. Mereka sama sekali tidak membuat baju yang berwarna kuning!

Ketika orang Arab pemilik kilang itu tahu bahwa kakitangan dan pekerja-pekerja tersebut masih terus membuat baju-baju berwarna merah, beliau jadi marah besar kepada kepala pekerja beliau! Oleh beliau semua kaki tangan dan pekerja-pekerja tersebut dipecat! Dan beliau memakai kaki tangan dan pekerja-pekerja yang baru!

Kaki tangan dan pekerja-pekerja yang lama tidak digunakan lagi karena dianggap tidak ada manfaat. Orang Arab pemilik pabrik kain tersebut hanya mau bekerja sama dengan orang-orang yang boleh dengan jelas faham apa perintah-perintah dan larangan-larangan beliau.

Malah oleh beliau, orang-orang yang faham dan menuruti perintah dan larangan beliau, oleh beliau, diberi bonus yang besar.

Kitab Allah Taurat ditulis dalam Bahasa Semitik, Bahasa Ibrani.

Kitab Allah Zabur ditulis dalam Bahasa Semitik, Bahasa Ibrani.

Kitab Allah Injil ditulis dalam Bahasa Bukan Semitik, Bahasa Yunani.

Kitab Allah Al Qur’an ditulis dalam Bahasa Semitik, Bahasa Arab.

Kerana sebab dinamika kehidupan dan peradaban yangberaneka ragam, Targum-targum atau Tarjamah-Tarjamah Kitab-Kitab Allah sungguh sangat MUSTAHAK. Seluruh Kitab-Kitab Allah tersebut, dengan izin Allah, memiliki Targum-Targum atau Tarjamah-Tarjamah-nya.

Allah Yang Maha Kuasa mengharapkan kitab-kitabNya untuk DIFAHAMI dan DIAMALKAN.

Allah Pencipta setiap makhluk faham bahasa ibu setiap makhlukNya di bumi ciptaanNya. Allah menciptakan manusia bukan hanya 1 puak saja, namun berpuak-puak dan berbangsa-bangsa beserta bahasa-bahasa ibunya.

Contoh pengakuan pentingnya TARJAMAH KITAB ALLAH, tengok targum tarjamah Kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu di tapak web http://ya-rahman.com/ untuk faham Firman Allah di Kitab Injil.

Ingatkah anda akan apa yang termaktub di Kitab Allah Al Qur’an Surah Al Ma’idah [5]:82-83 …

5|82| Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

5|83| Dan apabila orang-orang Nasrani yang bersahabat dengan orang beriman mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang mereka ketahui sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman, oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi.”

Sebaliknya, apakah orang-orang Nasrani sahabat-sahabat kita pernah melihat mata kita mencucurkan air mata disebabkan Kebenaran yang kita ketahui sambil kita berkata:

“Wahai Tuhan kami, kami beriman, oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi.”

Pernahkah mereka melihat kita mencucurkan air mata disebabkan Kebenaran yang kita ketahui?

Kerana persahabatan bererti hati yang saling berkaitan di dalam Jannah Kerajaan Allah Sang Khaliq dan Raja kita. Kalau tidak pernah, itu bererti kita hanyalah member member parti parti buatan manusia di dunia ini sahaja.