Maha Pemurah Murah pada Semua Anak Cucu Adam

MATAHARI UNTUK ORANG BENAR DAN ORANG MUNGKAR, SEKALIGUS. HUJAN UNTUK ORANG YANG TAAT DAN YANG INGKAR, SEKALIGUS.

Dengar dan baca sabda Nabi Allah ‘Isa عليه السلام, di terjemahan Kitab Allah Injil Syarif Hawariyyun Matius 5:42-48, Injil Syarif Hawariyyun Lukas 10:25-27.

Kalau kita membaca QS Ya Sin [36]:60

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

Di dalam Surah Ya Sin, perintah Allah tersebut ditujukan bukan hanya kepada orang-orang Arab sahaja, bukan hanya orang-orang Persia sahaja, bukan hanya orang-orang British sahaja, bukan hanya orang-orang Amerika sahaja, bukan hanya orang-orang India sahaja, bukan hanya orang-orang China sahaja, bukan hanya orang-orang Nigeria sahaja, bukan hanya orang-orang Melayu sahaja, bukan hanya orang-orang Myanmar sahaja, bukan hanya orang-orang Siam sahaja, bukan hanya orang-orang Pattani sahaja, bukan hanya orang-orang Thailand sahaja, bukan hanya orang-orang Indonesia sahaja, bukan hanya orang-orang Vietnam sahaja, bukan hanya orang-orang Islam sahaja, bukan hanya orang-orang Kristian sahaja, bukan hanya orang-orang Asli sahaja, bukan hanya orang-orang Isra’il sahaja, bukan hanya orang-orang Budha sahaja, bukan hanya orang orang-orang Hindu sahaja, bukan hanya orang-orang Khong Hu Cu sahaja, bukan hanya orang-orang Yudaisme sahaja, bukan hanya orang-orang demokrat sahaja, bukan hanya orang sosialis sahaja, bukan hanya orang-orang liberal sahaja, bukan hanya orang-orang konservative sahaja, bukan hanya orang-orang laki-laki sahaja, bukan hanya orang-orang perempuan sahaja, bukan hanya orang-orang komunis sahaja, bukan hanya orang-orang capitalis sahaja, bukan hanya parti berkuasa sahaja, bukan hanya partai pembangkang sahaja, tapi kepada semua anak cucu Adam tanpa pandang bulu.

Al Qur’an dibuka dengan Surah Al Fatihah [1]:2, di mana di situ disebutkan …

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Al Qur’an ditutup dengan Surah Al Nas [114]:1-3, di mana di situ disebutkan …

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ

مَلِكِ ٱلنَّاسِ

إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ

Tuhan manusia

Raja Yang Menguasai sekalian manusia

Sembahan manusia

Renungkanlah puisi Abū-Muhammad Muslih al-Dīn bin Abdallāh Shīrāzī yang sangat terkenal bijak.

Abū-Muhammad Muslih al-Dīn bin Abdallāh Shīrāzī (Tahun 1200-an).

Puisi beliau berikut ini terpampang di Gerbang Pintu Masuk Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu …

… yang bermaksud,

Anak cucu Adam, awak semua ibaratnya adalah anggota badan yang saling membutuhkan. 

Awak semua dicipta oleh Satu Hakikat.

Kalau di satu waktu, satu anggota tubuh sakit, bagaimana mungkin anggota tubuh lainnya terus-menerus tenang lenang.

Jika awak tidak punya perasaan belas kasihan terhadap penderitaan orang lain tanpa pandang bulu, bagaimana mungkin awak pantas disebut anak cucu Adam.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini