Petikan daripada Kitab Zabur Surah 23.
1Tuhan ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun.
2Dia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau,
Dia membimbingku ke tepian air tenang,
3Dia memulihkan jiwaku.
Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya.
4Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut,
aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku;
gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku.
5Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku.
Engkau mengurapi kepalaku;
cawanku melimpah.
6Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku,
dan aku akan tinggal di dalam rumah Tuhan selama-lamanya.