Categories: Article

Orang Munafik Selalu Bermuka Dua – Tahu Tapi Tak Amalkan

Perbezaan pandangan antara para cendikiawan Muslim di Zaman Moden dengan para cendekiawan Muslim yang saleh pada Zaman Keemasan Islam pada zaman dahulu mengenai desas-desus diubah-ubahnya Kitab-Kitab Allah sebelum Kitab Suci Al Qur’anul Karim tersebut berkisar pada macam mana Kalam Allah boleh diubah-ubah oleh manusia, padahal Allah SWT adalah Sang Pemelihara dan Penjaga KalamNya.

Macam mana Kalam Allah boleh diubah-ubah oleh manusia, padahal Allah SWT memiliki 20 sifat yang mana dua dari ke 20 sifat-sifat Allah tersebut adalah Kalam dan Mutakalliman (Allah memiliki Firman).

Kalau sifat Allah yang adalah Kalam dan Mutakalliman boleh diubah manusia, bererti Allah dikalahkan dan lebih rendah daripada manusia dan manusia berjaya menjadikan Allah bukan Allah, kerana Kalam Allah di dalam Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil telah diubah-ubah oleh manusia. Macam mana manusia boleh mengatur Allah? Jadi kita orang-orang Muslim harus sungguh-sungguh berhati-hati jangan sampai kita menjadi shirik dan jangan sampai kita menjadi kafir laknat!

20 sifat-sifat Allah ini adalah wirid yang selalu dilantunkan dengan nyaring di masjid-masjid di seluruh Nusantara pada waktu-waktu sebelum solat.

(1) WUJUD (2) QIDAM (3) BAQA (4) MUKHALAFATU LIL HAWADITSI (5) QIYAMUHU BI NAFSIHI (6) WAHDANIYAT (7) QUDRAT (8) IRADAT (9) ‘ILMU (10) HAYAT (11) SAMA’ (12) BASHAR (13) KALAM (14) QADIRAN (15) MURIDAN (16) ALIMAN (17) HAYYAN (18) SAMI’AN (19) BASHIRAN (20) MUTAKALLIMAN.

Ada beberapa cendikiawan Muslim pada Zaman Keemasan Islam yang berpendapat bahawa yang diubah-ubah itu adalah tafsirnya sehingga maknanya jadi lain dan tidak sesuai dengan Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil.

Tapi anehnya cendikiawan-cendikiawan dan pemikir-pemikir Muslim pada Zaman Moden terburu-buru berpendapat bahawa Kalam Allah lah yang diubah-ubah. Jadi rupanya menurut cendekiawan-cendekiawan dan pemikir-pemikir Muslim di Zaman Modern, Kalam Allah dalam Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil telah diubah-ubah.

Tidak sama dengan para cendekiawan Muslim di Zaman Modern, para cendekiawan-cendekiawan Muslim di Zaman Keemasan Islam pada zaman dahulu kala berpandangan Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tidak pernah diubah-ubah oleh manusia. Sebagai contoh pandangan pemikiran Islam di Zaman Keemasan Islam pada zaman dahulu, ahli tafsir Qur’an yang bernama Fakhr al-Razi berpandangan bahawa yang diubah-ubah manusia hanyalah tafsir-tafsir Taurat, Zabur dan Injil.

Tafsir-tafsir penuh nafsu tersebutlah yang menyebabkan maknanya jadi lain atau tidak sesuai dengan Kitab-Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil. Kemunafikan bermuka dua memang selalu berbeza dengan perintah-perintah Allah di dalam Taurat, Zabur dan Injil.

Dalam QS Al Ma’idah [5]:13 disebutkan,

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ ۙ وَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ ۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka sentiasa menyalahgunakan dan membuat tafsiran sendiri mengenai Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan munafik yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku munafik).

Tersebut di QS Al Ma’idah [5]:41,

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْ ۛ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا ۛ سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ ۖ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِن بَعْدِ مَوَاضِعِهِ ۖ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَٰذَا فَخُذُوهُ وَإِن لَّمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا ۚ وَمَن يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَن تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَمْ يُرِدِ اللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمْ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami tetap beriman,” padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini menyalahgunakan serta memindah kedudukan kalam-kalam Allah (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar ke tempat yang rendah dan tidak mulia. Mereka berkata: “Jika disampaikan kepada kamu tafsir-tafsir mereka, mereka berkata kepada mu, “Terimalah tafsir-tafsir mereka itu, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu tafsir-tafsi mereka, mereka berkata kamu, “Hati-hati! Jagalah diri baik-baik.” Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.

Tersebut juga di Surah Al Ma’idah [5]:14,

وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan di antara orang-orang yang berkata:” Bahawa kami ini orang-orang Nasrani”, Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Jadi memang ada tafsir dan terjemahan yang maknanya telah ditafsirkan sendiri untuk kepentingan oknum-oknum munafiqin sehingga maknanya melencong dari sifat haqiqi dari Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil. Ada yang untuk memuaskan nafsu dan kepentingan sendiri, namun ada pula yang masih tetap mengandung sifat haqiqi Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil.

Itulah maksud “yuharrifuunalkalima’an mawaadhi’ihi” (QS Al Ma’idah [5]:41).

Mereka sentiasa menyalahgunakan dan membuat tafsiran sendiri mengenai Kalam (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memindahnya) dari tempat-tempatnya yang sebenar ke tempat yang rendah dan tidak mulia, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya.

Jadi yang diutamakan oleh sebagian oknum-oknum Yahudi tersebut bukan lagi Kalam Allah dalam Kitab Allah At Taurat dan Kitab Allah Al Injil, namun yang diutamakan sebagian oknum-oknum Yahudi tersebut adalah penafsiran sesuai nafsu mereka dan kepentingan mereka sendiri yang tentu saja tidak sesuai dengan Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil.

Jadi menurut pandangan Fakhr al-Razi, kalimat di QS Al Ma’idah [5]:13,

Yuharrifuunalkalima’an mawaadhi’ihi wa nasuu hazhzho mimmaa dzukkiruu bihi wa laa tazaalu taththli’u ‘ala khoo’inatin minhum illa qolilan minhum faa’fu ‘anhum waashfah innalloh yuhibbulmuhsiniin.

Mereka sentiasa menyalahgunakan dan membuat tafsiran sendiri mengenai Kalam (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memindahnya) dari tempat-tempatnya yang sebenar ke tempat yang rendah dan tidak mulia, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya.

Yang disebutkan dalam QS Al Ma’idah [5]:13 dan Surah Al Ma’idah [5]:41 yang juga menyebutkan bahawa oknum-oknum Yahudi lah yang menyalahgunakan dan menggeser kedudukan Kitab AllahTaurat, Az Zabur, dan Al Injil lebih rendah daripada tafsir-tafsir yang mereka buat untuk memuaskan nafsu dan untuk mengutamakan kepentingan mereka sendiri sahaja. Menurut Fakhr al-Razi, maksud dari ayat tersebut adalah telah terjadi penyalah tafsiran yang dilakukan oleh oknum-oknum Yahudi terhadap perintah Allah dan amanah ilahi. Kalau Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tetap, hanya, oleh sebagian oknum-oknum Yahudi, Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tersebut telah ditafsirkan untuk memuaskan nafsu dan untuk lebih mengutamakan kepentingan mereka sendiri sahaja. Maklum orang-orang munafik selalu mengabaikan Kalam. Mereka lebih mengejar nafsu dan kepentingan mereka sendiri sahaja.

Jadi menurut Fakhr al-Razi, yang diubah-ubah oleh sebahagaian oknum-oknum Yahudi tersebut bukan langsung Kalam Allah, namun tafsirnya sahaja. Kalam tetap suci dan asli walaupun diabaikan dan direndahkan oleh orang-orang munafik yang bermuka dua.

Menurut Fakhr al-Razi, mengubah-ubah Kalam Allah dalam At Taurat, Az Zabur dan Al Injil jelas tidak mungkin boleh dilakukan oleh manusia kerana Kalam Allah dalam At Taurat, Az Zabur dan Al Injil ketika itu sudah terlanjur tersebar sampai ke khalayak ramai di segala penjuru dunia dan sudah terlanjur terwariskan oleh banyak insan turun-temurun kepada keturunan mereka.

Menurut Fakhr al-Razi, kalau memang Kalam Allah diubah-ubah oleh sebagian orang-orang Yahudi tersebut, harusnya itu terjadi pada masa permulaan turunnya Wahyu Ilahi Taurat, Zabur dan Injil kerana pada masa itu masih sedikit sekali jumlah insan-insan Yahudi yang mengaji Kalam Allah dalam At Taurat, Az Zabur dan Al Injil dan masih sedikit sekali yang beriman pada Kalam Allah dalam At Taurat, Az Zabur dan Al Injil. Tapi mungkinkah Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Isa sendiri yang mengubah-ubah Kalam Allah dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil?

Jelas tidak melakukan hal itu! Menuduh seperti itu bererti kita telah mendustakan ketiga Nabi Allah tersebut. Menuduh seperti itu bererti kita murtad dan kafir.

Dalam menafsirkan QS Al Ma’idah [5]:13 dan QS Al Ma’idah [5]:41, pada zaman dahulu, Ath Thabari seorang ahli tafsir Qur’an yang terkenal di Zaman Keemasan Islam juga berpandangan bahawa yang diubah-ubah adalah tafsirnya, bukan langsung Kalam Allah yang tertulis dalam Kitab At Taurat dan Al Injil yang diubah-ubah.

Dalam menafsirkan QS Al Ma’idah [5]:13, Ath Thabari menyatakan yang diubah-ubah itu bukan langsung Kalam Allah dalam Kitab At Taurat dan Kitab Al Injil, namun tafsirnya dan terjemahannyalah yang diubah-ubah oleh oknum-oknum Yahudi dengan cara menyalahgunakan dan memutarbalikkan dan menyalah tafsirkan Kalam Allah dalam Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tersebut. Setelah Kalam Allah dalam Kitab At Taurat dan Al Injil disalah gunakan dan disalah tafsirkan, terjadilah khilafiyah dan salah kaprah yang dibakukan dan dibukukan dan dibuat anggapan seolah-olah itu semua dari Allah SWT dan akibatnya tafsir-tafsir hasil dari penyalahgunaan Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tersebut menggeser maqom Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dam Al Injil.

Dalam menafsirkan QS Al Ma’idah [5]:13 dan QS Al Ma’idah [5]:41, At Tabari seorang ahli tafsir Qur’an yang terkenal di Zaman Keemasan Islam tersebut menyatakan bahawa frasa (Yuharrifuunalkalima’an mawaadhi’ihi) yang terdapat dalam QS Al Ma’idah [5]:13 tersebut maksudnya adalah terjadi penyalahgunaan Kitab Taurat, Az Zabur dan Al Injil dengan cara menafsirkannya untuk kepentingan sendiri sehingga tafsir mereka tersebut menggeser kedudukan Taurat, Zabur, dan Injil. Tafsir yang dibuat oleh orang-orang munafiqin tersebut adalah untuk memuaskan nafsu dan kepentingan mereka sendiri. Tafsir yang dibuat oleh orang-orang munafik yang bermuka dua tersebut jelas tidak sesuai dengan Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil. Jadi Kalam Ilahi dalam Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tetap dan tidak pernah berubah. Jadi kalau ada tafsir yang dilakukan nafsu orang-orang munafik terhadap Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil, itu tidak serta merta berarti Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil salah dan tidak sahih. Tafsirnya yang tidak sahih, bukan Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil Nya yang salah dan tidak sahih, kerana tersebut dalam Kitab Allah Al Qur’anul Karim QS Al Baqarah [2]:75,

أَفَتَطْمَعُونَ أَن يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِن بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Jadi wahai orang mukmin, yakinkah kalian orang-orang Yahudi tersebut akan mempercayai ajakan mu. Mereka sudah terbiasa mendengar Kalam Allah dalam Kitab Allah At Taurat dan Al Injil, namun kemudian (kerana kemunafikan mereka) mereka memutar balikkannya setelah memahaminya, padahal mereka mengetahuinya.

Oknum-oknum Yahudi yang munafik dan yang penuh dengan nafsulah yang menyalah gunakan dan menyalah tafsirkan Kalam Allah dalam Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil menurut nafsu mereka sendiri dengan begitu maknanya jadi lain dan berubah dan terpesongkan alias tidak sesuai dengan Kitab Allah At Taurat dan Az Zabur, Al Injil, padahal sesungguhnya hati mereka sungguh memahami Kalam Allah dalam Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tersebut. Jadi yang salah adalah oknum-oknum Yahudi yang munafik dan penuh nafsu itu, bukan Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil! Jelas yang salah adalah sebahagian kecil orang-orang Yahudi yang penuh nafsu. Yang salah bukan Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil. Yang salah adalah oknum-oknum munafik yang bermuka dua.

Jelas harus dibezakan!

Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil adalah petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, ikutan dan rahmat bagi umat manusia, nasihat pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS Al Ma’idah [5]:46, QS ‘Ali Imran [3]:3-4, QS Al Ahqaf [46]:12).

Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tetap asli dan tetap ada kerana Kalam selalu ada selama Allah ada. Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tetap asli dan tetap ada selama umat manusia dan orang-orang yang bertaqwa ada.

Kafilah tetap berlalu walau anjing menggogong.

Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tetap ada walau satu juta orang munafik berteriak dan mengaku mengikutinya.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago