Nasihat Nabi Allah Isa Putra Maryam yang Sungguh Membuat Awak Bertuah

Pesan Nabi Isa a.s. adalah bahawa manusia tanpa pandang bulu kena terima nasib. Setiap orang tanpa pandang bulu kena terima apa sahaja yang ditetapkan Allah. Apabila kita jatuh miskin, terima sahaja kenyataan itu. Justeru orang miskin lah yang rendah hati. Orang kaya cenderung berlagak dan angkuh dan egois. Siapapun di sekitarnya tak dia pedulikan, apalagi Yang Tidak Kelihatan yaitu Allah. Orang kaya tak akan peduli.

Manusia cenderung berlagak bagai CEO atau Chief Executive Officer. Padahal Allah lah yang berhak. Allah menciptakan manusia lengkap dengan air mata. Bersyukurlah kita mendapati air mata kita menetes. Nabi Isa ingatkan manusia untuk tahu diri dan tidak takabur. Apabila kita tak tahu diri, Allah nanti yang membuat kita menjadi tahu diri.

Begitulah wasiyat Nabi Isa putera Maryam yang termaktub di Tarjamah Arab Kitab Injil Surah Matta atau Matius 5:3-12 …

«طُوبَى لِلْمَسَاكِينِ بِٱلرُّوحِ، لِأَنَّ لَهُمْ مَلَكُوتَ ٱلسَّمَاوَاتِ. ٤ طُوبَى لِلْحَزَانَى، لِأَنَّهُمْ يَتَعَزَّوْنَ. ٥ طُوبَى لِلْوُدَعَاءِ، لِأَنَّهُمْ يَرِثُونَ ٱلْأَرْضَ. ٦ طُوبَى لِلْجِيَاعِ وَٱلْعِطَاشِ إِلَى ٱلْبِرِّ، لِأَنَّهُمْ يُشْبَعُونَ. ٧ طُوبَى لِلرُّحَمَاءِ، لِأَنَّهُمْ يُرْحَمُونَ. ٨ طُوبَى لِلْأَنْقِيَاءِ ٱلْقَلْبِ، لِأَنَّهُمْ يُعَايِنُونَ ٱللهَ. ٩ طُوبَى لِصَانِعِي ٱلسَّلَامِ، لِأَنَّهُمْ أَبْنَاءَ ٱللهِ يُدْعَوْنَ.١٠ طُوبَى لِلْمَطْرُودِينَ مِنْ أَجْلِ ٱلْبِرِّ، لِأَنَّ لَهُمْ مَلَكُوتَ ٱلسَّمَاوَاتِ. ١١ طُوبَى لَكُمْ إِذَا عَيَّرُوكُمْ وَطَرَدُوكُمْ وَقَالُوا عَلَيْكُمْ كُلَّ كَلِمَةٍ شِرِّيرَةٍ، مِنْ أَجْلِي، كَاذِبِينَ. ١٢ اِفْرَحُوا وَتَهَلَّلُوا، لِأَنَّ أَجْرَكُمْ عَظِيمٌ فِي ٱلسَّمَاوَاتِ، فَإِنَّهُمْ هَكَذَا طَرَدُوا ٱلْأَنْبِيَاءَ ٱلَّذِينَ قَبْلَكُمْ.

3 Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani, kerana kerajaan syurga untuk mereka.

4 Diberkatilah mereka yang bersedih, kerana mereka akan terhibur.

5 Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana mereka akan mewarisi bumi ini.

6 Diberkatilah mereka yang dahagakan kebenaran, kerana mereka akan dipuaskan.

7 Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga.

8 Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah.

9 Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah (ibaratnya).’

10 Diberkatilah mereka yang dianiaya kerana menegakkan kebenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka.

11 Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.

12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana ganjaran besar telah disediakan untukmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini