Kuasa dan Darjat

Keris mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat Melayu dari dulu sampai kini. Anggapan keris hanya senjata untuk berperang atau membunuh tidak benar sama sekali. Fungsinya samada secara sosiologikal atau antropologikal tidak dapat dinafikan antara lain sebagai simbol maruah, kekuasaan,  kewibawaan, karismatik, kehormatan, ketuanan yang memberi naungan dan membawa kesejahteraan kepada rakyat untuk berlindung dan bernaung.

Keris adalah simbol maruah dan kewibawaan. Dalam silsilah dari …

  • Adam
  • Nuh
  • Syam
  • Ibrahim
  • Isma’il
  • Ishaak
  • Ya’qub

… Allah adalah sumber maruah dan kewibawaan mereka.

Disebutkan di dalam Al Qur’an dan Maknanya oleh Dr M Quraish Shihab (2010) bahawa Isra’il adalah nama Nabi Ya’qub. Allah memberi gelar Isra’il kepada nabi Ya’qub. Kitab Taurat menyatakan bahawa Isra’il ertinya adalah orang yang berjuang dan berjihad untuk mendapatkan pahala daripada Allah. Disebut di dalam Al Qur’an, keturunan-keturunan Ya’qub disebut Bani Isra’il. Banyak nabi adalah Bani Isra’il. Nabi Ya’qub disebutkan di QS Al Baqarah [2]:132-133 bertanya kepada seluruh putera-puteri beliau,

(maa ta’buduuna mim ba’dii).

Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?

Di dalam Tarjamah Kitab Taurat di Surah At Takwin (Kejadian) 35:1-5 disebutkan Nabi Ya’qub, kerana Allah, adalah orang yang sangat peka perihal kualiti ketauhidan (tingkah dan watak yang mengutamakan Tuhan sahaja) seseorang kepada Allah. Kerana beliau mengalami keadilan dan kemahamurahan dan maha ni’matnya Allah, Nabi Ya’qub  disebutkan tak segan-segan memaksa orang-orang yang tidak tauhid kepada Tuhan agar orang tersebut menjadi ingat kepada Tuhan Semesta Alam.

yang ertinya,

1 Pada suatu hari Allah berfirman kepada Yakub, “Akulah Allah yang menampakkan diri kepadamu ketika engkau lari daripada abangmu, Esau. Pergilah ke Betel dengan segera. Tinggallah di sana dan binalah sebuah mazbah bagi-Ku.”

2-3 Kemudian Yakub berkata kepada keluarganya dan kepada semua orang yang ada bersama dengan dia, “Kita akan berangkat dari sini dan pergi ke Betel. Di sana aku akan membina sebuah mazbah bagi Allah yang telah menolong aku pada masa kesukaran, dan yang menyertai aku ke mana sahaja aku pergi. Buanglah patung dewa-dewa asing yang ada pada kamu; lakukanlah upacara penyucian diri dan pakailah pakaian yang bersih.” 4Maka mereka menyerahkan semua patung dewa asing yang ada pada mereka dan juga anting-anting yang dipakai mereka, kepada Yakub. Semua benda itu ditanam oleh Yakub di bawah pokok besar dekat kota Sikhem.

5 Pada masa Yakub dan keluarganya berangkat, Allah meliputi penduduk kota-kota di sekitar mereka dengan rasa takut, sehingga mereka tidak mengejar Yakub dan keluarganya.

Mengingatkan orang untuk tauhid kepada Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah adalah hal yang mulia dan terpuji. Apa  yang disebutkan Taurat disebutkan juga oleh Al Qur’an Surah Al Baqarah [2]:133 …

2|133|Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

Tuhan Allah bersifat pemurah dan penyayang.

Orang jahat terkena pengaruh kejinya fitnah Dajjal yang menyatakan seolah-olah Tuhan Allah itu bengis dan tega. Fitnah-fitnah Dajjal melawan Tuhan Allah adalah kebohongan. Kebohongan-kebohongan yang jauh dari sifat-sifat Allah adalah bukan kehaqiqian. Salah satu bentuk kebohongan yang jauh dari Allah adalah bukan Tuhan yang haqiqi. Namun kebohongan-kebohongan yang jauh dari Allah. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan manusia tanpa pandang bulu. Bukan Tuhan mazhab-mazhab tertentu. Tuhan mazhab-mazhab tertentu adalah bukan Tuhan yang sesungguhnya yang adalah Tuhan semesta alam. Tuhan mazhab-mazhab tertentu adalah penguasa-penguasa asing atau dewa-dewa asing yang jauh daripada sifat-sifat Allah yang sesungguhnya. Itulah berhala-berhala yang kita kena hancurkan. Kalau kita orang-orang yang sungguh-sungguh beriman, kita kena berani menghancurkan segala macam Tuhan mazhab-mazhab tertentu. Kita kena memastikan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Kuasa dan Darjat adalah pahala dari Tuhan Allah. Kuasa dan Darjat bukan hasil usaha manusia. Kuasa dan Darjat adalah nikmat pemberian Yang Maha Kuasa. Kuasa dan Darjat dari Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini