Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Petikan dari Kitab Taurat: Kejadian 11:1-9.

1Pada mulanya, orang di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka menggunakan kata-kata yang sama. 2Apabila mereka mengembara ke sebelah timur, mereka tiba di suatu dataran di Babilonia, lalu menetap di situ. 3Mereka bercakap sesama sendiri, “Mari kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras.” Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk dijadikan bahan binaan, serta tar sebagai bahan pelekat. 4Mereka berkata, “Mari kita bina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi.”

5Kemudian TUHAN turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia. 6Dia berfirman, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan hal ini baru permulaan rancangan mereka. Tidak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka. 7Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain.” 8Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu. 9Kota itu dinamakan Babel kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi.

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini
Share:

administrator