Nabi Isa bin Maryam Tidak Punya Pilihan Lain Selain Hijrah ke Jalan Allah

Nabi Allah Isa bin Maryam dan kaumnya hidup di suatu masyarakat yang bersunat yang dizalimi oleh orang-orang Rom yang tidak bersunat. Bangsa Rom adalah bangsa yang terkenal paling bengis dan paling jahat kepada manusia. Orang-orang Rom seringkali membunuh orang-orang bersunat kaumnya Nabi Isa dan darahnya mereka gunakan sebagai tumbal atau tangkal yang mereka pakai untuk menolak bala. (Tarjamah Kitab Allah Injil Surah Luqa (Lukas) 13:1-5.

Sejak dari lahirnya, Nabi Isa bersama ibunya terancam direjam oleh kaum bersunat yang pro Kerajaan Rom yang tidak bersunat. Walaupun Nabi Isa disebutkan di QS Al Maidah [5]:110, bahawa beliau …

(1) diperkuat dengan Ruhul Qudus

(2) dapat berkata-kata dengan manusia semasa masih dalam buaian ibu dan sesudah dewasa

(3) boleh meniup tanah lalu menjadi seekor burung

(4) boleh menyembuhkan orang buta sejak lahir

(5) boleh menyembuhkan orang sopak

(6) boleh menghidupkan orang-orang mati

(7) boleh menurunkan hidangan dari langit untuk manusia,

Namun beliau berkata bahawa musang sungguh lebih kaya daripada beliau dan bahawa burung sungguh jauh lebih kaya daripada beliau kerana musang ada lubangnya dan burung ada sarangnya, tetapi beliau tidak ada tempat untuk berehat! Hidup beliau penuh dengan penderitaan dan airmata, oleh kerana itulah beliau lahir dan bathin selalu HIJRAH ke JALAN ALLAH. Inilah ringkasan sabda beliau. Tilawatkanlah dan jadikan zikir di dalam duka nestapa kehidupanmu.

هَنِيئًا لَكُمْ أَيُّهَا الْـمَسَاكِينُ، لأَنَّ لَكُمْ مَـمْلَكَةَ اللهِ. ٢١ هَنِيئًا لَكُمْ يَامَنْ تَـجُوعُونَ الآنَ، لأَنَّكُمْ سَوْفَ تُشْبَعُونَ. هَنِيئًا لَكُمْ يَامَنْ تَبْكُونَ الآنَ، لأَنَّكُمْ سَوْفَ تَضْحَكُونَ. ٢٢ هَنِيئًا لَكُمْ إِذَا أَبْغَضَكُمُ النَّاسُ، وَإِذَا رَفَضُوكُمْ وَشَتَمُوكُمْ وَأَهَانُوا اسْمَكُمْ بِاعْتِبَارِ أَنَّكُمْ أَتْبَاعُ ابْنِ الإِنْسَانِ كَأَنَّهُ عَارٌ. ٢٣ اِفْرَحُوا فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ وَتَهَلَّلُوا لأَنَّ أَجْرَكُمْ فِي السَّمَاءِ عَظِيمٌ. فَإنَّ آبَاءَهُمْ عَامَلُوا الأَنْبِيَاءَ بِنَفْسِ الطَّرِيقَةِ.

 لَكِنِ الْوَيْلُ لَكُمْ أَيُّهَا الأَغْنِيَاءُ، قَدْ نِلْتُمْ نَعِيمَكُمْ هُنَا. ٢٥ الْوَيْلُ لَكُمْ يَا مَنْ تَشْبَعُونَ الآنَ، لأَنَّكُمْ سَوْفَ تَجُوعُونَ. الْوَيْلُ لَكُمْ يَامَنْ تَضْحَكُونَ الآنَ، لأَنَّكُمْ سَوْفَ تَحْزَنُونَ وَتَبْكُونَ.

 الْوَيْلُ لَكُمْ إِذَا مَدَحَكُمْ كُلُّ النَّاسِ، فَإِنَّ آبَاءَهُمْ عَامَلُوا الأَنْبِيَاءَ الْكَذَبَةَ بِنَفْسِ الطَّرِيقَةِ.

Dengar dan baca ertinya di (ya-rahman.org) terjemah Kitab Allah Injil Syarif Hawariyyun Luqa (Lukas) 6:20-20…

20 ‘Diberkatilah kamu yang miskin, kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah.

21 Diberkatilah kamu yang lapar sekarang, kerana kamu akan dikenyangkan. Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria.

22 Diberkatilah kamu apabila orang membenci kamu, menyingkiri kamu, menghina kamu dan mengutuk kamu kerana Putera Insan.

23 ‘Bersuka rialah apabila perkara itu berlaku dan melonjak keriangan, kerana besar ganjaranmu di syurga kelak. Demikian juga perbuatan nenek moyang mereka terhadap nabi-nabi.

24 ‘Tetapi malangnya kamu yang kaya, kerana kamu telah beroleh hidup yang senang-lenang.

25 Malangnya kamu yang sekarang kenyang, kerana kamu akan lapar kelak. Malangnya kamu yang sekarang tertawa, kerana kamu akan menangis dan meratap kelak.

26 Malangnya kamu apabila kamu dipuji semua orang, kerana demikian juga perbuatan nenek moyang mereka kepada nabi-nabi palsu.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini