Seorang bijak bestari Muslim, Seyyed Hossein Nasr berkata, dalam bukunya yang bertajuk,

Ideals and Realities of Islam

… yang sudah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia oleh KH Abdurrahman Wahid dan KH Hashim Wahid dengan tajuk,

Islam Dalam Cita dan Fakta

… bahawa ‘Isa عليه السلام tidak membawa hukum agama atau syariat baru; melainkan membawa suatu cara atau tarekat, yang didasarkan atas kasih yang penuh ketaqwaan kepada Allah  سبحانه وتعالى.

Islam menerima fungsi ‘Isa  عليه السلام  yang berbeza dengan nabi-nabi lain, yang biasanya membawa syariat baru, dengan menerima beliau sebagai Ruh Allah dan menerima kelahiran beliau yang sangat tidak lazim dan sangat luar biasa sekali yang dihubungkan dengan keperawanan Siti Maryam seperti diterangkan dalam Al Qur’an dalam Surah Anbiya [21]:91

وَالَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهَا مِنْ رُوحِنَا وَجَعَلْنَاهَا وَابْنَهَا آَيَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda bagi umat manusia.

Dan dalam Surah An Nisa’ [4]:171

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ ۚ انتَهُوا خَيْرًا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

Sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan ia juga roh daripadaNya.

Jadi Almasih ‘Isa itu bukanlah setan dan bukan sampah yang mencemari kesucian agama Allah dan merusak akidah agama Allah.

Seorang cendikiawan dan penulis Muslim yang bernama Tarif Khalidi  bahkan menyatakan adanya kisah “percintaan” “muhibah”  perasaan persahabatan dan kemesraan dan kedekatan antara Almasih ‘Isa dengan Islam. Islam menganggap Almasih ‘Isa sebagai nabi muslim dan imam para zahid dan para ahli ilmu tasawuf kerana beliau adalah teladan moral atau teladan akhlak umat muslim selama berabad-abad.

Tarif Khalidi juga menyatakan bahwa dalam literatur-literatur Islam misalnya,

Kitab Dhamm al Dunya,

dalam …

  • Mawsu’ah Rasa’il, 2:52, kutipan no. 90, dan
  • al Ghazali, ‘Ihya’, 3:211

… mengenai kenabian dan para nabi,

‘Isa عليه السلام dikenal sebagai nabinya lubuk hati.

Tercatat di dalam Kitab Allah Al Injil, Sayidina ‘Isa berkata …

هَنِيئًا لِلْمَسِاكِينِ فِي الرُّوحِ، لأَنَّ لَهُمْ مَمْلَكَةَ اللهِ.

Maknanya tengok di tapak web https://ya-rahman.org/ (tarjamah Kitab Injil dalam Bahasa Melayu), Surah Matius 5:3

Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka.

Sastrawan Melayu Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1889) terjamahkan dalam Tarjamah Kitab Injil yang ditulis dalam huruf Jawi seperti berikut,

بربهݢياله سݢل اورڠ يڠ رنده هاتييڽ كارن مريكئتوله يڠ امڤوڽ كرجاءن سورݢ

Tarjamahan harafiahnya,

Berbahagia barangsiapa yang merasa miskin dalam lubuk hatinya yang terdalam kerana mereka itulah adalah rakyat daripada Kerajaan Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini