Laa Tahzan (Jangan Risau)

Disebutkan di QS Maryam, walau masih baru lahir, Isa sudah selamatkan seorang dara yang hampir dihukum mati. Walau masih baru lahir, Isa boleh selamatkan seorang dara yang akan dirajam sampai mati. Seorang dara tersebut akan dihukum mati kerana dia dituduh berzinah.

Dara yang diselamatkan Isa itu bernama Maryam.

Ketika Isa lahir, Allah berfirman kepada manusia,

Laa Tahzan

(Jangan Risau!)

QS Maryam [19]:27-29 …

19|27| Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

19|28| Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”

19|29|Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:55 bahawa barangsiapa yang tabi’ mengikut Jalan yang disediakan Allah, maka dia, oleh Allah, akan diangkat derajadnya. Allah tidak akan memanggilnya,

“Ya ayuhaladzina kafaru”

… tapi Allah akan memanggilnya,

“Ya ayuhaladzina amanu.”

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”

Nabi Allah Sayidina Nabi Isa diutus Allah untuk menjadi Jalan di kiamat manusia.

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:49-50 di mana Sayidina Nabi Isa berkata,

3|49| Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman.

3|50| Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Disebutkan di QS Az Zukhruf (Perhiasan) [43]:61 bahawa Isa putera dara Maryam adalah JALAN LURUS yang disediakan Allah bagi barangsiapa yang mengalami permasalahan yang sangat besar dan teruk.

ISA ADALAH JALAN DARIPADA ALLAH BAGI BARANGSIAPA YANG ADA MASALAH YANG SANGAT BESAR DAN SANGAT TERUK.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini